KLINIK kesihatan! Saya tak nak MC (medical certificate)! Begitulah kapsyen yang ditulis oleh Sri Idrina, 28, apabila bercerita mengenai perkhidmatan yang dirasakan kurang memuaskan di sebuah klinik kesihatan (KK) yang tidak dinyatakan lokasinya. Dia yang senang disapa Sri bercerita mengenai pengalaman ketika berurusan dengan doktor yang didakwa memberikan jawapan kurang pasti mengenai sakit yang ditanggung selama lebih dua bulan. ARTIKEL BERKAITAN: Datang awal temujanji nak cucuk anak, tapi kena ‘sidai’ 30 minit gara-gara misi KK beli sarapan... Nampak jalan jinjing beg plastik ARTIKEL BERKAITAN: Doktor dedah tugas di KK lebih stres banding unit kecemasan hospital – “Seorang doktor rawat 90 ke 100 pesakit dalam masa tujuh jam” "Sebenarnya saya sakit bahu dah lama, tapi disebabkan sibuk dengan kerja shooting di Perlis, jadi saya tahan sakit tu berbulan-bulan sebab tak nak ganggu waktu kerja. "Sebelum ni pun saya dah pernah pergi KK tapi mereka seolah-olah anggap saya sakit sikit je. Mereka tanya 'nak MC ke?' dan akhirnya masih beri saya ubat tahan sakit yang berbeza-beza tanpa mendengar penerangan saya. “Bila saya tanya apa-apa perkara, jawapan mereka sentiasa berbunyi 'kalau tak jatuh ke apa, tak ada apa-apa tu'. Bila cakap saya pernah jatuh, doktor tu kata 'tapi tu tahun lepas kan?' dan akan terus proceed untuk bagi saya ubat tahan sakit sahaja,” kata Sri ketika dihubungi mStar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut Sri yang menetap di ibu kota ini, keadaan sakit bahu dan bahagian tengkuknya bagaimanapun semakin mengganggu tidur. Malah dia mula merasakan kebas di bahagian belakang kepala dan tangan kanannya membuatkan dia nekad untuk berjumpa doktor di klinik kesihatan sama untuk pemeriksaan lanjut. "Bila saya jumpa doktor, dia terus sebut 'oh mungkin salah tidur'. Tanpa mendengar penerangan saya dengan lebih lanjut. Saya terpaksa minta juga nak buat X-ray. Sri mengalami sakit bahagian bahu berlarutan sehingga lebih dua bulan. "Dengan muka yang seolah-olah nak tak nak, dia hantar saya ke bahagian X-ray. Lepas dapat keputusan dia kata bahagian belakang saya ada bengkok sikit, tapi tak ada apa yang serius. Lepas tu terus suruh saya ambil ubat. "Saya tak pernah diberi ubat ibuprofen sebelum ni tapi kali ni doktor bagi. Bila saya makan, rupanya badan saya tak menerima ubat tu dan menyebabkan mata bengkak. Lepas mata bengkak, saya berhenti makan dan mungkin minggu depan akan dapatkan rawatan di hospital swasta," ujar Sri lagi. Saya dapat kecaman dari ramai orang, pada masa yang sama netizen menyokong kenyataan saya sebab mereka pun pernah dapat layanan yang sama. SRI INDINA Berikutan video yang menjadi tular di TikTok sehingga meraih lebih 1 juta jumlah tontonan, rata-rata netizen serta doktor turut menyatakan pendapat masing-masing. Para netizen turut menyokong serta menceritakan pengalaman sama yang dialami semasa berurusan dengan pihak klinik kesihatan walaupun berlainan tempat. "Saya dapat kecaman dari ramai orang, pada masa yang sama netizen menyokong kenyataan saya sebab mereka pun pernah dapat layanan yang sama. Wanita ini turut dikecam oleh pihak yang tidak bersetuju dengan luahan hatinya. "Kecaman-kecaman yang saya dapat banyak daripada doktor-doktor. Mereka kecam sebab saya sebut 'semua doktor klinik kesihatan' tapi saya akui memang bukan semua cuma saya memang sentiasa ke KK dari umur 10 tahun hingga sekarang. "Layanan mereka tetap sama. KK yang berlainan tapi layanan kasar dan suka anggap orang yang datang hanya sebab nak MC. Jadi saya kecewa sangat. Memang bukan semua macam tu tapi saya boleh katakan 80 peratus dari mereka memang tak berminat nak ambil tahu atau layan pesakit mereka," jelas Sri berikutan video yang tular. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI