suria

Reaksi lelaki tengok 2 garis kit ujian kehamilan buat ramai sebak! Nangis beritahu keluarga, tempah kambing akikah

Reaksi suami Nurul yang terkejut dan sebak sebaik melihat alat uijain

SEPULUH tahun bukanlah jangka masa yang singkat dalam penantian bagi mendapatkan cahaya mata.

Justeru, mendapat berita gembira yang sekian lama ditunggu-tunggu ibarat hadiah penuh bermakna buat lelaki ini, selepas isterinya disahkan hamil selepas kira-kira sebulan mereka diijabkabul.

Reaksinya yang benar-benar terkejut selepas melihat 'dua garisan' pada alat ujian kehamilan (UPT) yang ditunjukkan si isteri sambil mengalirkan air mata, turut membuatkan warga maya tersentuh dan sebak.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Fatehah Harul Sham berkata video tersebut dirakam ketika dia membuat kejutan kepada suaminya, Rasid Ratag, 35, sekitar Februari lalu.

"Saya sekadar kongsi video throwback di media sosial baru-baru ini sebagai kenangan untuk kami.

"Suami saya sebelum ini pernah berkahwin namun tiada rezeki timang cahaya mata dalam perkahwinannya selama 10 tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang pun syukur, tak sangka Allah hadiah kembar! Sayu momen 2 bayi IVF datang jauh dari T'ganu-JB jumpa doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 8 tahun menunggu, wanita ini menggigil tengok ‘dua line’... segera tutup tawaran untuk suami kahwin lain! - “Sebelum ni saya buang je kit ujian tu”

"Selepas berpisah dengan bekas isterinya, suami berkahwin dengan saya pada Februari lalu. Bila sebulan bernikah, saya dapati saya mengandung bunting pelamin.

"Saya spontan saja buat test... ketika itu kami sedang bersiap nak makan di luar. Dua kali saya buat untuk sahkan, dan dua-duanya dua garisan. Jadi dalam kereta, saya beri kotak minyak wangi berisi UPT itu kepadanya untuk buat surprise," kata wanita berusia 24 tahun ini.

hamil 2

Suami Nurul tidak pernah terlepas menemaninya setiap kali temu janji dengan doktor.

Senang disapa sebagai Nurul, wanita ini berkata disebabkan terlalu teruja bercampur terkejut, suaminya terus mengajaknya melakukan pemeriksaan di klinik berhampiran untuk mendapatkan pengesahan doktor.

"Bila check, doktor sahkan saya hamil. Terus dia call mak dan adik-beradiknya untuk kongsi berita gembira... keluar air mata jugalah.

"Walaupun doktor dah sahkan, sampai malam suami masih tak percaya. Dia rasa macam mimpi. Dia kata terima kasih bagi zuriat.

"Masa nikah dia pernah cakap 'semoga kali ni dia dapat beri zuriat' sebab dia pernah gagal dapat zuriat semasa perkahwinan pertama dulu. Dia takut saya tak boleh pregnant juga.

hamil 1

Kali pertama Nurul menjalani pemeriksaan pranatal.

"Seminggu sebelum dapat tahu hamil, saya didiagnos ada endometriosis. Lagilah 'triple' risau sebab doktor beritahu endometriosis akan buat wanita susah hamil. Alhamdulillah, kami bersyukur sangat diberi anugerah ini," ujarnya yang menjalankan perniagaan 'surprise delivery'.

Menurut Nurul, ketika ini kandungannya sudah berusia enam bulan dan dia tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilannya.

Bercerita lebih lanjut, Nurul berkata sudah semestinya suaminya adalah insan yang paling teruja membuat persiapan menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka yang dijangka dilahirkan pada awal November depan.

"Memang husband yang paling teruja buat persiapan. Dia dah tempah kambing untuk akikah baby ni nanti.

"Sampai sekarang dia asyik bercakap pasal nazarnya nak botakkan rambut selepas baby lahir. Begitu juga bab pilih nama. Kami akan gabungkan nama pilihan kami berdua.

Walaupun doktor dah sahkan, sampai malam suami masih tak percaya. Dia rasa macam mimpi. Dia kata terima kasih bagi zuriat.

NURUL FATEHAH HARUL SHAM

ISTERI

"Lagi satu, dia tak pernah terlepas untuk teman saya pergi check-up. Dia yang paling alert tentang jadual appointment sebab tak sabar nak tengok tumbesaran baby dia.

"Buat masa ini kami masih belum beli barang-barang bayi lagi kerana kekangan masa. Selepas masing-masing ada kelapangan, baru nak shopping," ujarnya yang menetap di Cheras.

Tambah Nurul, dia sama sekali tidak menyangka video yang dikongsikan di TikTok beberapa hari lalu meraih jumlah tontonan melebihi 2.3 juta.

"Saya terharu dengan komen-komen positif netizen yang turut sama mendoakan kami. Ramai yang respon pasal reaksi 'priceless' suami... suami saya bekas tentera laut, memang suaranya kuat. Lucu pula bila tengok matanya siap terbuntang.

hamil 3

Pasangan ini diijabkabulkan pada Februari lalu.

"Tapi saya terkesan dan sedih bila ada yang share kisah penantian zuriat yang lebih lama daripada suami saya. Ada yang berbelas tahun, malah sampai berpuluh tahun pun ada. Mereka minta kami mendoakan mereka juga.

"Untuk yang sedang menunggu cahaya mata, banyakkan bersabar dan jangan putus asa berusaha. Kadang-kadang ia bukan salah suami atau isteri, cuma ia berkait dengan rezeki.

"Yang ada masalah kesihatan pula, jangan down. Teruskan berusaha dan cuba yang terbaik, insya-Allah mudahan dikurniakan rezeki kelak," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain