suria

Pelajar dari famili T20 tertanya salah ke belajar sambil bisnes? Pensyarah gigih menyamar jadi customer sebelum hantar mesej ‘serangan’

Mesej yang dihantar pensyarah selepas mengetahui pelajarnya melakukan bisnes.

SELEPAS kes 'jual gelang untuk beli laptop RM800', kini timbul pula beberapa masalah lain yang membabitkan pelajar dan pensyarah di media sosial.

Mana tidaknya, pensyarah yang selama ini diumpamakan sebagai 'lilin membakar diri demi menerangi orang lain' bertindak sebaliknya termasuk mengkritik tanpa usul periksa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar MRSM sedih dikelilingi rakan dari keluarga kaya, 2 tahun belajar tanpa iPad! Kini ‘lompat’ ke T20, umur 19 tahun jana 9K sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 10A SPM kembali kejar cita-cita selepas perkahwinan di usia 18 tahun gagal, masih ‘power’ sekali interview terus dapat biasiswa

Turut melalui situasi yang sama, pelajar tahun akhir sebuah universiti awam mendedahkan bahawa dia tiba-tiba 'diserang' pensyarah yang menyamar sebagai pelanggan untuk membeli barang jualannya.

Pensyarah tersebut bukan hanya mempersoalkan bisnes sambilan yang dilakukan tetapi turut menyatakan bahawa dia membuang masa kerana mensia-siakan peluang belajar di universiti.

"Sila fokus pada pelajaran anda! Role anda sekarang adalah seorang pelajar universiti. Kat luar betapa banyak budak nak masuk universiti tak dapat, sedangkan awak dah berjaya masuk.

Syat melakukan bisnes kerana ingin menampung kos belanja dan pengajiannya. - Gambar hiasan

Syat melakukan bisnes kerana ingin menampung kos belanja dan pengajiannya. - Gambar hiasan

"Buat apa nak buang masa utama anda pada bisnes? Kalau nak buat duit, baik kasi (beri) peluang belajar pada yang lain.

"Kalau awak tak nak belajar, yang rugi anda sendiri! Bukan sesiapa! Tak ada orang boleh tolong awak belajar ataupun makan. Semua kena buat sendiri!

"Tak nak belajar main sambil alih, akhirnya akan jadi tin kosong... tak dapat apa-apa pun. Nanti akan seksa sendiri waktu bekerja nanti," demikian antara mesej yang dihantar 'pelanggan' terbabit.

Memulakan ceritanya kepada mStar, dia yang mesra dipanggil Syat berkata, pada awalnya dia mendapat mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang bertanyakan diskaun bagi beg berjenama yang dijual.

"Saya dapat chat macam biasa customer nak order beg. Saya balas macam biasa sebab tak sangka tu pensyarah bagi projek tahun akhir kursus yang saya ambil.

Perbualan awal seolah-olah pelanggan.

Perbualan awal seolah-olah pelanggan.

"Dia pun tanya boleh COD (cash on delivery) atau tak... tapi pada masa tu, saya tengah sibuk dengan tugasan pengajian lain dan tak sempat membalas pertanyaannya.

"Lagi pula, saya dah perlahankan sedikit urusan bisnes sebab nak fokus kepada final year," ujarnya yang menjual produk suplemen sendiri serta beg berjenama.

Mengakui terkejut menerima mesej 'serangan', wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, selepas tidak membalas mesej yang diterima pada 31 Mei itu, dia tiba-tiba menerima mesej 'nasihat' daripada individu yang sama pada 9 Jun.

Bisnes tidak mengganggu fokus Syat dalam pelajaran.

Bisnes tidak mengganggu fokus Syat dalam pelajaran.

Disebabkan berasa pelik dengan mesej yang diterima daripada 'pelanggan', dia membalasnya dengan tanda soal.

"Tetiba semalam (9 Jun) dapat mesej, ingatkan pelanggan chat 'sound' saya sebab itu hanya reply tanda soal sahaja. Iyalah, terkejut tiba-tiba pelanggan serang.

"Kemudian bila saya semak balik nombor telefon di dalam group belajar, baru saya tahu yang mesej tersebut dihantar oleh pensyarah," luahnya.

Ekoran mesej itu, dia bertanyakan jika terdapat sebarang kesalahan dalam subjek yang diajar, namun pensyarah terbabit asyik menyentuh tentang bisnes yang dilakukan sahaja.

Mesej lanjut yang dihantar oleh pensyarahnya.

Mesej lanjut yang dihantar oleh pensyarahnya.

"Saya agak terasa sebab kalau betul ada salah saya dalam pelajaran, patut tegur secara terus... tapi kenapa sampai perlu menyamar," soalnya yang pertama kali mengikuti pengajian dengan pensyarah tersebut.

Mendakwa bisnes yang dikendalikan itu dapat dihidu oleh pensyarah, ujarnya, ia berkemungkinan diadu oleh salah seorang rakan pengajiannya.

"Dalam kumpulan projek saya ada lima orang dan salah seorang daripadanya saya kenal dan dia mengetahui saya buat bisnes," ujarnya sambil menyatakan tidak mempunyai masalah dalam pelajaran mahupun terpaksa mengulang subjek.

Saya memang minat berniaga dan dalam masa sama nak tampung hidup sebab saya anak sulung daripada lima adik beradik dan kesemuanya tengah belajar.

SYAT

Bercerita tentang bisnes yang dilakukan, ujarnya, ia telah dijalankan sejak dia melanjutkan pelajaran di peringkat diploma.

"Saya memang minat berniaga dan dalam masa sama nak tampung hidup sebab saya anak sulung daripada lima adik beradik dan kesemuanya tengah belajar.

Bisnes yang dijalankan secara atas talian dikritik pensyarah. - Gambar hiasan

Bisnes yang dijalankan secara atas talian dikritik pensyarah. - Gambar hiasan

"Malahan saya jenis tak suka meminta duit daripada ibu dan bapa, lagi pula saya jenis suka berjalan serta teringin membeli. Bisnes dah bermula daripada saya belajar diploma... masa tu buat bisnes bundle dan kerja sambilan bagi menampung duit sewa rumah serta keperluan yang lain," jelasnya.

Mengakui dirinya sebagai anak daripada golongan T20, Syat memberitahu, belanja bulanan yang diperoleh daripada ibunya hanyalah RM200.

Jika, tidak mencukupi dia terpaksa minta duit tambahan.

"Tapi saya memang tidak meminta sebab itu saya buat bisnes sendiri," tambahnya sambil menyatakan RM200 tidak mencukupi untuk dibelanjakan dalam tempoh satu bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain