SEMPENA Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2022) yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), orang ramai berpusu-pusu mengambil peluang untuk membeli buku selain berjumpa karyawan kegemaran mereka. Dek kerana sambutan cukup menggalakkan ini, para peniaga tidak melepaskan peluang untuk menjual makanan serta minuman di kaki lima di kawasan berdekatan WTC. Namun begitu, sikap pentingkan diri dan tidak bertimbang rasa segelintir peniaga yang meletakkan barang jualan hingga menghalang laluan pejalan kaki mengundang rasa kurang senang individu bernama Ahmad Faiz yang merupakan seorang lelaki dalam kategori orang kelainan upaya (OKU). ARTIKEL BERKAITAN: Kejar impian jadi doktor, pelajar OKU berjalan 2km ke sekolah dengan hanya sebelah kaki ARTIKEL BERKAITAN: Semangat menimba ilmu, pelajar OKU berjalan 1 kilometer ke sekolah setiap hari dengan hanya sebelah kaki Perkara itu diluahkan Ahmad Faiz di Twitter secara terbuka. “Siapalah yang luluskan boleh letak gerai dekat kaki lima ni. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Sudahlah ini je satu-satunya laluan nak ke lif untuk naik jejantas (penghubung PWTC ke Sunway Putra). “Ini nasib baik aku datang dengan kawan, bolehlah dia tolong clear jalan, kalau datang sorang?,” luah Faiz pada ciapanya bersama sebuah video. Ciapan asal di Twitter yang tular. Ciapan tular itu menunjukkan Faiz yang menggunakan kerusi roda mengalami kesukaran untuk melalui laluan berkenaan kerana terdapat banyak barang jualan. Malah menerusi video berkenaan dapat dilihat wheelchair yang dinaiki Faiz hampir terjatuh daripada tebing kaki lima hanya kerana mahu mengelak barang jualan milik peniaga di situ. Dalam pada itu, Faiz turut mendakwa peniaga berkenaan sedikit pun tidak mengendahkan situasi tersebut. Dengan ruang yang sangat sempit, roda wheelchair boleh tergelincir ke bawah... bahaya! AHMAD FAIZ “Brother empunya gerai ni pula, apabila nampak sempit (saya) tak boleh jalan, dia boleh tengok je. Padahal yang menghalang jalan ni barang-barang dia. Entahlah. “Dekat situ banyak lagi ruang lain boleh pacak gerai. Janganlah buka di laluan kerusi roda. Longgokan air jualan yang menghalang jalan. “Bahu kaki lima ni agak tinggi. Dengan ruang yang sangat sempit, roda wheelchair boleh tergelincir ke bawah... bahaya,” jelasnya lagi. Berikutan ciapan yang tular itu, pelayar Twitter lain turut meluahkan pendapat mereka. Rata-rata warga maya juga tidak bersetuju dengan sikap sesetengah pihak yang hanya memikirkan keuntungan namun mengabaikan kebajikan pengguna jalan yang lain. Komen netizen berikutan kejadian yang tular di Twitter. “Saya sokong peniaga kecil berniaga, tetapi janganlah letak barang-barang sampai OKU dan warga emas sukar bergerak. Budayakan minda sivik dan memudahkan orang ramai. “Saya bekerja dengan golongan OKU. Salah satu kerisauan dan masalah yang mereka hadapi ialah, accessibility. Disebabkan kekurangan ini, ramai antara mereka fikir atau rasa mereka ni menyusahkan orang. Sebenarnya kita yang tak memudahkan,” ujar beberapa netizen membalas ciapan asal Faiz. Untuk rekod, sehingga kini posting tersebut telah menerima lebih 4,800 jumlah ciapan semula dan lebih 3,700 tanda suka. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI