HARUS diakui terdapat bermacam-macam ragam dan kerenah pembeli ketika berbelanja. Ada yang tidak menggunakan common sense, malah terdapat juga pelanggan terlebih rajin dan sanggup membuat 'kerja lebih' di pasar raya. Buktinya, seorang pelanggan berkongsi pengalaman bertembung dengan seorang pengunjung lain ketika berbelanja di sebuah pasar raya, baru-baru ini. Kelakuan pelanggan wanita di salah satu rak di premis itu yang mencurigakan menimbulkan tanda tanya. Tanpa segan silu, pelanggan berkenaan menukarkan sepapan telur. "Ketika di sebuah pasar raya masa duk cari barang dapur, aku terpandang seorang wanita di rak telur. Awat (kenapa) la lama sangat dia berada di kawasan tu? "Apabila aku renung rupanya... masih ada pembeli seperti ini. Pilih daripada papan lain atas rak, main pilih tukar-tukar pula," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Pembeli tak guna 'common sense', personal shopper naik angin! "5 jam saja nak beratur bayar... kami juga manusia biasa" ARTIKEL BERKAITAN: Kerana akak tak ada common sense selamba potong queue, Da'i Wan dimarah bini - "Layak sekali ditegur, biar sedar" Individu berkenaan sempat merakamkan beberapa keping foto menunjukkan pelanggan wanita itu sedang leka memilih dan menukar telur di rak berkenaan. Menerusi ruangan komen di Facebook Penang Kini, rata-rata netizen memberi pandangan berbeza berhubung tindakan pelanggan berkenaan. Malah, terdapat pandangan bahawa bukan menjadi satu kesalahan demi memastikan telur yang dibeli berada dalam keadaan baik. Perkongsian di Facebook menjadi perhatian netizen. Bagaimanapun harus diingat bahawa harga telur ada berlainan mengikut gred. Namun istilah 'perempuan selalunya betul' nampaknya ada kebenaran apabila ramai yang menyokong tindakan wanita itu kerana disifatkan sebagai pengguna bijak. "Inilah pembeli yang bijak. Nak pilih yang elok. Bukan ambil yang murah lepas tu tukar yang mahal. NETIZEN "Duit dia nak bayar, pilih la. Tak salah apapun. "Tukar sama gred tak ada masalah. Harga tetap gred yang sama. Jangan tukar gred lain je. Kita ni perlu menjadi pengguna yang bijak. Kita bayar untuk kita makan. Antara komen-komen netizen. "Ada masa lebih tak ada masalah. Nak pilih, nak tukar. Berapa lama pun suka hati dia la. Mungkin ada yang pecah ke, busuk ke. Alahai sempat lagi hang tangkap gambar punya nak jadi content. "Tak salah pun. Nak pilih yang elok. Bukan ambil yang murah lepas tu tukar yang mahal. "Tu tak apa lagi, spender (seluar dalam) pun ada buka kotak tukar warna. "Kalau tukar gred yang berbeza tu maknanya mencuri! Tapi kalau gred yang sama pada saya okey. Mungkin dia asingkan telur yang terkena najis ayam atau retak rosak," demikian antara komen-komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI