suria

Pemikiran orang bisnes... dah dibayar gaji, majikan tak perlu lagi belanja staf makan! Bukan kedekut, tapi tanda bijak urus duit

Saranan seorang usahawan supaya majikan tidak perlu belanja staf makan. - gambar hiasan

PELBAGAI cara yang dilakukan oleh majikan untuk menghargai pekerja, termasuklah belanja makan.

Penghargaan itu dapat merangsang para pekerja untuk meningkatkan motivasi dan produktiviti , sekali gus dapat menaikkan prestasi syarikat.

Namun, lain pula satu saranan yang dikongsi di laman sosial yang mencadangkan majikan tidak perlu belanja staf makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Layan 'maid' macam VIP, bawa shopping baju raya di KLCC... Ramai tawar diri jadi bibik, mengidam bonus RM5,000!

ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya bos! Wanita ini 'saja-saja' bawa staf Pakistan staycation di hotel 4 bintang, jalan-jalan cari makan - "Mereka pernah menangis sebab saya"

Menerusi satu perkongsian yang tular, senario 'belanja staf makan' sering berlaku dalam kalangan syarikat kecil, dan terdapat alasan diberikan kenapa majikan tidak perlu belanja staf makan.

"Dalam syarikat kecil, majikan selalu membelanja pekerjanya makan-makan apabila mereka sudah menjalankan kerja dengan baik.

"Sebagai majikan, kita tidak perlu membelanja staf makan-makan. Kita sudah bayar gaji dan lain-lain bayaran yang menjadi hak mereka," menurut tulisan di Facebook Puan Ainon Mohd.

belanja makan 2

Perkongsian Ainon di Facebook mencetuska pelbagai reaksi.

Menurut Ainon, majikan sebaliknya disarankan menyimpan wang yang diperuntukkan untuk membelanja para pekerja makan.

"Simpan duit belanja staf makan-makan itu. Kita bukannya kedekut. Kita menguruskan duit bisnes dengan cara yang lebih bijak," katanya yang merupakan seorang usahawan.

Tambah pengasas kepada sebuah syarikat penerbitan buku itu, peruntukan untuk belanja makan itu sekiranya tidak digunakan boleh dijadikan sebagai bonus tahunan para pekerja.

"Kita berikan duit makan-makan itu sebagai duit bonus hujung tahun mereka.

"Sementara menunggu bonus hujung tahun, duit itu boleh dipusing-pusingkan sebagai modal bisnes. Pekerja dapat duit bonus, kita dapat duit modal," katanya.

belanja makan 5

Antara komen netizen.

Pandangan menerusi Facebook Puan Ainon Mohd ini dikongsi lebih 1,600 kali dan meraih pelbagai reaksi netizen terutama dalam kalangan majikan.

Antara mereka berpendapat bahawa belanja pekerja makan merupakan sebahagian daripada sedekah.

"Saya suka belanja staf saya makan cara menghargai penat lelah mereka selepas berhempas pulas mereka bekerja. Tak kira staf part time atau full time. Ia ibarat setiap hari kami bersedekah dan kami percaya konsep rezeki. Staf juga tak berkira buat kerja. Mungkin syarikat kami tak besar tapi hubungan sesama insan tu lebih erat dalam masa yang sama mencari keberkatan."

Kita bukannya kedekut. Kita menguruskan duit bisnes dengan cara yang lebih bijak.

AINON MOHD

"Saya dapati rezeki semakin bertambah lepas belanja staf makan. Staf saya yang tak pernah merasa makan kat hotel pun datang berterima kasih kerana diberi peluang untuk merasai makan di tempat yang mewah, produktiviti makin bagus.

"Resit belanja staf makan boleh digunakan untuk claim tax pada syarikat. Hujung tahun tetap dapat bonus dan duit raya sebab selalu mencapai target apa yang kita makan tu tak jadi apa, tapi apa yang kita selalu sedekah itulah makanan kita."

"Kenapa bos nak guna duit syarikat untuk belanja? Bos guna la duit poket dia sendiri untuk belanja, baru tak kacau modal syarikat," demikian antara komen netizen.

belanja makan 6

Antara netizen yang bersetuju dengan pandangan tersebut.

Dalam pada itu, terdapat pandangan yang turut bersetuju dengan saranan supaya majikan tidak perlu belanja staf makan.

"Saya setuju dengan saranan ini. Beberapa teman yang berbisnes sering mengadu, 'Aku selalu belanja staf makan pun, tak lekat lama. Aku tak faham apa lagi yang mereka nak.'Paling penting bayar dahulu gaji yang tinggi kepada staf, bayar KWSP, Socso dan SIP, bayar elaun, bonus dan OT. Ini lebih penting berbanding belanja makan."

"Setuju pandangan puan. Kita ada tanggungjawab kepada syarikat yang kita urus. Lebih-lebih lagi kawalan perbelanjaan. Makan-makan boleh je dibuat waktu syarikat adakan hari family day atau annual dinner," antara komen netizen yang turut memberikan pandangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain