RAMAI memilih menggunakan tren sebagai pengangkutan untuk ke tempat kerja, beriadah mahupun bersiar-siar kerana lebih mudah dan menjimatkan. Namun kadang kala kita berdepan dengan pelbagai kerenah para penumpang yang nyata di luar jangkaan. Walaupun pihak pengurusan tren sudah meletakkan papan tanda peraturan dan larangan ketika berada di dalam tren, masih ada segelintir penumpang yang tidak mengambil endah. Netizen menyifatkan teguran RapidKL adalah wajar untuk mengelakkan para penumpang sewenang-wenangnya melanggar peraturan. Baru-baru ini tular sekeping gambar memaparkan dua orang gadis yang sedang duduk di dalam tren bermain telefon bimbit sambil menikmati mi segera dalam cawan. Untuk makluman, sesetengah pengangkutan awam tidak membenarkan penumpang makan dan minum atas faktor keselesaan dan keselamatan. ARTIKEL BERKAITAN: “Dasar penyebar korona!” - Penumpang ludah dalam tren bikin netizen geli, marah... KTMB buat pembersihan segera ARTIKEL BERKAITAN: Tren tak penuh tapi tetap datang dekat, duduk rapat! Gadis lega lelaki gila seks akhirnya ditangkap - “Satu je saya nak pesan...” Sungguhpun tren kelihatan tidak padat dengan penumpang ketika itu, namun tindakan dua gadis berkenaan mengundang teguran daripada RapidKL. "Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan mi segera dalam tren. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula. "Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren," tulis RapidKLdi Twitter rasmi mereka. Tak semua orang ada kesedaran sivik... kalau dibenarkan nanti ada la tu buang sampah merata, tumpahkan air lepastu buat bodoh NETIZEN Ciapan tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang. Sehingga kini ia meraih lebih daripada 3,500 ulang kicau. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Rapid KL yang menegur perbuatan dua gadis berkenaan, selain menyifatkan ia sewajarnya dilakukan agar penumpang tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan ketika menggunakan tren. "Undang-undang dalam train pun tak boleh follow. Patutlah train banyak faulty. Lepastu yang susah penumpang yang ikut undang-undang. Ni baru part makan dalam train. Yang jenis bawa monyet dalam train tu lagi lah. Panjat kerusi sampai kotor, lepastu orang lain tak selesa. Gambar mi goreng yang tumpah di tempat duduk gara-gara penumpang tidak mengikut peraturan. Foto: Twitter Askrapidkl "Memang salah. Tak semua orang ada kesedaran sivik. Kalau dibenarkan, nanti ada la tu buang sampah merata, tertumpahkan air lepastu buat bodoh... kan dah menyusahkan penumpang lain dengan staf. "Kenapa dan mengapa manusia jenis ini ada masalah pemahaman dengan peraturan dan undang-undang? Kurang tegas dalam didikan?" demikian antara komen netizen. Bagaimanapun, ciapan tersebut juga mengundang kecaman warga maya dengan ada di antara mereka yang meminta pihak RapidKL memperbaiki mutu perkhidmatan terlebih dahulu, sebelum menegur penumpang. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI