suria

Mak tiri pun baik! Risau anak gadis keluar tengok wayang dengan rakan, mummy jadi bodyguard... Siap belanja semua sekali

Ezlinda memastikan anaknya bersama rakan selamat masuk ke dalam panggung wayang.

BAGI anak remaja, menghabiskan waktu bersama rakan-rakan adalah perkara yang paling menggembirakan sehingga ada yang sanggup bertindak di luar kawalan apabila keinginan tersebut ditentang.

Namun, membiarkan sahaja mereka bebas keluar bukanlah jalan terbaik kerana pelbagai risiko jenayah termasuk jenayah culik dan rogol boleh berlaku.

Seperti video tular baru-baru ini, seorang wanita dikatakan menemani anaknya yang ingin keluar tengok wayang bersama rakan sekolah.

Dia bagaimanapun hanya memerhati daripada jauh dan tidak mengganggu aktiviti-aktiviti anaknya itu.

Malah hashtag #maktiripunbaik bersama kapsyen ‘demi kebaikan dan keselamatan Zara... biar Zara menangis bukan mummy yang menangis’ mengundang perhatian warganet.

Ketika dihubungi mStar, Noor Ezlinda Ismail berkata, tindakannya itu bukanlah kerana mahu mengongkong anak sebaliknya demi menjaga keselamatan seorang gadis selain bimbang kejadian tidak diingini menimpa.

Menurutnya, selepas beberapa kali diminta oleh anaknya Zara Humaira Zien, dia akhirnya membenarkan tetapi dengan satu syarat yang mesti dipatuhi.

“Ini kali pertama saya teman dia keluar. Sebelum ini banyak kali dia cakap nak keluar dengan kawan tapi saya dan suami, Zien Hashim tak bagi kerana takut perkara tidak elok berlaku pada dia.

Ezlinda menunggu anaknya selesai berjalan-jalan.

Ezlinda menunggu anaknya selesai berjalan-jalan.

“Disebabkan banyak kali dia dah minta, saya bimbang kalau suatu hari nanti Zara akan memberontak kerana keinginan dia tidak dipenuhi. Iyalah, jiwa budak-budak yang baru nak membesar.

“Jadi, saya bincang dengan suami dan kemudian bagi syarat pada Zara iaitu sama ada saya atau ayahnya yang akan ikut dia keluar bersama rakan-rakan,” ujarnya yang turut mengakui anak gadis berkenaan adalah anak tirinya.

Walaupun mengetahui syarat tersebut sukar untuk dipenuhi tapi Ezlinda tetap bertegas dengan keputusannya tambahan pula Zara baru berusia 14 tahun.

Ujarnya lagi, dia juga sedar bahawa rakan-rakan anaknya pasti tidak akan menyenangi kehadirannya kerana merasakan diri tidak bebas berikutan terdapat orang tua yang memantau.

“Lagipun, dia tinggal di asrama dan setiap kali mereka outing pada setiap hari Ahad, ustazah akan ikut untuk memantau. Mungkin sebab itu dia bagi hint nak keluar bersama kawan-kawan sahaja dari lepas raya haji. Tapi memang pada masa tu saya tegaskan tak boleh.

Walaupun ibu tiri, tapi hubungan Ezlinda dan Zara rapat.

Walaupun ibu tiri, tapi hubungan Ezlinda dan Zara rapat.

“Selepas diberi pilihan, dia pun bersetuju untuk saya ikut bersama. Pada masa sama saya cakap kalau Zara keluar dengan kawan-kawan, kena pakai duit sendiri tapi kalau mummy ikut... semua kawan-kawan dibelanja termasuk tiket wayang dan makan.

“Kalau ikutkan ada dua lagi rakannya tapi mungkin sebab tertentu tak dapat datang. Jadi saya ambil sorang sahaja kawan dia dari rumah... semasa saya tengok mesej rakan-rakan Zara, ramai yang tanya ‘tak apa ke mak kau ikut, mesti awkward’.

“Tapi selepas keluar, dia bagitahu yang kawan cakap lagi best bila ada mummy sebab semua kena belanja,” ujarnya.

Anak sulung juga masih keluar bersama keluarga walaupun sudah berusia 17 tahun.

EZLINDA

Bercerita lanjut, Ezlinda yang menetap di Bukit Jelutong, Selangor memberitahu, anaknya memang sudah merancang untuk pergi tengok wayang dan berjalan-jalan di sekitar kompleks beli belah berkenaan.

“Jadi pada hari tersebut, saya benarkan dia berjalan-jalan dan bagi satu jam kepada mereka tapi saya akan sentiasa tanya dia berada di mana.

“Saya memang berada dalam kompleks yang sama, kadang-kadang tunggu dalam kereta dan ada kala pergi jalan serta makan. Memang tak kacau dia langsung,” jelas wanita berusia 38 tahun itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis berdua dengan ibu... anak tunggal sebak kenang pemergian bapa akibat Covid-19, tiada lagi teman bergaduh manja

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan seorang tapi 3 anak jadi peneman di gerai aiskrim, sampaikan ada tertidur... bapa dedah sebab anak-anak ‘mengekor’ tiap kali berniaga

Dia juga menerangkan kepada Zara kenapa dia dan suami bertindak demikian serta tidak membenarkan anak-anak keluar bersendirian.

Dalam pada itu, Ezlinda juga memaklumkan bahawa anak sulung suaminya yang bernama Ziad Hasyirin juga masih keluar bersama keluarga walaupun sudah berusia 17 tahun.

Netizen turut menyokong tindakan Ezlinda.

Netizen turut menyokong tindakan Ezlinda.

Terdahulu video perkongsiannya tular di media sosial dan rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dilakukan itu.

“Kalau dah sampai sekolah menengah memang ada keinginan. Bagi dia ruang, kita tengok daripada jauh.

“Alhamdulillah. Kalau anak-anak dara saya dah besar macam ni pun, saya akan buat macam awak. Bukan tak percaya tapi zaman sekarang macam-macam boleh jadi.

“Kalau saya di tempat puan pun, saya akan buat yang sama. Secara tak langsung, kawan-kawan lain pun akan terasa dilindungi. Terima kasih puan.

“Anak dah besar nanti akan buat macam ni, zaman kita dulu daripada kecil jalan merata satu kampung tak ada apa-apa, zaman sekarang main depan rumah pun dah risau.

“Saya pun sama, anak keluar tengok wayang kami suami isteri tengok dari jauh konon nak shopping padahal memerhati anak bujang,” ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain