RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) kejadian jenayah yang berlaku di sebuah rumah tular di media sosial sehingga meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam. Video berdurasi seminit 27 saat itu dimuat naik menerusi TikTok pada Selasa sebelum ia tular menerusi platform lain dan hangat diperkatakan sehingga Rabu. "Ada info? Dengar-dengarnya kes samun dan rogol di Bayu, Klang," tulis individu yang memuat naik video itu ke TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dalam rakaman bertarikh 27 Jun 2022 itu, jelas kedengaran suara seorang wanita sedang menjerit dalam sebuah bilik sebelum dia diarah 'diam' oleh seorang lelaki. Wanita itu juga kedengaran menangis teresak-esak sepanjang rakaman video, seolah-olah merayu agar tidak diapa-apakan. CCTV yang dipasang di ruang dapur turut memaparkan dua lelaki sedang mundar-mandir, malah salah seorang daripada mereka dilihat memegang satu objek panjang yang tidak dapat dipastikan. Antara lelaki yang berada di dalam rumah sewaktu kejadian. Turut mencuri tumpuan tentunya kelibat seorang individu yang sedang mengintai dari arah luar kediaman itu. "Siapa orang di luar rumah tu, sedang intai. "Jiran sekarang pun ramai tak boleh pakai. Dengar pun buat-buat tak dengar. "Nampak macam ramai. Kat luar tingkap tu nampak ada lagi seorang dok tengok. ARTIKEL BERKAITAN: Merompak penuh gaya... Suspek naik Ysuku pecah masuk rumah orang, tapi kantoi wajah dirakam CCTV! ARTIKEL BERKAITAN: Mencuri tak guna otak, muka terpampang depan CCTV sebab pakai ‘mask’ bawah dagu... Ini punca kasut depan rumah lesap! "Ada nampak macam orang kat cermin tingkap hujung," tulis beberapa netizen. Di ruangan komen, beberapa individu yang mendakwa tinggal di kawasan sama turut berkongsi cerita mengenai tempat tinggal mereka yang disifatkan sebagai lokasi panas penjenayah. Malah, ada sebilangan individu turut mendakwa kes tersebut ada kaitan dengan aktiviti perjudian di kawasan berkenaan. Menurut penduduk setempat, kawasan itu sememangnya kerap berlaku kes jenayah. "Flat Bayu Perdana tempat tu memang banyak kes pecah rumah curi motor. "Kawasan Bayu tu memang terkenal dengan pecah rumah, baru pindah tahu-tahu esoknya dah kena pecah. "Pernah motor aku dia curi. Cuma tak sempat je. Yang tinggal Bayu Perdana tu hati-hatilah kalau yang baru duduk situ. "Seriuslah betul ke ni? Ya Allah kesiannya. Takut la," tulis beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI