suria

Tanya bab agama ‘dibalas’ nombor phone! Wanita dakwa penceramah bebas kenal remaja di IG, umpan belanja makan sebelum merogol

Kronologi dibuat oleh wanita dipercayai kawan baik ibu mangsa.

TULAR di media sosial mengenai seorang penceramah bebas popular ditahan polis selepas didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Pelbagai spekulasi mula timbul apabila seorang ustaz yang dikatakan memiliki lebih dari seorang isteri ini melakukan perbuatan sumbang terhadap kanak-kanak bawah umur tersebut.

Berikutan kejadian itu, seorang pengguna di TikTok membuat dakwaan dengan mendedahkan kronologi hubungan antara penceramah dengan mangsa terbabit.

Tangkap layar video yang menjadi tular.

Jelasnya pada video dimuat naik, dia yang dikenali dengan nama @qayqay mendakwa platform Instagram menjadi permulaan terjalinnya hubungan perkenalan ustaz dengan gadis itu.

Wanita itu yang mendakwa dirinya merupakan kawan baik kepada ibu mangsa berkata gadis terbabit memulakan perbualan dengan bertanya mengenai perihal agama lantas diberi nombor telefon oleh penceramah berumur 30an itu.

“Mangsa mengikuti ustaz ini dekat Instagram kemudian DM (direct message) tanya soal agama. Ustaz bagi nombor telefon katanya jarang buka DM.

ARTIKEL BERKAITAN: Berderau darah tengok budak lelaki naik basikal enjin mesin rumput, netizen kata layak jadi ikon permotoran baharu ganti Haqiem Stopa

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu gelaran ustaz, pemuda terkejut mampu buat pengikut peluk Islam hanya dengan tonton video dakwahnya di TikTok

“Kemudian, sampai satu hari ustaz umpan cuba teka umur saya berapa? Kalau betul saya belanja makan.

“Budak mentah macam tu apa tau (tahu). Seronok sebab nak keluar dengan orang yang popular,” tulisnya dalam video.

Dalam video seterusnya yang dimuat naik, dia turut mendakwa bahawa penceramah bebas dan gadis itu beberapa kali melakukan hubungan intim atas dasar suka sama suka.

Bagaimanapun, setelah aktiviti kotor ini diketahui oleh pihak keluarga, mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis memandangkan gadis itu masih di bawah umur.

Keluarga mangsa membuat laporan polis setelah hubungan ustaz dan kanak-kanak ini diketahui.

Malah, ujar wanita itu lagi, dia tidak sanggup untuk membaca perbualan mesej 'jijik' antara ustaz dan kanak-kanak tersebut.

Wanita berkenaan bagaimanapun menyerahkan pihak berkuasa untuk membuat siasatan dengan empat laporan bagi setiap perbuatan terkutuk dilakukan.

Untuk rekod, penceramah bebas yang berusia 30an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain