suria

Merompak penuh gaya... Suspek naik Ysuku pecah masuk rumah orang, tapi kantoi wajah dirakam CCTV!

Tangkap layar CCTV yang kini tular di Twitter.

SEORANG lelaki terpaksa melupakan hasratnya untuk memecah masuk sebuah kediaman selepas menyedari aksinya sedang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut pemilik kediaman tersebut, Hans, 30, cubaan jenayah itu berlaku di rumahnya yang terletak di Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur kira-kira pukul 5.47 petang, Isnin.

Ketika dihubungi mStar, Hans berkata ia merupakan kejadian pertama seumpamanya selepas dua tahun menetap di kediaman itu bersama isteri anak-anaknya.

"Kejadian itu berlaku pada 27 Jun, lebih kurang pukul 5.47 petang. Pada masa itu, tiada sesiapa berada di rumah. Seorang anak di taska, seorang lagi dengan mak mentua. Kebetulan saya sedang bekerja.

"Isteri pula baru balik kerja. Isteri saya sampai pada pukul 5.51 petang, lima minit lepas lelaki itu keluar dari kawasan rumah kami. Isteri hantar WhatsApp kepada saya, dia tanya ada buka sliding door ke?

"Dia juga maklumkan pagar rumah kami terbuka luas. Saya rasa pelik sebab sliding door tu memang rosak tak boleh lock, sentiasa tutup rapat. Pagar pun saya tutup masa nak keluar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencuri tak guna otak, muka terpampang depan CCTV sebab pakai ‘mask’ bawah dagu... Ini punca kasut depan rumah lesap!

ARTIKEL BERKAITAN: Borak dan 'rembat'! 'Makcik Myvi merah' berani curi 3 beg pelajar dalam masjid "Esok exam, nota sekali kena curi”

"Apabila semak CCTV baru nampak ada orang cuba masuk rumah kami. Mungkin dia perasan ada CCTV dia terus cabut. Dekat pagar tu dia macam ada keluarkan sesuatu dari beg dia" ujarnya.

Menurut Hans, dia berasa geram dengan pelaku yang seolah-olah mencabar kesabarannya apabila tergamak melakukan jenayah pada waktu siang hari.

Namun katanya, dia bersyukur apabila CCTV yang dibeli baru-baru ini berjaya mematahkan cubaan berkenaan, malah boleh digunakan sebagai bukti kepada pihak berkuasa.

rompak2

Hans memasang CCTV pada tingkap kediamannya, baru-baru ini.

"Sekarang kena ekstra hati-hati. Pagar tu pun dah pasang lock semula. Sebelum ini pun kami lock, tapi sejak akhir-akhir ni tak lock.

"CCTV tu kebetulan saya beli. Pada mulanya pasang dalam rumah, 2 Jun lalu baru tergerak hati nak pasang pada tingkap. Niat beli sebab murah, dalam RM87 ke RM90. Kebetulan ada PC Fair kat 1Utama.

"Saya beli pasang dalam rumah, jadi boleh tengok aktiviti anak-anak ketika kerja. Lepas tu tergerak hati, saja nak pasang dekat tingkap untuk tengok aktiviti luar pada waktu malam. Zaman sekarang ni CCTV penting, kes jenayah makin naik.

"Kemudian saya buat laporan di Balai Polis Tun HS Lee pada hari kejadian. Kalau-kalau kejadian sama berlaku di sekitar kawasan ni, pihak polis boleh kecilkan skop pencarian suspek," ujarnya lagi.

Harap dia berhentilah buat kerja ni... badan sihat, carilah kerja.

HANS

Dalam pada itu, Hans turut memberi pesanan kepada pelaku agar berhenti melakukan jenayah memandangkan badannya masih sihat untuk bekerja seperti biasa.

"Saya tak cam, tak pernah nampak. Kalau nak cari motor pun nombor plate dia boleh tukar. Sebab nombor plate dia palsu. Harap dia berhentilah buat kerja ni. Badan sihat, carilah kerja.

"Masing-masing struggle cari duit, mencuri, pecah masuk rumah orang, samun ni semua tak ke mana. Untuk peringatan semua, kalau boleh biarlah kunci semua pintu dan pagar. Kalau boleh tambahlah ekstra keselamatan, beli CCTV pasang," ujarnya lagi.

Terdahulu Hans turut berkongsi rakaman CCTV itu menerusi Twitter sehingga meraih lebih 214,000 tontonan.

Berdasarkan pemerhatian suspek menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku.

rompak4

Netizen menyelar tindakan lelaki itu yang melakukan jenayah secara terang-terangan.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan lelaki itu yang secara terang-terangan membuat cubaan pecah masuk rumah pada siang hari.

"Sakit pula hati tengok jenis selamba je nak merompak. Badan semua sihat walafiat, motor pun elok. Pergi kerja la bodoh! Cari rezeki halal!

"Jahanam betul. Buat macam rumah sendiri. Masuk tak ragu-ragu pun.

"Wah relaks ek macam masuk rumah sendiri motor park dalam. Ysuku kot, takkan nak beli brembo tak cukup modal sampai kena merompak?

"Alhamdulillah dia tak sempat buat apa," tulis beberapa pelayar Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain