GARA-GARA terlupa untuk menanggalkan sarung jari (finger cup) berisi inai, wanita ini terpaksa menanggung derita apabila jari-jemarinya membengkak terkena jangkitan. Bercerita kepada mStar, wanita bernama Anis Suraya berkata insiden yang berlaku pada 16 Mei itu terjadi kerana terlalu mengikut trend yang tular di media sosial. Ujarnya gadis berusia 25 tahun ini, tujuan asalnya menggunakan sarung jari itu adalah sebagai testimoni terhadap diri sebelum dijual kepada pelanggan. ARTIKEL BERKAITAN: Pakar dedah ramai tak tahu sudip warna hitam membahayakan kesihatan... senduk kayu berkilat kini dah selamat digunakan ARTIKEL BERKAITAN: Tarik rambut sampai dengar bunyi meletup legakan sakit kepala? Pakar jelaskan bahaya trend 'scalp popping' "Kegunaan alat itu adalah bagi memudahkan pemakaian inai tradisional yang dijual dalam cup tu. "Saya beli borong finger cup tu secara online sebab tengah viral orang pakai. Jadi saya ingat nak jual sebab dah dapat permintaan pelanggan lain. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya dah siap buat video tutorial lagi malam tu sebab teruja nak jual. Saya bancuh inai tu dan masukkan dalam cup lepas tu terus pakai," katanya. Dia sebelum itu berkongsi video tentang hal berkenaan di TikTok. Bercerita lanjut, wanita yang menetap di Kuala Ketil, Kedah ini berkata pada mulanya dia mahu memakai sarung berisi inai ini selama empat jam sahaja. Keadaan jari Anis yang bengkak disebabkan finger cup. Namun secara tidak sengaja Anis telah tertidur dalam keadaan memakai inai bersama finger cup ini melebihi had masa sepatutnya. "Saya pakai cup tu dekat semua jari. Saya ada potong sikit bahagian bawah bekas tu sebab agak ketat masa pakai. "Pada malam kejadian tu saya ingat nak pakai sampai pukul 12 malam saja. Masa tunggu empat jam tu saya terlena. Waktu subuh keesokan hari tu baru tersedar. "Apabila bangun tu memang dah tak rasa jari langsung. Masa buka finger cup tu jari dah teruk membengkak. Mungkin sebab panas sangat, jari saya nampak macam melecur," ujarnya. Keadaan menjadi parah apabila setelah dicuci dan dibilas, jari-jemarinya ini menjadi sakit bagaikan rasa nak putus. Bahagian kulit mati terkoyak akibat bengkak. Jelas wanita yang berniaga sendiri ini, dia bergegas ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut. "Apabila check dekat klinik, doktor beritahu jari saya dah terkena alergik sebab bekas inai tu. Ada kesan lingkaran gelap akibat cengkaman dengan bekas tu pada ibu jari belah kanan dan jari telunjuk belah kiri. "Lepas tiga hari, ibu jari ni macam berdenyut jadi saya pergi klinik semula. Doktor beritahu saya dah terkena jangkitan sebab finger cup tu sekat darah daripada mengalir sebab tu bengkak. Masa tu jari dah jadi dua kali ganda besar dari saiz asal sebab bengkak. Masa buka finger cup tu jari dah teruk membengkak, mungkin sebab panas sangat hingga jari saya nampak macam melecur. ANIS SURAYA "Jari yang dah mula membengkak tu jadi makin teruk. Kulit mati pun dah terkoyak sampai nampak isi warna merah. "Lepas seminggu, kulit yang terkopak terpaksa dipotong. Hanya tinggal isi yang dah bertukar warna hitam. "Doktor ada cakap nasib baik tak ada kencing manis. Kalau tak, memang dah potong jari ni," jelas Anis. Anis bekerja sendiri dan menetap di Kuala Ketil, Kedah. Setelah lebih seminggu Anis berdepan dengan situasi mengerikan ini, jarinya kini semakin pulih setelah disapu krim antibiotik namun masih perlu ke klinik secara berkala. Bagaimanapun ibu jari Anis sehingga kini masih tidak boleh dibengkokkan disebabkan keadaan kulit terkopek sudah menjadi kudis. Berikutan video yang tular di TikTok, Anis menegaskan bahawa masalah ini bukanlah disebabkan inai yang dipakai seperti sangkaan sesetengah para warga maya. "Doktor beritahu kalau alahan ini sebab inai mesti kuku pun akan tercabut sekali dengan kulit. Ni semua memang kesan daripada pakai finger cup saya beli tu. "Saya terus buang ke dalam tong sampah. Saya rela tanggung kerugian daripada biarkan pelanggan yang nak cuba bekas ni alami nasib sama macam saya," ujar Anis. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI