suria

Lelaki sentap sendiri, nak test drive Alphard jurujual saran Vellfire! Siapa pemikiran B40 sebenarnya?

Kereta Vellfire dan Alphard menjadi topik perbualan antara jurujual dan bakal pembeli.

SIAPA yang tidak teruja untuk memiliki kereta baharu yang diidamkan.

Sudah pastinya beberapa model kereta disenarai pendek sebagai pilihan sebelum pandu uji kenderaan berkenaan dilakukan.

Namun hasrat seorang lelaki mahu memandu uji kereta terbantut gara-gara sikap seorang jurujual.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, dimuat naik tangkap layar perbualan lelaki berkenaan dengan jurujual kereta.

test drive tak jadi 5

Tinjauan di pusat pameran kereta. - gambar hiasan FAIHAN GHANI/The Star

"Salam bang, nak tanya... Alphard ada ke sana?" tanya lelaki berkenaan.

"Ada. Nak murah sikit Vellfire pun ada. Cari spec apa," kata jurujual merujuk kepada spesifikasi model kenderaan.

"Abang cadang bang, saya tak pandai sangat. Boleh datang test drive bang?" balas lelaki itu.

"Nak test booking dulu RM1,000. Kita jaga kereta, bukan main datang je test," jawab jurujual.

ARTIKEL BERKAITAN: "Selalu terjadi, ramai pelanggan tak faham bahasa" - Tak dapat pegang pencucuk oden, pelanggan maki staf

ARTIKEL BERKAITAN: Layan pelanggan nak beli jam pintar acuh tak acuh, staf dapat 'balasan' kena buat kerja lebih... kira selonggok wang kertas RM1

Jawapan jurujual itu ternyata mengejutkan lelaki berkenaan sehingga dia membatalkan hasratnya untuk memandu uji kereta pilihan.

"Salam bang. Tak apalah dah bincang dengan isteri. Tak jadi datang, sebab saya pakai selipar je bang. Takut kotor pula kereta-kereta abang tu," balas lelaki itu selepas beberapa jam.

test drive tak jadi 6

Tangkap layar perbualan antara jurujual dengan seorang lelaki.

Menerusi hantaran berkenaan yang dikongsikan semula di halaman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, seorang pengguna melabel tindakan jurujual itu sebagai mentaliti B40.

"Bila salesman mentaliti B40," tulisnya.

Pelbagai reaksi netizen berhubung perbualan tersebut, ada yang mempersoalkan sikap jurujual, tidak terkecuali menegur tindakan bakal pembeli.

Boleh je balas 'boleh tuan, tapi kena ada security deposit ya'. Kan manis sikit begitu.

NETIZEN

Tidak dinafikan terdapat caj 'booking' sebelum membuat pembelian kereta, namun jurujual itu tidak seharusnya bercakap secara menyindir.

"Memanglah RM1,000 sebagai security deposit. Tapi cara balas tu macam apa je aku tengok. Boleh je balas 'boleh tuan, tapi kena ada security deposit ya'. Kan manis sikit begitu."

“Jurujual nak elak geng-geng MLM test drive tu. Ramai je geng MLM buat macam tu. Test drive tangkap gambar logo kat stereng. Lepas tu chow,” kata netizen.

test drive tak jadi 2

Antara komen netizen.

Pada masa sama, sikap bakal pembeli juga dipersoalkan mengenai sejauh mana dia serius untuk membeli kereta yang diidamkan.

"Tak ada pun dia sebut selipar kau? Entah-entah kau yang mentaliti B40, tiba-tiba 'koyak'. Nak hentam pun biarlah cerdik."

"Dia yang selekeh dan cepat trigger macam perempuan period, salesman pula yang disalahkan."

"Bila B40 acah-acah nak pakai Alphard/ Vellfire macam ni la, jurujual minta security deposit auto koyak. Kalau betul mampu RM1,000 dah selit tepi siap-siap bos. Jurujual pun cari makan bos, kalau jadi apa-apa waktu test drive siapa nak jawab? Jiwa besar nak pakai kereta acah mewah tapi mindset boom. Ni spesis cop parking kat rumah PPR la ni," demikian antara komen netizen.

test drive tak jadi 3

Bakal pembeli dikritik netizen.

Dalam pada itu, seorang netizen turut mempersoalkan perkongsian itu sehingga perlu mengaitkan dengan mentaliti B40.

"Tak nampak pun apa salah jurujual tu. Tak ada pun mentaliti B40 yang boleh dikaitkan dengan penjelasan dia.

"Pembeli mesej santai, dia (jurujual) balas pun santai. Tak ada dah sentimen 'customer is always right' sekarang. Semuanya tentang respek!" katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain