EMAS biasanya cukup sinonim dengan kaum Hawa, tetapi ada juga golongan lelaki yang turut meminatinya. Terbaharu, seorang wanita berkongsi luahan hati mengenai suaminya yang gemar membeli emas. Biarpun hidup berumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, dia mendakwa suaminya suka berahsia mengenai emas-emas yang dibeli. ARTIKEL BERKAITAN: Demi Najib, sanggup 'lepas' gelang emas kesayangan ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin B40 gelabah tak sempat kumpul RM17,000 nak kahwin tahun depan, demi ‘title’ raja sehari mungkin jadi hamba selamanya "Saya suri rumah baru setahun mendirikan rumah tangga dan sekarang Alhamdulillah dikurniakan seorang anak. "Suami saya lelaki yang suka beli emas dan setiap kali dia beli emas sama ada emas 916 ataupun 999 dalam bentuk gold bar tu dia tak pernah pun beritahu saya," ujar wanita itu memulakan bicara. Menurut wanita itu lagi, dia hanya akan menyelongkar koleksi emas tersebut setiap kali suaminya tiada di rumah. Selain berahsia mengenai pembelian emas, dia berkata suaminya juga tidak pernah memberitahu kata kunci telefon, serta jumlah harta yang dimiliki. Kata wanita itu, dia juga teringin untuk bergaya dengan perhiasan emas. (Gambar Hiasan) "Saya buka almari tempat simpanan emas dia baru tahu, oh dia baru beli yang ni dan yang tu... itu pun saya buka waktu dia pergi kerja. "Jadi dia tak tahu saya buka almari dia. Emas-emas dia, buku bank dia, kad ATM dia semua saya tak tahu termasuklah password telefon dia dan harta-harta rumah dan lain saya tak tahu," ujarnya lagi. Kata wanita itu, dia juga tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya. Malah, sebagai wanita sudah tentu dia mempunyai keinginan untuk bergaya dengan perhiasan emas. Saya nak juga pakai yang besar-besar tu, tapi dia simpan sendiri tak nak bagi saya. ISTERI "Apa yang saya tak puas hati ialah emas yang dia beli waktu bujang dulu dan selepas dah berkahwin, dia simpan sendiri tak nak bagi simpan dengan saya. "Padahal saya nak juga kot pakai yang besar-besar tu. Kenapa ya suami saya macam itu? Adakah dia belum percaya saya sepenuhnya atau macam mana ya," soalnya lagi. Wanita berkenaan membuat perkongsian tentang luahan hatinya menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga pada Sabtu pagi. Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu dan memberi nasihat agar dia berbincang dengan suaminya. Antara komen netizen berhubung luahan wanita itu. Malah ada yang turut meminta agar dia menghormati simpanan suaminya dan tidak berburuk sangka dengan perlakuan tersebut. "Tu aset dia sis. Nanti kot la suami meninggal, emas tu tak jadi milik awak, tu jadi harta faraid. Melainkan dia hadiahkan untuk awak, itu hak mutlak awak. Pandai-pandai la bodek ye sis. "Sepatutnya suami isteri tak ada berahsia apa-apa, tu je. Kalau tak nanti syaitan cucuk pasangan bagi fikir yang bukan-bukan. "Sebelum kahwin kamu hanya mengenal 10 peratus saja perwatakan dia. Selepas kahwin kamu akan kenal 90 peratus perangai yang belum kamu tahu. Hadaplah. Jika baik bersyukur, jika buruk, tegurlah dia. "Laki aku pun suka menyimpan gold bar, tapi aku malas nak tanya. Duit dia, harta benda dia. Dah dia minat lantak la. Yang penting tiap bulan nafkah cukup, semuanya lengkap," tulis beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI