suria

Terbayang makan kek bulu ketiak, ‘kembang tekak’ tengok aksi gaul adunan sampai siku... Telur ayam pun tak basuh dulu!

Aksi seorang lelaki yang membuat kek menggunakan tangan tular di Facebook.

VIDEO tular dengan kapsyen 'jom buat kek tangan' hangat menjadi perbualan warga Facebook sejak beberapa hari lalu.

Dikongsi oleh Sulaiman Mansor, video berdurasi lebih lima minit itu mengundang raya loya netizen gara-gara proses pembuatan kek yang dianggap terlalu kotor.

Pada awal rakaman, kelihatan seorang lelaki memakai singlet kelabu sedang mengadun kek di dalam periuk besi dengan menggunakan tangannya.

Lebih menjijikkan, dia menyeluk adunan itu sehingga ke paras siku tanpa menggunakan sebarang sarung tangan atau peralatan.

Selain itu, lelaki berkenaan turut memecahkan beberapa biji telur yang dipercayai tidak dibersihkan ke dalam adunan kek itu.

Turut mencuri tumpuan tentunya peralatan seperti mesin pengadun yang kelihatan berkerak dengan daki kotoran.

ARTIKEL BERKAITAN: Akak ni beli Mee Tonggek viral RM30 dengan sotong, tapi jumpa banyak ulat... Netizen syak gerai disihir, PPj dah ambil tindakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam goreng dilonggok tepi dapur, lenyek kentang dalam periuk atas lantai... apa kata pemilik video ini?

Pada penghujung video, lelaki itu turut memotong kek berkenaan yang telah siap dibakar sebelum ia dimasukkan ke dalam plastik pembungkusan.

Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian itu, ia ternyata meraih perhatian ramai selepas dimuat naik di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Selain jijik dengan video berkenaan, ramai netizen turut memberi saranan kepada pengusaha makanan dan pembeli agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Tiba-tiba teringat roti canai yang kita makan hari-hari. Bersih ke?

NETIZEN

"Sampai siku oo. Entah-entah bulu ketiak pun masuk sekali.

"Peralatannya dari mixer sampai ke oven semua bekerak keladak. Tangan masuk sampai ketiak.

"Bancuh tepung ke bancuh simen? Naik loya tengok.

"Tiba-tiba teringat roti canai yang kita makan hari-hari. Bersih ke?

kek 2

Proses pembuatan kek itu menerima reaksi negatif daripada netizen.

"Waktu dia lurutkan bancuhan kat lengan tu naik kejap bulu tengkuk aku," ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, seorang individu turut memuji hasil kek lelaki berkenaan yang dimasak sempurna biarpun dihasilkan dengan teknik yang kotor.

"Tapi elok pula kejadian kek," tulis seorang pelayar Facebook berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain