suria

“Kalau jumpa aku tenyeh-tenyeh kau” - Isteri mengamuk pecahkan TV, suami tak kaya kena ‘paw’ dengan awek PUBG

Tangkap layar video tular yang meraih jutaan tontonan di media sosial.

PERMAINAN video seperti PUBG, Mobile Legends dan Fortnite bukan sahaja digilai golongan remaja, malah turut menjadi obsesi dalam kalangan mereka yang sudah berumah tangga.

Terbaharu, tular video memaparkan seorang isteri yang sedang mengamuk kerana mendakwa suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang wanita menerusi permainan PUBG.

Video tular yang meraih 2.2 juta tontonan itu memaparkan dia sedang menghayun kotak ke arah skrin televisyen di kediamannya.

"Aku dah cakap jangan main PUBG tapi degil. Last-last main perempuan. Main-main la dengan aku. Kalau boleh rumah pun aku nak runtuh bila marah aku dah sampai," ujar wanita itu pada kapsyen video di aplikasi TikTok.

Dalam satu video berlainan, dia mendakwa wanita tersebut meminta wang daripada suaminya selepas mereka berkenalan menerusi permainan PUBG.

Dia turut memberi amaran kepada wanita berkenaan dan menyelar sikap pemalasnya sehingga tergamak meminta duit daripada suami orang.

"Eh budak PUBG ni memang tak ada otak ek? Budak PUBG ni memang suka kacau laki orang ke? Memang tak ada otak? Tak ada kerja lain? Tu lah korang main game je sampai otak korang jadi blur. Orang suruh kerja cari duit, rajin-rajin kerja, korang malas, pergi main game 24 jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki game 'buat duit' dengan PUBG, siap boleh bagi mak ayah!

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG 'jodohkan' pasangan polis dan tentera, “Keluarga terkejut, betul ke kenal dalam game?”

"Lepas tu nak beli apa-apa tak ada duit, pergi cari laki orang. Kalau aku jumpa kau perempuan, kau tengoklah, tahulah aku tenyeh-tenyeh kau, aku tarik-tarik benda alah tu, aku sumbat-sumbat cili. Itulah orang suruh kerja, kau menghadap handphone 24 jam.

"Orang suruh kerja kau malas, begini begitu, banyak alasan, bila tak ada duit kau cari laki orang. Lepas tu menggatal, itu je lah kerja korang, tak nak kerja, malas, nak main game je 24 jam, itulah kerjanya cari laki orang," ujarnya.

Susulan video tular itu, dia menerima pelbagai komen netizen termasuklah yang memintanya agar menutup aib suami serta tidak berkongsi rahsia rumah tangga menerusi TikTok.

Jelas wanita itu, dia berhak berkongsi perkara itu sebagai pengajaran memandangkan suaminya masih 'gatal' biarpun mereka sudah memiliki tiga cahaya mata.

pubg3

Wanita itu tidak kisah dianggap membuka aib suaminya.

"Lantak la orang nak tahu satu dunia pun. Ada aku kisah, yang penting aku nak cari betina gatal PUBG tu sampai dapat. Buat apa aku nak tutup aib kau yang kaki perempuan? Baik aku heboh satu dunia yang kau kaki perempuan. Tak sedar dengan anak dah tiga dah.

"Kau ingat aku ni kemaruk viral ke? Kau ingat aku tak makan kalau tak viral? Macam mana aku tak sakit hati, laki aku tu bukannya orang kaya, bukannya banyak duit, betina tu nak 'paw-paw' laki aku kat PUBG. Dia nak main game ke, nak top up ke, dia punya pasal lah.

"Terhegeh-hegeh mesej laki aku buat apa? Siap hantar gambar macam-macam lagi apa semua. Kalau kau jadi aku, kau rasa kau boleh terima ke? Aku bukan jenis perempuan yang lemah-lembut tau. Bukan jenis yang... oh laki jumpa perempuan lain, laki pergi skandal, aku nak menangis bucu katil.

"Memang tak lah. Aku bukan jenis macam tu. Tapi tengoklah apa aku buat, kau tunggu je budak tu, tunggu lah nasib perempuan tu," ujar wanita itu kepada lebih 3,000 pengikutnya di TikTok.

Tak kena kat batang hidung kau boleh lah kan. Memang semua budak-budak PUBG tak guna. Memang suka sangat cari laki orang.

ISTERI

Dia juga menolak pandangan netizen yang menyifatkan tidak semua wanita dalam PUBG suka 'menggatal' dengan suami orang, sebaliknya hanya segelintir yang berperangai sedemikian.

"Amboi senangnya mulut kau bercakap. Tak kena kat batang hidung kau boleh lah kan. Memang semua budak-budak PUBG tak guna. Memang suka sangat cari laki orang," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ramai netizen yang turut menyokong wanita itu dan berharap agar dia terus kuat menempuhi cabaran rumah tangga.

Malah, segelintir individu yang pernah berhadapan pengalaman sama turut tampil meninggalkan komen pada posting video berkenaan.

The game has recently launched a device ban feature where devices of cheaters will be identified and banned permanently from the game. — AZMAN GHANI/The Star

Dia mendakwa suaminya berhubung dengan seorang wanita menerusi permainan PUBG.

"Aku cerai dengan bekas suami pun sebab PUBG. Harap awak bahagia dengan perempuan PUBG tu sekarang.

"Hempas telefon dia kak, bukan TV sebab TV anak boleh tengok.

"Game punya pasal, kan dah mendapat. Apa pun semoga sis diberikan kekuatan dalam menghadapi segala cabaran.

"Saya faham perasaan akak sebab suami saya pun gila PUBG. Saya pun dah tawar hati sangat-sangat," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain