SERINGKALI kali kita dengar rungutan di media sosial tentang isu pembelian barang secara dalam talian yang tak sampai-sampai. Namun baru-baru ini hantaran Facebook seorang individu yang menguar-uarkan akan melelong barang tidak dituntut daripada satu platform beli-belah dalam talian mengundang rasa kurang senang ramai. Malah individu bernama Muhamad Razali itu turut menyatakan setiap bungkusan yang dibeli secara pukal itu akan dijual pada harga RM50. Hantaran di laman Facebook peniaga yang menjadi kecaman netizen. “Esok first batch sampai, unclaimed parcel online... 1,000 barang. Promosi sempena kedai baru, kita anjurkan satu permainan... satu bungkusan hanya RM50. “Saya pun tak tahu apa dalam bungkus tu. Telefon, beg, kasut, baju, sepit udang basikal, periuk... tauke cakap macam-macam ada kecuali durian. “Bayar RM50 kemudian pilih satu bungkusan dan buka sendiri depan kedai. Kalau barang rosak, kita bagi bungkusan lain,” katanya menerusi posting di Facebook. Hantaran yang dibuatnya itu kemudian dikongsikan oleh seorang pelayar Twitter. Bagi pemilik akaun bernama Pja, dia menyifatkan bahawa individu tersebut sewenang-wenangnya mengaut keuntungan apabila menjual semula barangan yang tidak dituntut. Kebanyakan barang dibeli dari China. “Macam ni pun boleh? Kesian orang beli barang tapi tak sampai-sampai. Kadang-kadang kurier buat kerja cincai, peram barang, status tak kemaskini. “Orang ni pula senang-senang buat duit... mudahnya hidup bang,” ciapnya di Twitter. Mengakui twit yang dilakukan itu akan membuka peluang pada individu tersebut mendapat pelanggan, ujarnya, diharapkan para netizen yang melihat hantarannya tidak menjadi pelanggan selain membuat penilaian yang tepat. “Aku tahu dengan tweet ni, aku juga membuka peluang pada dia untuk dapat potential customer. “Harap siapa nampak tweet ni tak pergi jadi pelanggan dia. Semua boleh fikir perkara mana baik mana tak elok kan?” ujarnya lagi. Terdahulu, posting yang dibuat itu tular di laman Twitter dan diulang ciap lebih 5,500 pelayar. Kebanyakan pengguna membahaskan tentang hukum perniagaan yang dilakukan peniaga tersebut kerana ia dikatakan menjual sesuatu yang tidak pasti. Untuk pengetahuan semua, barang-barang tersebut disimpan selama enam bulan di gudang penyimpanan bagi membolehkan pembeli menuntut jika mereka mahukannya... tetapi tiada siapa yang datang menuntut dalam tempoh tersebut. PENIAGA “Ini unclaimed parcel. For whatever reason orang tak ambil after many delivery attempts. Biasa dia jual super cheap wholesale dekat kedai just to dispose. Ni mereka attempt jual untuk dapat lebih sikit... tapi kalau beli 'lucky draw' macam ni, haram (hukumnya) kalau tak silap. “At first place haram jual sebab tak cukup syarat jual beli, barang bukan milik penjual. Kalau nak lupuskan sangat pun duit jualan kena agih ke kebajikan, tak boleh guna untuk personal. “Benda boleh bagi percuma tiba-tiba pula kena bayar RM50. Haram tu memang haram tapi, sanggup kah bayar RM50 untuk benda yang bukan hak milik dia? Kalau sanggup pergi... aku tak mahu dan aku cakap saja. ARTIKEL BERKAITAN: Lelong kereta jiran RM800, siap percuma pam racun! Mesej padu peniaga menjadi, jiran ‘kebal’ 2 tahun asyik parking depan rumah akhirnya ubah fikiran ARTIKEL BERKAITAN: Tersentak kata-kata adik, wanita lelong barang kumpul dana bantu mangsa banjir... hikmah sedekah, insan istimewa kembali ke pangkuan keluarga “Urusniaga sebegini haram kerana mengandungi unsur gharar fahisy (excessive uncertainty). Dalam hantaran ini dia sendiri mengakui yang barang dalam parcel tersebut tidak diketahui apa benda, justeru ia merupakan red flag yang nyata,” ujar beberapa netizen. Rata-rata netizen pula menyuarakan rasa berang dan tidak puas hati dengan tindakan kurier yang sewenang-wenangnya melupuskan barangan pembeli. Malah ada yang beranggapan bahawa akan ada lebih banyak barangan pembeli diperam berikutan terdapat elemen penjualan yang mendatangkan keuntungan seumpama itu. Antara reaksi netizen. “Jahat cara ni. Hak orang boleh buat main. Elok lapor dan siasat siapa dalang. Barang kalau hilang mesti ada tracking sistem. Tapi barang hilang ada kat sini tu petanda untuk kita sumbat orang macam ni dalam lokap. “Dia buat niaga pula... Makin banyak la barang peram lepas ni,” luah beberapa netizen lagi. Dalam pada itu, Muhamad Razali ketika dihubungi mStar menjelaskan dakwaan netizen terhadapnya. Menurutnya, setiap barang yang dibeli daripada syarikat e-dagang yang tidak diterima atau rosak, akan dibayar semula (refund). Sebahagian bungkusan yang telah dibuka dan sedia untuk dijual. "Pelanggan beli barang dan kalau dapat barang rosak atau mungkin mereka tidak terima tempahan... pastinya mereka isukan perkara tersebut dan pihak syarikat terlibat akan refund duit selepas melihat bukti-bukti berkaitan. "Disebabkan isu seperti itu, terdapat lambakan barang di gudang milik syarikat terbabit dan ia membuatkan ruangan penyimpanan menjadi terhad. "Untuk pengetahuan semua, barang-barang tersebut disimpan selama enam bulan di gudang penyimpanan bagi membolehkan pembeli menuntut jika mereka mahukannya... tetapi tiada siapa yang datang menuntut dalam tempoh tersebut. "Lagi pula, barang yang 'sangkut' akan dihantar semula ke syarikat e-dagang terbabit oleh pihak kurier. Kebanyakan barang dibeli dari China, disebabkan itu ia tidak dihantar semula kepada penjual sebaliknya membuat bayaran gantian," jelasnya yang baru memulakan jualan gudang pada 20 Julai. Menjawab tohmahan netizen yang menyatakan konsep jualannya adalah seperti berjudi, katanya, dia menerima setiap teguran tersebut dan telah mengubah corak penjualan. "Saya terima teguran orang dan sekarang saya dah buka semua bungkusan tersebut... pelanggan yang berminat boleh pilih dan lihat sendiri setiap barangan," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI