suria

Tak sia-sia tolak hadiah BMW! Gadis 21 tahun ini dapat Tesla, siap sujud syukur... Bayar RM240 untuk cas kereta selama setahun

Nini baru menerima Tesla selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mei lalu.

KISAH seorang gadis Malaysia yang memiliki kereta elektrik Tesla meraih perhatian ramai pengguna media sosial.

Baru berusia 21 tahun, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia mampu memiliki kereta itu pada usia yang cukup muda.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mahu dikenali sebagai NiniComei menjelaskan kereta tersebut merupakan hadiah daripada syarikat jual beli emas digital yang disertainya sejak tahun 2020.

"Kereta ini sebenarnya reward daripada syarikat. Saya dapat dua buah kereta BMW sebagai reward, jadi saya request tukar kepada Tesla. Tak sangka akan dapat Tesla. Memang sujud syukur masa tu. Saya baru je terima kereta ni selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mei lalu.

"Bagi yang tertanya-tanya mengenai harga, ia bergantung kepada model. Yang saya punya dalam RM450,000. Bagi saya ia sangat menjimatkan minyak. Kalau sebelum ini saya guna Mercedes, tiga hari sekali nak kena isi minyak.

"Untuk electric vehicle (EV) pula, saya subscribe RM240 setahun untuk pergi caj di pusat beli-belah. Banyak port untuk caj sebenarnya," ujar Nini yang memiliki lebih 163,000 pengikut di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Singapura masuk Malaysia, pandu Tesla secara auto-pilot... polis buka kertas siasatan

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pelajar MRSM Ulul Albab kini jurutera Tesla... Kisah hidupnya pasti jadi inspirasi wanita Malaysia!

Dalam video tular menerusi platform TikTok yang meraih tiga juta tontonan itu, Nini turut berkongsi rutinnya yang kerap ke pusat beli-belah untuk proses pengecasan kereta berkenaan.

Selain dihujani pelbagai soalan daripada netizen, Nini juga tidak terlepas menerima kecaman namun dia mengambil pendirian untuk memberi fokus kepada perkara positif sahaja.

"Saya ada plan untuk buat video lain lagi. Ada yang nak tengok cara caj, aplikasi apa yang boleh dipakai, bagaimana nak buka Tesla dan sebagainya... InsyaAllah saya akan buat video lagi tapi agak terbatas kerana kekangan masa.

"Saya juga ada terima komen kecaman. Pada saya ia perkara biasa. Saya tolak ke tepi komen-komen begitu. Ada juga yang kata tak sesuai pakai EV. Pada pandangan saya, betul tak sesuai kalau ia satu-satunya kereta kita.

nini1

Video dikongsi Nini meraih tiga juta tontonan.

"Tapi kalau kita dah ada kereta lain, apa salahnya pakai EV? Ia bagus untuk jadi kereta kedua. Kalau tanya antara EV dan kereta biasa yang guna petrol, bagi saya dua-dua seronok. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

"Ketika pertama kali dapat pandu Tesla, saya tak rasa takut, cuma gementar sikit. Masa awal-awal tu tak tahu nak caj di mana, kemudian risau takut bateri tak cukup pula. Tapi Alhamdulillah setakat ini pemanduan lancar, sesuai dengan saya," ujarnya yang menetap di Ampang.

Bercerita mengenai dirinya, Nini yang juga anak bongsu daripada tiga beradik kini sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Perniagaan Antarabangsa.

Pada masa sama, Nini berkata dia mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan sejak berusia 15 tahun sehingga mampu menuai hasil yang dimilikinya pada hari ini.

Bagi saya ia sangat menjimatkan minyak. Kalau sebelum ini saya guna Mercedes, tiga hari sekali nak kena isi minyak.

NINI

"Saya buat investment dan networking sejak umur 15. Saya juga tubuhkan support team NCTeam sejak tahun 2015 untuk bantu ahli-ahli yang berminat dalam bisnes investment dan networking bersama saya. Selain itu, saya juga mula bekerja dengan sebuah syarikat jual beli emas sejak tahun 2020.

"Sejujurnya saya bukan orang senang. Tak kaya, cuma cukup-cukup makan. Pada umur 15, saya nak sangat iPhone. Ketika sambut hari lahir yang ke-15, ibu bagi saya RM50 sebab dia tak mampu. Bermula saat itu saya belajar invest untuk gandakan duit. Saya banyak try and error," ujarnya.

Cerita Nini lagi, dia juga pernah berhadapan episod duka apabila kerugian ratusan ribu ringgit apabila menjadi mangsa penipuan pada tahun 2017.

Namun kata Nini, pengalaman lalu banyak memberi iktibar dan dia kini nekad mengejar impian-impian dalam hidup termasuklah mengeluarkan produk kecantikan sendiri tidak lama lagi.

nini2

Nini merupakan pelajar dalam bidang Perniagaan Antarabangsa.

"Selepas menyertai dunia pelaburan, saya sebenarnya nak keluarkan produk kecantikan pada tahun 2017 tapi akhirnya ditipu seorang individu.

"Ada seorang perunding kecantikan nak bantu saya buka bisnes, kemudiannya dia tipu saya hampir RM200,000. Alhamdulillah saya dah menang kes itu. InsyaAllah Ogos nanti saya akan keluarkan produk bersama kakak.

Dulu saya jatuh, ibaratnya sampai berguling. Saya ambil kejadian itu sebagai batu loncatan untuk berjaya. Pada saya, kalau nak ubah hidup, kita kena ada ilmu.

"Pesan saya kepada mereka yang nak buat bisnes, jangan abaikan pelajaran. Ibu pun selalu pesan begitu kepada saya," ujar Nini yang pernah tersenarai sebagai pelajar terbaik ketika belajar di peringkat diploma.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain