BOLEH dikatakan kebanyakan orang sama ada wanita atau lelaki sering mengabaikan penjagaan kulit masing-masing. Rata-ratanya memikirkan cukup sekadar mencuci kulit wajah setiap hari di samping menggunakan krim siang dan malam. Jangan terkejut sekiranya masih ada yang tidak mengetahui bahawa pelindung sinaran matahari atau sunscreen adalah antara item yang wajib dipakai setiap hari. ARTIKEL BERKAITAN: Vitamin C rosak buah pinggang? Doktor mengaku dulu tak percaya suplemen, kini dah berubah tapi sebelum ambil perlu dapat nasihat pakar ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan intim 7 kali seminggu kurangkan risiko kanser? Doktor akui tak pernah nasihat macam tu, siap tegur pakai stetoskop demi jual produk Kegunaan sunscreen adalah bagi mengelakkan kulit gelap atau terbakar, mengurangkan kedutan serta mengelakkan pigmentasi atau lebih dikenali sebagai jeragat. Baru-baru ini laman sosial Twitter 'meriah' dengan perdebatan mengenai penggunaan sunscreen untuk kulit. Ia bermula apabila seorang pelayar laman berkenaan mendakwa penggunaan sunscreen menjadi salah satu penyumbang berlakunya kanser kulit. "You are young. Jangan rosakkan muka dengan sunscreen. Kita orang Asia Tenggara dikurniakan sunscreen semula jadi. Melanin namanya. Fakta ringkas, kanser kulit meningkat sejajar peningkatan penggunaan sunscreen," tulisnya. Doktor pakar kulit turut meninggalkan komen sebagai respon kepada ciapan individu berkenaan. Malah pelayar tersebut turut berkongsi pengalamannya yang didakwa pernah berdepan dengan keadaan kulit muka yang teruk atau breakout, sebelum ia pulih selepas dia tidak lagi menggunakan bahan atau produk penjagaan wajah. "Alhamdulillah... buang pelindung matahari anda dan semua bahan kimia di muka anda," tulis pelayar itu sambil memuat naik beberapa keping gambar wajahnya. Dakwa pelayar itu lagi, pelbagai kaedah lain yang wajar diamalkan untuk mendapatkan kulit yang sihat iaitu mengubah gaya hidup, mengubah pola diet, mengurus stres dan menyeimbangkan hormon. Bagaimanapun, ciapan tersebut menyaksikan pelayar berkenaan 'diserang' bertalu-talu oleh warga maya dan melabelnya sebagai 'palatao', iaitu terma yang diberikan kepada individu yang kononnya terlebih mengetahui sesuatu perkara. Komen daripada seorang netizen mengenai kepentingan sunscreen. Malah seorang doktor pakar kulit turut sama meninggalkan komen pada perkongsian pelayar tersebut. "Ini adalah nasihat berbahaya. Kadar kanser kulit adalah kanser ke-10 paling biasa di Malaysia dan menyumbang 2.6 peratus daripada semua kes kanser. "Melanin adalah pertahanan semula jadi terhadap sinaran UV tetapi ia tidak mencukupi. Terdapat beratus-ratus pelindung matahari di pasaran, anda boleh mencari yang sesuai," tulis doktor berkenaan. Saya ada seorang kenalan, awal bertemu saya sapa dia panggil pakcik; punya nak sopan. Kawan dia sebelah tersembur gelak. Rupanya muda lagi baru awal 30an. NETIZEN Menjengah ruangan komen pula, rata-ratanya turut berkongsi pandangan masing-masing mengenai kebaikan menggunakan sunscreen. "Palataologist vs Dermatologist. Kondisi kulit kita tidak sama, mungkin ada yang tak perlukan sunscreen dan juga sebaliknya. Jika tidak pasti produk yang sesuai, boleh rujuk pakar kulit," komen @syedakramin. Netizen mengecam individu berkenaan dan melabelnya sebagai 'palatao'. "Aku yang askar pun pakai sunscreen. Bos aku pangkat leftenan kolonel pun pakai. Komando some more. Sunscreen untuk kesihatan kulit. Bukan untuk jadi jambu atau soyboy. Kau tak rasa lagi berjemur atas bot pegi ronda perairan kepulauan negara. Baru kau tahu peri pentingnya sunscreen tu," komen @noazhatori. "Start laa pakai bang. Saya ada seorang kenalan, awal bertemu saya sapa dia panggil pakcik; punya nak sopan. Kawan dia sebelah tersembur gelak. Rupanya muda lagi baru awal 30an. Serba salah pula aku," komen @gxlaticmoon. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI