suria

Gaya atau geli? Jejaka ini yakin pakai ‘crop top’, fesyen baju tayang pusat... Kalau cara lembut-lembut memang nampak macam perempuan

Saufi mahu memberi inspirasi kepada orang di luar sana dalam mencari identiti sendiri untuk berfesyen.

NAK berfesyen kena berani.

Begitulah yang menjadi pegangan jejaka ini apabila dia tampil dengan gaya tersendiri, dalam memenuhi minatnya terhadap dunia fesyen.

Terbaharu, tular video memaparkan Ahmad Hasanussaufi Ramli, 27, menggayakan fesyen crop top yang mungkin masih asing dalam kalangan kaum Adam di negara kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Samping ke selendang? Penata gaya tak kecil hati dituduh perosak tradisi, dedah cerita sebenar di sebalik perkongsian video baju raya

ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen ke ofis jadi rujukan, video catwalk raih jutaan tontonan! Ibu 3 anak gembira beri inspirasi, tapi enggan jawab ‘soalan paling ramai orang tanya’

Senang disapa Saufi, dia berkata idea fesyen crop top yang mendedahkan bahagian pusat itu diilhamkan daripada episod terbaharu siri drama popular Stranger Things.

"Saya dapat inspirasi untuk menggayakan fesyen crop top selepas tengok Stranger Thing. Ada seorang pelakon tu, dia macam esktra je, tapi dia nampak menonjol apabila pakai crop top.

"Kebetulan baru-baru ini saya berjalan dan nampak ada crop top di butik H&M, harganya pun berpatutan. Saya fikir mungkin boleh gayakan dengan baju turtle neck dan sebagainya.

"Saya rasa kalau pembawakan kita macam lelaki, pakai crop top pun masih nampak macam lelaki. Pembawakan diri itu penting. Kalau gaya kita macam lembut-lembut, mungkin pemakai automatik akan nampak mcam perempuan.

"Selepas kongsi video tu di TikTok, saya nampak banyak komen ke arah positif. Ada juga yang cakap, kalau badan besar tak cantik pakai crop top.

saufi3

Saufi berkata, dia sebelum ini pernah menjadi mangsa fesyen.

"Kemudian ada juga yang cakap, kalau pakai crop top pergi ke kedai Mamak, itu memang sengaja meminta sebakul makian. Pada saya, fesyen crop top perlu disesuaikan ikut situasi dan acara," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai minatnya, juruvideo dan jurugambar itu turut aktif menghasilkan video berkaitan fesyen menerusi Instagram dan TikTok.

Kata Saufi, bukan sekadar panduan yang ditawarkan, malah dia mahu memberi inspirasi kepada orang di luar sana dalam mencari identiti sendiri untuk berfesyen.

Fesyen ini perlu ada identiti. Jangan ikut orang, sebaliknya idolakan diri sendiri.

SAUFI

"Saya minat fesyen selepas bekerja dalam bidang retail selama lima tahun bermula 2017. Saya bekerja di Uniqlo dan H&M. Ketika bekerja, saya banyak belajar mengenai penggayaan, mix and match dan sebagainya.

"Pada saya, fesyen ini perlu ada identiti. Jangan ikut orang, sebaliknya idolakan diri sendiri. Kita hanya boleh ambil gaya orang lain sebagai rujukan saja, selebihnya kita try and error sendiri.

"Saya juga nak ajar orang untuk berfesyen. Saya dah buat content fesyen sejak 2016 lagi, tapi kadang-kala saya terlalu sibuk dengan kerja, tak ada masa nak fokus untuk diri sendiri.

"InsyaAllah lepas ni saya akan lebih konsisten untuk menghasilkan video panduan fesyen di TikTok. Paling utama saya nak ajar orang ramai untuk yakin dan sayangi diri mereka," ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

saufi2

Video penggayaan fesyen crop top yang dikongsi di TikTok.

Menurut Saufi, dia juga pernah digelar mangsa fesyen, namun perlahan-lahan mencari identiti sendiri sehingga yakin dengan setiap busana yang diletak pada tubuhnya hari ini.

Dalam temubual sama, Saufi turut menitipkan pesan kepada orang di luar sana agar bijak berbelanja dalam berfesyen kerana barangan yang murah juga boleh kelihatan indah jika kena gayanya.

"Apabila berfesyen, kita kena kenal diri kita sendiri. Dulu saya pernah jadi mangsa fesyen. Tapi saya cuba ubah dan perbaiki selepas menerima kritikan. Saya melalui fasa itu untuk mendapatkan identiti sekarang.

saufi4

Paling utama kata Saufi, setiap individu perlu ada identiti sendiri dalam berfesyen.

"Antara yang saya paling ingat, ada orang bagi nasihat. Dia kata kalau kau pakai Gucci ke, Prada ke, kalau kau terlalu ikut mannequin, kau tak akan jadi diri sendiri, sebaliknya kau akan jadi patung tanpa identiti.

"Jadi kita kena cari identiti sendiri dalam berfesyen. Tak salah untuk tampilkan kelainan. Yang salah kalau kita sama dengan orang. Yang penting, kena ukur baju di badan sendiri.

"Selain pakaian baharu, saya juga kaki bundle. Ada benda kat bundle tak dapat dibeli di kedai biasa sebab ia fesyen yang dah lepas, apa salahnya kita guna semula," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain