suria

Jumpa wang tunai RM100,000! Tindakan pekerja pusat rekreasi tak disangka-sangka, ahli perniagaan terkejut terima panggilan

Seorang pengunjung pusat rekreasi menerima beg berisi wang tunai miliknya.

KATA orang umpama rezeki terpijak sekiranya kita menemui sesuatu yang berharga secara tiba-tiba.

Tapi apa yang akan anda lakukan jika berada dalam situasi itu? Anda pastinya dalam dilema.

Namun tidak bagi seorang pekerja ini apabila dia tanpa ragu-ragu melaporkan tentang penemuan sebuah beg berisi wang tunai berjumlah hampir RM100,000 di sebuah pusat rekreasi.

Menerusi satu perkongsian yang kini tular di media sosial, beg berisi wang tunai hampir RM100,000 itu merupakan milik seorang pengunjung yang bermalam di Pusat Rekreasi Air Panas Legong (Ulu Legong Hot Spring) di Baling, Kedah.

jumpa 100k 5

Beg yang mengandungi wang tunai berjumlah RM100,000.

Tidak melarikan wang tersebut, sebaliknya pekerja Majlis Daerah Baling (MDB) yang menemui beg berkenaan mengambil tindakan dengan melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan.

"Kakitangan Majlis Daerah Baling yang bertugas ketika itu terus melaporkan kepada pihak pengurusan serta menelefon pengunjung tersebut," demikian menurut hantaran itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa beg plastik berisi tunai 4 angka... lelaki ini letak dalam raga kotor motosikal, sanggup berhujan tunggu pemilik di tepi jalan - "Biar miskin jangan ambil bukan hak kita"

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cemas terbuang dompet barang kemas, mujur pekerja MBSP sanggup korek timbunan sampah cari sampai jumpa

Difahamkan, pengunjung tersebut menerima panggilan daripada MDB ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Pengunjung tersebut terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Majlis Daerah Baling kerana beliau sama sekali tidak teringat akan beg tersebut kerana bergegas untuk pulang.

"Setibanya di hot spring dia kata syukur sangat, semua ni adalah duit hasil perniagaan dan tak sempat untuk bank-in. Dia tak sangka masih ada insan yang jujur," katanya.

jumpa 100k 4

Ahli perniagaan lega mendapat semula wangnya.

Dalam pada itu, kakitangan MDB yang menemui wang tunai tersebut berkata, ia bukanlah pertama kali dia menemui pelbagai barangan milik pengunjung.

"Tapi kalau kita ambil sekeping, hilang segunung kepercayaan orang kat kita," menurutnya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, seorang petugas di Pusat Rekreasi Air Panas Lenggong ketika dihubungi mStar pada Sabtu mengesahkan insiden itu dan memaklumkan wang berkenaan milik seorang pengunjung lelaki yang merupakan ahli perniagaan.

Tak sangka masih ada insan yang jujur.

PENGUNJUNG / AHLI PERNIAGAAN

Namun katanya, kejadian tersebut berlaku beberapa bulan lalu dan menyedari ia baru tular sejak Jumaat, dipercayai selepas dikongsikan oleh seorang petugas lain di laman sosial.

Menurut petugas itu lagi, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dikendalikan oleh MDB.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

.

jumpa 100k 3

Antara komen-komen netizen.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan pekerja berkenaan kerana bersikap jujur.

"RM100,000... termenung sekejap. Alhamdulillah dipertemukan dengan yang jujur. Sesetengah orang RM100,000 ni memang lupa dunia kalau jumpa."

"Duit titik peluh yang berkat. Alhamdulillah. Pada yang menjumpainya, doakan semoga rezeki dan pahala tak putus-putus seperti air mengalir."

"Alhamdulillah bukan wang kita, patut dipulangkan kepada tuannya. Kalaulah kita ambil daripada bukan titik peluh kita selama ini, kerja tak akan berkat."

"Alhamdulillah. Zaman sekarang payah nak jumpa orang yang punya hati seikhlas dan sejujurnya. Semoga dimurahkan rezeki buatnya. Amin," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain