suria

Malaysia negara dunia ketiga? ‘Minah Salih’ jalan di Pavilion buktikan kepada rakan Amerika negara kita tak mundur

Rakaman memaparkan wanita itu berjalan-jalan di Pavilion tular menerusi media sosial.

RAKAMAN berdurasi 15 saat memaparkan seorang warga asing sedang berjalan memasuki pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur tular di media sosial.

Apa yang mencuri tumpuan, wanita itu berkata kenalannya di Amerika Syarikat (AS) menyangka dia sedang berada di sebuah negara dunia ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi kursus tapi jumpa jodoh, pemuda ini bahagia nikahi wanita di Amerika! Dulu semua mak buat, kini sate pun masak sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Berangan kahwin mat salih? Wanita dedah sengsara bersuamikan biawak hidup, miskin di negara sendiri, nak senang-lenang di Malaysia

"Untuk semua kawan saya di Amerika yang fikir saya berada di sebuah negara dunia ketiga, adakah ini kelihatan seperti negara dunia ketiga?

"Kita tak ada benda macam ni di tempat kita. Saya sukakannya," ujar wanita kulit putih itu sambil menunjukkan suasana dalam pusat beli-belah popular berkenaan.

Rakaman yang dimuat naik semula ke laman Twitter menerusi akaun @Mulut_Cabai itu meraih lebih 66,500 tontonan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bertelagah dan berkongsi pendapat masing-masing berkenaan isu itu.

Malah, ramai rakyat Malaysia turut berkongsi pengalaman mereka berdepan persepsi sama dengan orang luar.

Pusat beli-belah Pavilion yang sering menjadi tumpuan ramai.

Pusat beli-belah Pavilion yang sering menjadi tumpuan ramai.

"Lagi banyak kamu mengembara, lagi banyak kamu terkejut dengan apa yang mereka fikir tentang Malaysia. Saya ingat saya pergi Shangahai dan Beijing 10 tahun lalu, sesetengah mereka fikir Malaysia penuh hutan, tiada bandar.

"Tak mengejutkan. Saya pernah berjumpa warga Amerika yang tidak tahu apa-apa mengenai dunia luar, mereka sangka orang Asia masih hidup dengan cara purba.

Untuk semua kawan saya di Amerika yang fikir saya berada di sebuah negara dunia ketiga, adakah ini kelihatan seperti negara dunia ketiga?

MINAH SALIH

"Tak mengejutkan pun. Beberapa tahun lepas, sebilangan mereka sangka rakyat Malaysia tinggal atas pokok," tulis beberapa individu.

Selain itu, beberapa individu juga berkongsi cerita mengenai pusat beli-belah di Amerika yang digambarkan biasa-biasa sahaja berbanding Malaysia.

Antara komen netizen di Twitter.

Antara komen netizen di Twitter.

"New York pun tak macam ni okey. Kawan aku cakap Bukit Bintang jauh lebih baik berbanding New York.

"Amerika tak ada mall besar-besar macam kat Malaysia ya. Malah mall terbesar di dunia ada kat Malaysia. Amerika tu sendu je," tulis seorang lagi pelayar Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain