suria

Suami kantoi bersusun ‘dating apps’ dalam telefon, isteri suruh sumpah dengan al-Quran janji tak main cinta online

Wanita tersebut kecewa dan sedih selepas mendapat tahu suaminya curang dengan perempuan lain.

PERKAHWINAN mereka baru menginjak usia dua tahun, namun wanita ini diuji hebat apabila si suami tergamak menduakannya dengan bermain cinta bersama perempuan lain.

Menurut wanita yang enggan dikenali itu, dia hanya mengetahui perkara tersebut baru-baru ini selepas si suami terkantoi keluar berdua-duaan bersama perempuan tersebut.

"Husband saya seorang businessman. Baru-baru ini husband saya kantoi keluar dengan perempuan. Saya rasa down, sangat-sangat sedih. Katanya (perempuan itu) teman berborak saja.

apsss

Luahan wanita berkenaan yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding.

"Sudah seminggu saya asyik menangis sebab teringat benda ni. Saya minta cerai tapi dia kata dia sayang saya dan anak. Saya pun sayangkan dia dan anak.

"Tangan saya masih menggigil apabila teringatkan perkara itu. Sampai sekarang saya tak tahu siapa perempuan itu," luahnya.

Ibu kepada seorang cahaya mata tersebut menambah, belum pun hatinya yang terluka itu sembuh dek kerana kecurangan si suami, dia dikejutkan lagi dengan perkara yang tidak dijangka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dara tak terusik, isteri hilang arah dapat tahu suami main cinta dengan lelaki... Kalau gay kenapa kahwin?

ARTIKEL BERKAITAN: Diceraikan ketika hamil 2 bulan, suami kantoi curang borak loghat Sabah dalam telefon... Paling geram tak mengaku anak!

"Baru-baru ini juga saya periksa telefon bimbit dia. Dia pernah download aplikasi (apps) dating. Banyak sangat dia download.

"Saya rasa mungkin dia kenal dengan perempuan tu dekat dating apps," kongsinya.

Enggan berterusan makan hati kerana ditipu, wanita tersebut bersemuka dengan suaminya untuk bertanya dan mendapatkan kepastian.

omi 3

Disebabkan perlakuan suaminya itu, wanita berkenaan ragu-ragu untuk memberinya peluang kedua. -Gambar hiasan

"Saya suruh dia bersumpah depan al-Quran untuk tidak mengulangi kesilapan macam itu lagi. Dia minta maaf dan menangis pun saya masih susah nak percaya.

"Kepada lelaki yang pernah buat benda macam ni, betul ke anda sayang isteri? Betul ke anda buat hanya sebab bosan? Betul ke semua perempuan tu tak bermakna langsung?" soalnya.

Tambah wanita tersebut lagi, disebabkan sikap suaminya yang tidak jujur, dia ragu-ragu untuk memberikannya peluang kedua sekalipun lelaki tersebut sudah memohon maaf.

"Saya masih berfikir adakah patut saya bercerai atau memberi dia peluang kedua? Hati saya masih sakit sangat, kepada siapa saya nak luah? Kepada siapa saya nak bercerita? Terlampau sedih," kongsinya lagi.

First sekali nasihat elok-elok dan try tegur. Kalau masih tak berubah, minta fasakh. Dah kahwin sepatutnya benda macam ni kena tinggal dah.

NETIZEN

Luahan tersebut dicoret menerusi mesej yang dikongsikan oleh laman Twitter @twtmalaywedding.

Sementara itu, rata-rata netizen turut bersimpati dengan wanita berkenaan, malah mereka berkongsi pandangan dan nasihat untuk dijadikan panduan.

"Pernah baca, lelaki ni akan mudah hilang rasa cinta dan bosan pada pasangan apabila lepas kahwin sebab itulah kerja syaitan, iaitu meruntuhkan institusi perkahwinan.

"Untuk wanita, sentiasalah letak Allah di hadapan dalam apa-apa perkara sebab cinta kepada-Nya sahaja yang akan kekal sampai bila-bila.

omi 1

Antara komen netizen yang berkongsi pengalaman dan meluahkan pandangan.

"Pernah alami. Agak sukar untuk pulih. Masih kekal rasa insecure dan ada trust issue. Trauma, stres. Setiap hari berdoa dan cakap dengan diri sendiri, 'aku maafkan suami, aku redha Ya Allah dengan segala ujian-Mu.'

"Lelaki apabila dah kahwin dan still download dating apps, niatnya semata nak test market. First sekali nasihat elok-elok dan try tegur. Kalau masih tak berubah, minta fasakh. Dah kahwin sepatutnya benda macam ni kena tinggal dah. Nak buat boleh, tapi masa single," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini perkongsian hantaran tersebut meraih hampir 1,000 ulang kicau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain