suria

Isteri naik geram suami buat ‘blur’, alat ujian kehamilan disangka Covid test! Tapi hujung-hujung bangga diri... “Power gila saya”

Sarah berkongsi di TikTok momen kejutan mengenai kehamilannya buat suami.

KEJUTAN ketika berkongsi berita kehamilan kepada suami sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Momen manis ini biasanya akan dirakam dan dikongsikan di media sosial sebagai kenang-kenangan.

Tidak ketinggalan berbuat demikian ialah Nur Sarah Shamsul Nizam, 23, apabila membuat kejutan kepada pasangannya, Muhammad Fazrul Adli Ahmad Suhairi, 24, apabila ditunjukkan kit ujian urine pregnancy test (UPT) hingga menjadi perhatian warga TikTok.

Ketika dihubungi mStar, Sarah berkongsi kisah mengenai kekeliruan si suami mengenai UPT sehingga terpaksa dijelaskan berkali-kali ini.

Kata Sarah, kejutan yang cuba dibuat hampir-hampir tidak menjadi kerana pada mulanya suaminya menyangka UPT yang ditunjukkan itu ialah kit ujian Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Reaksi lelaki tengok 2 garis kit ujian kehamilan buat ramai sebak! Nangis beritahu keluarga, tempah kambing akikah

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sayu dapat tahu dirinya hamil 3 bulan tapi suami selamanya takkan ada di sisi! Tiga kali buat ujian keputusan negatif, tiada simptom mengandung

“Saya tahu pregnant sebab check pregnancy test tiga kali dan kesemuanya ada dua garis dan positif.

"Namun saya tak yakin dan tak berharap selagi saya tak scan kandungan saya,” ujarnya.

Imbas Sarah yang menetap di Selangor, pada mulanya dia berpura-pura tidur selepas selesai solat demi kejutan buat si suami.

Namun seperti terakam dalam video, setelah dihulurkan UTP kepada suaminya yang baru pulang dari kerja, respons Fazrul mencuri perhatian warga maya di TikTok.

Sarah dan Fazrul sudah lima bulan berumah tangga.

“Saya pura-pura tidur tu sebab saya tengah tunggu suami masuk bilik selepas dia balik kerja. Masa tu saya nak kejutkan dia dengan berita saya mengandung.

“Namun lepas saya tunjuk pregnancy test tu, dia cakap saya kena Covid-19. Berulang kali dia cakap tu covid test (kit pengesan antigen Covid-19) sebab bentuk UTP tu memang sama macam alat tu.

"Masa dia tak nak tengok betul-betul, saya rasa geramlah juga," cerita Sarah.

Gambar hasil ujian ultrasound dibuat pasangan ini.

Jelas Sarah, pengalaman sebagai kontak rapat dan bekas pesakit Covid-19 membuatkan suaminya menyangka UTP adalah kit ujian kendiri virus berkenaan.

“Lepas majlis kenduri kahwin dulu, kami kerap kena kuarantin sebab close contact dan kami pun kena covid sekali.

"Jadi, hampir setiap hari kami buat covid test, mungkin sebab tu juga apabila saya tunjuk benda tu dia ingat covid test,” ujar Sarah lagi.

Sarah yang merupakan seorang usahawan menguruskan perniagaan sendiri kemudiannya bangun dan buktikan dengan menunjukkan kotak ujian kehamilan yang berada dalam laci.

Lepas saya tunjuk pregnancy test tu, dia cakap saya kena Covid-19... berulang kali dia cakap tu Covid test.

NUR SARAH

Kemudian setelah diyakini, barulah si suami percaya dan pegang bahagian perutnya untuk merasai sendiri ‘isi’ perut Sarah.

Malah, reaksi Fazrul setelah mengetahui si isteri mengandung turut menjadi bualan netizen di ruangan komen sehingga meraih lebih 1 juta jumlah tontonan.

Husband orang lain semua reaction 'OMG (Oh My God) happy nya'. Husband akak ni cakap 'Power gila I'.

Sarah dan suami.

“Masa saya mengandung suami cakap macam ni ‘Ya Allah aku dah mengandung kan anak orang'. Terus baling pregnancy test,” seloroh netizen di ruangan komen.

Tambah Sarah, dia bersyukur apabila perkongsiannya itu menerima reaksi positif daripada orang ramai.

“Fasal ayat ‘Power gila I’ tu bagi saya, benda biasa gurau suami isteri. Saya rasa orang lain yang sudah berumah tangga pun mesti ada bergurau macam tu.

Komen beberapa netizen.

“Netizen terhibur dengan reaksi kami berdua, lagi-lagi dengan reaksi suami saya. Ada juga yang sama situasi macam kami masa buat kejutan. Ramai juga yang ucapkan tahniah dan doakan kami.

“Apa-apa pun, untuk suami isteri yang masih cuba mendapatkan zuriat, saya doakan supaya diberikan zuriat pada masa terdekat.

"Jangan putus asa dan teruskan berdoa. InsyaAllah Allah akan bagi cuma cepat atau lambat sahaja,” katanya menutupi kisah mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain