"ORANG terpaling common sense ni menyusahkan!" Demikian luahan rasa marah seorang pengguna netizen terhadap seorang pengguna Twitter apabila kembali membangkitkan isu siapa yang patut mengemas meja selepas makan di restoran makanan segera. Menurut ciapan Muhammad Eilham, kekurangan pekerja dalam sektor makanan dan minuman (F&B) di restoran makanan segera menyebabkan sisa serta sampah makanan terbiar di atas meja terus menjadi pemandangan biasa. “F&B sekarang ada masalah kekurangan pekerja. Kat kaunter seorang, dapur ada dua orang. Tambah pula pengguna tak reti nak kemas lepas makan... sedih betul tengok orang sekarang. Common sense mana?” ciapnya baru-baru ini. Ciapan yang dibuat. Posting yang dibuatnya itu menjadi tular sehingga ramai yang menyuarakan pandangan masing-masing. Walaupun ia bukanlah isu baharu, namun masih ramai yang tidak bersetuju dengan saranan agar pelanggan perlu membersih dan membuang bekas makanan sendiri ke dalam tong sampah. Malah, sekali lagi platform Twitter menjadi medan perdebatan antara netizen. Bagi mereka tindakan sedemikian hanyalah menguntungkan pihak syarikat berkenaan. “Ada yang naik minyak dah pun. Kalau semua pakat nak tolong, naik lemak pekerja F&B dan tauke. Lepas ni mereka buka kedai makan tapi customer pula masak sendiri... nak sangat rajin. “Company tu dah untung berjuta, kita ni kena bayar service tax lagi. Kemas meja makan pun aku, alang-alang kesian dekat pekerja baik aku tolong masakkan sekali. “Dah la nak makan kena beratur, kena ambil makanan sendiri, dah makan nak kena kemas sendiri, dah alang-alang tu lepas ini masak sendiri, buka kedai pun sendiri... key in sendiri, dah alang-alang nak self service. Kebanyakan pengguna membiarkan bekas makanan di meja restoran makanan segera. “Kemas sendiri meja lepas makan ni terhad kepada fast food saja? Kenapa tak buat kat kedai mamak, kedai tomyam, kopitiam,” luah beberapa netizen. Dalam pada itu, sekumpulan netizen dilihat tidak memahami perbezaan cukai perkhidmatan (service tax) dan bayaran perkhidmatan (servis charge) kerana mempertikaikan kenapa pengguna perlu membersihkan sisa makan mereka sedangkan mereka turut membayar cukai. Tengok replies kat tweet ni memang susah nak ubah mentaliti orang Malaysia. Kalau kat luar negara benda ni biasa kot. Bukan nak acah terpaling common sense, kau tu yang tak reti berfikir. NETIZEN “Kita bayar service tax bukannya sikit, 10 peratus. Kat kedai tomyam yang tak ada cukai, tiada pula orang pertikaikan. It’s just a courtesy not a rule. Deal with it. “Pergi m****s pekerja dapat atau tak, dah pilih kerja F&B... kerja la kenapa nak suruh customer pula kemas. ARTIKEL BERKAITAN: Lima sekeluarga makan di restoran tapi selamba buat macam rumah sendiri... tinggal tak basuh pinggan je! ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sindir anak sendiri, tolong kemas meja dikata mahu kerja KFC... Larang buang sampah dalam tong, harap staf kutip! “Dah la bayar cukai servis. Meja pun kena servis sendiri. Sebab tu rakyat Malaysia senang diperbodoh-bodohkan sebab wujudnya makhluk macam abang ni mewarnai Malaysia “Lepas ni kapitalis akan ada mentaliti ‘tak payah pekerja ramai-ramai, nanti customer kemas sendiri’. End up short manpower juga. Nak kemas, kemas... Jangan kutuk orang yang tak buat,” ujar beberapa netizen yang tidak puas hati kerana perlu membersihkan meja makan yang digunakan. Antara reaksi balas netizen. Bagaimanapun sebahagian lagi netizen menzahirkan rasa sedih kerana masih terdapat lagi masyarakat yang tidak bertimbang rasa selepas melihat komen-komen negatif yang ditinggalkan. Bagi mereka, mentaliti individu yang enggan berbudi bahasa itu antara punca Malaysia tidak maju. “Tengok replies kat tweet ni memang susah nak ubah mentaliti orang Malaysia. Kalau kat luar negara benda ni biasa kot. Bukan nak acah terpaling common sense, kau tu yang tak reti berfikir. “Baca komen-komen sini baru nampak bertapa Malaysia tak layak jadi negara maju. Gang sama buang sampah tepi jalan ramai betul... dah bayar tol, bayar cukai kerajaan,” ujar beberapa netizen lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI