suria

Anak buntu ibu meninggal dunia di hotel PD, pukul 3 pagi cari pengurusan jenazah... Rezeki arwah, Uncle Kentang hantar bantuan

Uncle Kentang menerima panggilan daripada seorang lelaki pada pukul 3 pagi memohon bantuan kerana ibunya meninggal dunia.

BERKECIMPUNG dalam lapangan kebajikan khususnya perkhidmatan penghantaran serta pengurusan jenazah, sudah tentu banyak kisah serta pengalaman yang ditempuhi oleh aktivis terkenal, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Kentang.

Bagaimanapun, kisah yang berlaku baru-baru ini benar-benar membuatkan Uncle Kentang sukar percaya sama ada ia adalah kebetulan ataupun aturan yang sudah ditetapkan Tuhan.

"Saya selalu off phone sebelum tidur. Semalam saya terlupa off phone. Jam 3.19 pagi satu call masuk. Pemuda Melayu bernama Akis mohon bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 5 tahun, pemuda pulangkan kereta sewa RM1 sebulan diguna untuk ke kelas... Uncle Kentang terkejut dah bergelar engineer!

ARTIKEL BERKAITAN: Love all of you... Uncle Kentang tutup telefon 7 hari! Puncanya positif Covid-19 tahap 4, ribuan doa segera sembuh

"Ibunya baru meninggal dunia di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson. Ibunya baru sampai dari Kedah untuk bercuti bersama suami dan anak.

"Punca kematian adalah sakit uzur. Dia tak ada contact team urus jenazah di Port Dickson dan cari di Google... terus ternampak nombor telefon saya," ceritanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut aktivis kebajikan itu, dia lantas terus menghubungi team yang bertugas untuk membantu menguruskan penghantaran jenazah ibu kepada lelaki yang meminta bantuannya.

uncle baru 1

Team Uncle Kentang segera ke hotel untuk menguruskan jenazah.

"Saya lantas call Abang Cik Sentuhan Kasih. Semua mudah dan dia terus pergi bantu uruskan jenazah ibu lelaki tadi," kongsinya.

Tambah Uncle Kentang, dia bersyukur kerana pada waktu tersebut, dia tidak melakukan rutin biasa iaitu mematikan telefon bimbit sebelum tidur.

"Mengapa saya terlupa off phone walhal saya selalu off phone masa tidur. Kebetulan atau percaturan? Terlupa off phone... dapat mudahkan jenazah ibu yang meninggal di Port Dickson.

"Saya percaya ibunya seorang yang special apabila Tuhan nak mudahkan urusan jenazahnya. Syukur saya terlupa off phone," kongsinya sambil menambah, urusan penghantaran jenazah ke Alor Setar, Kedah dilakukan pada pagi hari yang sama selepas dikafankan.

uncle baru 2

Pengurusan jenazah disempurnakan oleh team Uncle Kentang.

Selain kisah tersebut, Uncle Kentang turut berkongsi kisah lain yang hampir serupa sepanjang penglibatannya dalam lapangan kebajikan.

"Teringat semasa saya sendiri memandu ke IJN membantu satu jenazah lelaki. Saya sendiri rasa hairan dari Puchong ke IJN, di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Bank RHB dan Tabung Haji biasanya sangat sesak.

"Tetapi hari itu Tuhan telah buka jalan raya seluasnya. Saya selamat sampai di bilik mayat IJN dalam masa 18 minit. Tiba di perkarangan bilik mayat, saya dapat jumpa dengan isteri arwah. Baru saya tahu arwah adalah guru agama," ceritanya.

Saya percaya ibunya seorang yang special apabila Tuhan nak mudahkan urusan jenazahnya. Syukur saya terlupa off phone.

UNCLE KENTANG

Hal yang sama berlaku ketika dia terlibat sama menguruskan penghantaran mayat seorang wanita warga emas berbangsa Cina, beberapa tahun lalu.

"Saya buat permohonan ke balai polis untuk mohon escort berbayar kerana khuatir keselamatan pengguna jalan raya. Ketika kami lalu Jalan Puchong ke Sunway menuju ke Kampung Tunku tempat bakar mayat, jalan terbuka luas. Escort tak perlu bunyikan siren.

uncle kentang 3

Uncle Kentang membantu menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah tanpa memilih bangsa.

"Kupas balik siapa aunty ini. Mendiang seorang vegetarian, habiskan separuh riwayat bantu orang susah. Anaknya agak senang, selalu bagi dia duit dan dia beri pula kepada orang susah.

"Inilah antara episod yang saya sukar lupakan kerana Tuhan memudahkan segala urusan kami mengurus jenazah. Pelik tapi benar," tulisnya.

Sehingga kini perkongsiannya meraih sehingga 110 shares di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain