suria

Pemuda ‘bertapa’ 4 jam di restoran makanan segera tak putus pelanggan, staf menangis bila ditanya ‘adik ok ke?’

Seorang pemuda berkongsi situasi di sebuah restoran makanan segera berdasarkan pemerhatiannya.

SEJAK kebelakangan ini, perdebatan mengenai isu kekurangan pekerja dalam sektor makanan dan minuman (food & beverages) khususnya di restoran makanan segera hangat diperkatakan di media sosial.

Rata-ratanya berkongsi pengalaman buruk ketika mengunjungi premis makanan segera dan juga membuat pesanan hidangan secara dalam talian (online).

Difahamkan, situasi ini berpunca daripada kekurangan tenaga kerja yang akhirnya menjejaskan produktiviti sekali gus mencetuskan kemarahan pelanggan.

FnB 2

Selain bebanan kerja yang banyak, pekerja di restoran makanan segera juga perlu melayan karenah pelbagai pelanggan. Gambar hiasan.

Namun di sebalik kecaman bertalu-talu berkenaan, seorang pelayar media sosial @hazwanhfiz menyuarakan pandangan yang berbeza.

Dalam satu ciapan di Twitter, lelaki tersebut berkongsi pengalamannya ketika mengunjungi sebuah restoran makanan segera baru-baru ini.

Lelaki itu melihat sendiri situasi yang dialami pekerja di premis tersebut yang berdepan dengan tekanan kerja dan pelbagai kerenah pelanggan yang tidak putus-putusa dalam masa yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaduh lagi siapa patut kemas meja di restoran, pelanggan ‘bitter’ dilabel berkira... “Dah la nak makan kena beratur!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sindir anak sendiri, tolong kemas meja dikata mahu kerja KFC... Larang buang sampah dalam tong, harap staf kutip!

Paling tidak disangka, salah seorang pekerja restoran tersebut secara tiba-tiba mengalirkan air mata apabila ditanya mengenai situasi dirinya ketika itu.

"Empat jam abang duduk Kepsi (KFC) perhati benda ni di Penang Sentral.

"Pengurus ada seorang, pekerja ada dua orang. Seorang jaga kaunter, satu di belakang memasak. Orang beratur tak berhenti-henti sampai ke luar.

3

Ramai berpendapat pelanggan perlu mengemas meja untuk mengurangkan bebanan kerja kakitangan restoran makanan segara. Gambar hiasan

"Bila tanya adik tu, 'adik ok ke?'. Bercucuran jatuh air mata dia," kongsinya dalam ciapan tersebut.

Melihatkan keadaan tersebut, lelaki itu bersimpati dan dapat merasakan tahap tekanan yang sedang dirasai pekerja berkenaan dan mereka yang juga bekerja dalam sektor yang sama.

"Berpuluh kali respek bagi mereka yang masih bertahan dalam bidang F&B ni.

"Nak hadap kerenah pelanggan, berlari ke sana ke sini, stres nak hadap order Grab atau Foodpanda," tulisnya lagi.

Ada pengalaman kerja part time dekat McD dulu, kitalah yang jaga lobi, kaunter, tukang buat aiskrim, isi air, check suhu dengan My Sejahtera sebab crew tak cukup.

NETIZEN

Justeru baginya, tidak hairanlah ramai pekerja dalam bidang tersebut yang 'angkat kaki' gara-gara tidak lagi mampu menghadapi bebaban kerja.

Menerusi ciapan tersebut, lelaki itu dalam masa yang sama meminta pelanggan agar tidak sewenang-wenangnya mengecam pekerja di premis makanan segera, sebaliknya mempunyai sedikit toleransi.

"Memang kita rasa nak marah beratur lama-lama nak makan, kita bayar cukailah apa semua tapi cubalah pertimbangkan sifat kemanusiaan sesama manusia.

"Ini tidak.... kira nak hentam ja. Kalau depa (mereka) ada pilihan, rasanya depa (mereka) pun tak mahu kerja F&B ni," tulisnya lagi.

Sementara itu menjengah pula ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi bercampur dan pandangan tersendiri bersabit perkongsian tersebut.

komen

Antara komen netizen pada perkongsian pemuda berkenaan.

"Sangat setuju dengan statement abang. Harap satu hari rakyat Malaysia dapat buka mata tentang hal ni.

"Siapa je nak kerja kalau gaji tak berpatutan dan skop kerja merapu. Company kapitalis untung berjuta sehari tapi perah pekerja selagi mampu. Service out, kualiti makanan out, kena cover banyak benda," komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman serupa ketika pernah bekerja dalam bidang tersebut.

"Ada pengalaman masa kerja part time dekat McD dulu, kitalah yang jaga lobi, jaga kaunter, tukang buat aiskrim, isi air, jaga check suhu dengan My Sejahtera sebab crew tak cukup and ada tak datang pula tu.

"I feel it... pernah sampai satu tahap menangis sorang-sorang sebab terlalu penat kerja hadap customer,staf pula dua,tiga kerat saja," demikian luah netizen yang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain