suria

“Mama jangan, pedih!” - Anak perempuan 3 tahun mengadu sakit masa buka seluar, rupanya bapa jadikan si kecil pemuas nafsu!

Eida danggup bercerai dengan suami demi mempertahankan maruah dan kehormatan anak perempuannya. Foto: Facebook Natipah Abu

KISAH haruan makan anak yang terus menerus dipaparkan di media menunjukkan betapa kroniknya isu ini dalam masyarakat kita.

Tidak tertahan rasa sebak setiap kali melihat foto atau video yang dikongsikan menunjukkan mangsa nafsu buas darah daging sendiri yang masih kecil, terlantar di katil hospital.

Terbaharu perkongsian aktivis kebajikan dan kemasyarakatan, Natipah Abu mengenai kisah tragis seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa cabul bapa kandung sendiri benar-benar membuatkan warga maya turut sebak dan simpati dengan nasibnya.

cabul 2

Eida yang kini tinggal bersama ibu dan bapanya menjual nasi lemak untuk meraih pendapatan.

Kisah tersebut diceritakan sendiri oleh ibu mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Eida, kepada Natipah.

Menurut wanita berusia 31 tahun itu, dia mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang 17 tahun lebih tua daripada usianya.

Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Harapkan bahagia perkahwinan kedua, ibu 3 anak ‘dapat derita’ suami gantung tak bertali! Tunggu masa dihalau tuan rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tanggung ujian berat selepas kahwin usia muda! Suami kudung dua kaki, sakit buah pinggang... nasib 4 anak kecil jadi tanda tanya

Namun kemanisan alam rumah tangganya berakhir apabila suaminya menunjukkan sikap sebenar.

"Sepak terajang dalam usia perkahwinan yang masih mentah, sanggup saya telan walau perit sekalipun, tapi apabila anak saya disentuh, kesabaran saya pun hilang.

"Saya membuat keputusan untuk korbankan perkahwinan saya demi maruah dan kehormatan anak perempuan saya," demikian luahan wanita tersebut yang dikongsikan semula oleh Natipah.

Menurut wanita tersebut, segala-galanya bermula apabila si suami membawa pulang anak tunggal mereka ke rumah ibu mentua selepas mereka berselisih faham.

"Sebaik pulang dari rumah mentua, anak terus memeluk erat saya dalam keadaan teresak-esak memberitahu mulutnya sakit sambil menunjukkan mulutnya.

"Sambil memegang kemaluan saya seperti mencari sesuatu dan dia tanya, 'mama mana ubat macam abah?'. Terasa kelam dunia saya. Saya terus membawa anak ke bilik mandi.

natipah

Natipah sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam lapangan kebajikan dan kemasyarakatan.

"Semasa membuka seluar, anak berkelakuan luar biasa. Dia memegang seluarnya dan berkata 'mama jangan, pedih!'. Selesai mandikan anak, semasa hendak pakaikan dia lampin, saya nampak kemaluannya sangat merah dan lain sangat keadaannya.

"Saya yang mandikan dan basuh berak dia setiap hari, mana mungkin saya tidak perasan kalau ada perubahan pada kemaluan anak saya sebelum ini. Apabila ditanya, anak cakap 'abah buat'," kongsinya.

Bukan setakat merengek kesakitan pada kemaluan sahaja, malah anak kecilnya juga menunjukkan tingkah laku aneh ketika menyusu, di mana tangannya pasti akan 'menyelinap' ke dalam seluar.

"Saya tidak mampu lagi untuk tunduk dengan seorang lelaki yang bergelar suami. Biarlah derhaka pada suami tapi saya masih mampu mempertahankan anak kandung saya sendiri.

"Akhirnya saya membawa anak ke hospital. Kini saya dalam proses menuntut keadilan buat anak saya.

Semasa membuka seluar, anak berkelakuan luar biasa. Dia memegang seluarnya dan berkata 'mama jangan, pedih!'

EIDA

IBU

"Oleh sebab tidak pernah terlintas akan terjadi pada diri saya sendiri, saya memang tiada sesen pun simpanan. Lebih-lebih lagi saya telah berhenti kerja setelah berkahwin.

"Saya terpaksa pulang ke pangkuan ibu dan ayah kandung untuk berlindung dan meneruskan hidup bersama anak saya," ujarnya yang kini menetap di kampung di Kuala Muda, Kedah.

Disebabkan trauma dengan apa yang berlaku, Eida merasa bimbang untuk meninggalkan anaknya dan keluar bekerja, malah si kecil itu juga enggan berenggang dengannya selepas kejadian hitam tersebut.

"Saya memilih untuk berniaga kecil-kecilan, menjual nasi lemak di sekitar kawasan perumahan kami. Pendapatan daripada jualan nasi lemak yang tak seberapa ini digunakan bagi menampung perbelanjaan.

komen

Antara komen netizen yang turut bersimpati dengan nasib Eida.

"Saya juga perlukan wang untuk membiayai kos perjalanan dan lain-lain yang berkaitan urusan temujanji dengan pihak hospital dan juga mahkamah.

"Saya terpaksa melalui juga proses undang-undang bagi mendapatkan hak jagaan anak saya kerana dituntut oleh bekas suami," ujarnya yang kini sudah sah bercerai dengan suami.

Justeru menurut Natiaph, perkongsian kisah dua beranak malang tersebut dilakukan bertujuan untuk mengutip sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung mereka.

Sehingga kini perkongsian Natipah meraih sehingga 550 shares di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain