suria

Pelanggan jumpa mata kail dalam kari kepala ikan, tapi aduan tak dilayan... Peniaga restoran hanya ‘refund’ 60 sen!

Pihak restoran hanya menolak 60 sen daripada keseluruhan bil wanita berkenaan.

JIKA ditelusuri di media sosial, banyak kisah dan pengalaman yang dikongsikan warga maya ketika membeli makanan di gerai penjaja, kedai makan mahupun restoran mewah.

Lazimnya, rata-rata perkongsian tersebut adalah berkisarkan soal harga, kebersihan serta kualiti makanan yang disajikan.

Paling tidak boleh diterima dek akal apabila ada netizen yang berkongsi kisah terjumpa bendasing dalam makanan seperti bulu, rambut, kulit telur, cebisan tali mop, serangga dan sebagainya.

kail 1

Mata kail yang ditemui pada kepala ikan di dalam hidangan kari.

Namun perkongsian seorang wanita mengenai pengalamannya menikmati hidangan makan malam bersama keluarga di sebuah restoran di Kuala Lumpur, sudah cukup membuatkan orang ramai 'seram sejuk'.

Mana tidaknya, mereka sekeluarga terjumpa sebilah mata kail di dalam lauk kari kepala ikan yang dipesan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan daging dalam kuah, rupanya tali mop!” - Dua beradik rasa nak muntah makan roti canai banjir, selepas mengadu tetap kena bayar!

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah ambil gambar makanan sebelum jamah, wanita terkejut siput kecil merayap celah daun salad! Daripada lapar terus rasa kenyang

Menerusi gambar yang tular di media sosial, kelihatan mata kail yang besar dan tajam itu diselaputi kuah kari manakala bahagian tengahnya masih terlekat sisa isi ikan.

Mujurlah salah seorang daripada ahli keluarga wanita tersebut ternampak mata kail tersebut sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Wanita tersebut segera membuat aduan kepada pengurus restoran berkenaan mengenai penemuan yang tidak dijangka itu, namun respons yang diterima amatlah mengecewakan.

Pada awalnya, mereka kata ia silap pekerja di dapur, tetapi apabila saya nak buat bayaran, mereka minta maaf dan kata ia adalah salah pembekal.

PELANGGAN

Bukan sahaja enggan bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku, sebaliknya pihak restoran menyalahkan pula pembekal ikan mereka.

"Ada mata kail di kepala ikan, bukankah ia luar biasa? Nasib baik ayah saya tidak menyuap dan menggigitnya, sempat melihatnya apabila dia menggunakan sudu untuk memakan ikan itu.

"Bagaimana dengan orang lain? Bagaimana jika kanak-kanak yang terjumpa? Adakah mereka makan mata kail?

"Pada awalnya, mereka kata ia silap pekerja di dapur, tetapi apabila saya nak buat bayaran, mereka minta maaf dan kata ia adalah salah pembekal," kata wanita berkenaan.

komen kail

Segelintir netizen turut meluahkan rasa 'seram' dengan penemuan mata kail di dalam hidangan tersebut.

Menurutnya lagi, harga untuk kesemua hidangan yang dipesan berjumlah RM298.60 namun bil tersebut diberi 'diskaun' sebanyak 60 sen, menjadikan jumlah yang perlu dibayar adalah RM298.

Menjengah komen netizen, rata-ratanya mengecam sikap tidak bertanggungjawab pihak restoran berkenaan kerana mengambil mudah soal kebersihan dan keselamatan pelanggan.

"Pekerja dapur bersihkan ikan betul-betul ke tidak? Macam mana cef pun tak perasan?

"Kalau tertelan mata kail tu, bukan kena bayar 60 sen untuk kos pembedahan. Restoran mana ni?

"Hanya 60 sen? Saya akan saman mereka," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain