suria

5 beradik nak beli emas tapi staf layan cincai, perli sebab sangka nak window shopping! Selepas ‘borong’ 3 rantai, terus ‘pangkah’ kedai

Pekerja kedai emas dikatakan 'double standard' pelanggan.

TABIAT menyindir dan memperlekehkan pelanggan melalui fizikal atau penampilannya sering berlaku di pusat beli belah mahupun kedai berjenama mewah.

Hanya kerana seseorang itu selekeh atau berpakaian ‘out dated’, dia tidak dilayan dengan sebaiknya ketika berurusan malah kadang kala pertanyaannya diabaikan begitu sahaja.

Berdepan situasi yang sama, seorang jurumekap artis (MUA) menceritakan pengalaman disindir oleh pekerja ketika sedang membeli barang kemas di sebuah kedai emas di pantai timur.

Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Jaja Zaimah memberitahu, kejadian berlaku ketika dia bersama empat lagi adik beradik perempuan dan ibu ingin membeli rantai tangan di kedai tersebut.

“Masa tu kakak dan emak saya masuk dulu ke kedai emas. Biasalah, kalau pergi kedai emas mesti nak beli... kedai itu merupakan lokasi yang biasa dikunjungi saya sekeluarga.

Pelanggan ingin memilih rekaan terbaru barang kemas sebelum membelinya. - Gambar hiasan

Pelanggan ingin memilih rekaan terbaru barang kemas sebelum membelinya. - Gambar hiasan

“Nak dijadikan cerita, saya datang lambat sebab baru balik dari make-up pengantin. Jadi kakak yang sampai dulu cuba tanya harga semasa sebab dia memang nak membeli. Tapi lain pula jadinya masa tu, selepas seorang lagi kakak yang belum sampai minta carikan rantai tangan untuk anak perempuan.

“Kakak yang dah ada di situ kemudian ambil gambar sebab nak tunjuk dan dia ada beritahu staf ‘saya tangkap gambar dulu sebab adik saya seorang lagi nak tengok’.

“Staf tu mula tunjuk reaksi kurang senang pada kakak saya. Dalam masa yang sama, seorang lagi kakak saya perasan yang pekerja tersebut perli-perli dan tiba-tiba pekerja lelaki pula cakap ‘kalau pakai emas besar-besar baru bayar’ seolah-olah kami yang pakai gelang kecil ni tak ada duit,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Malah reaksi pekerja lelaki tersebut dirasakan seolah-olah memperlekehkan pelanggan kerana menyangkakan lima beradik itu hanya datang untuk ‘window shopping’.

Padahal, sudah jadi lumrah apabila kaum hawa gemar melihat rekaan terkini dan membuat pilihan sebaiknya sebelum membeli.

Jaja meluahkan perasaan di akaun TikTok.

Jaja meluahkan perasaan di akaun TikTok.

Disebabkan berang dengan layanan pekerja tersebut yang endah tak endah, kakaknya bergerak ke ruangan menunggu serta tidak lagi mengganggu staf berkenaan.

“Tak nafikan memang kakak tunggu lama tapi tak ganggu staf tu, dia tunggu kat tempat yang disediakan sebab kedai tu ramai staf.

“Bila dapat tahu yang staf tu layan nak tak nak, terus saya ambil satu rantai tangan dengan staf perempuan yang selalu kakak saya beli sebab nak tengok reaksinya.

“Kemudian, pekerja lelaki tu datang dan terus cakap ‘akhirnya akhirnya’ sebab nak perli... dah la depan-depan muka,” luahnya geram.

Menurut anak kelahiran Terengganu itu lagi, tindakan dan reaksi pekerja kedai emas berkenaan berkemungkinan kerana menyangkakan hanya dia saja yang membeli rantai tangan sedangkan seorang lagi kakaknya turut membeli dua utas rantai.

“Kami datang berlima... bila dia dapat tahu yang kakak saya dah ambil dua utas rantai tangan, layanan staf tersebut terus berubah.

“Baru rasa layanan baik dan ramah daripada mereka. Tapi sayangnya, kakak yang datang awal tu tak jadi beli sebab marah dengan sikap staf tersebut,” ujarnya lagi.

Pekerja lelaki tu datang dan terus cakap ‘akhirnya akhirnya’ sebab nak perli... dah la depan-depan muka.

JAJA ZAIMAH

Dalam pada itu, Jaja Zaimah menyatakan bahawa itu merupakan kali terakhir dia dan adik beradiknya mengunjungi kedai emas berkenaan.

Tambahnya, sikap yang ditunjukkan sebahagian pekerja di situ adalah tidak wajar kerana menilai pengunjung premis berdasarkan penampilan.

“Banyak saya dapat komen yang ramai tidak dilayan sebab pakaian selekeh... ada buat muka, tarik muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Emas 916 luntur warna! Cangkuk gelang tukar jadi putih... Penjual salahkan losyen, ramai pula tak puas hati

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan dalam pajak gadai, wanita terkejut tebus cincin emas palsu! Ujian magnet pun tak boleh kesan

“Saya pun berniaga, tahu penat layan pelanggan tapi tak perlu perli-perli. Tetaplah senyum walaupun pelanggan banyak kerenah,” katanya.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Terdahulu video perkongsiannya itu tular di media sosial.

Rata-rata netizen turut berkongsi situasi yang dialami.

“Macam tu la selalunya, ingat kita yang pakai selekeh ni tak ada duit.

“Macam sama situasi yang dialami.

“Kena dah, dua kedai emas terkenal kat Terengganu. Aku memang pakai selekeh sebab nak survey dulu, lagipun kebetulan lalu... tapi pekerja tak layan.

“Saya dan kakak pernah kena. Pakai selipar Jepun... tak layan pun. Sedangkan memang nak beli, bukan nak hutang.

“Kena juga baru ni... pekerja sound ‘duduk lama-lama tapi tak jadi beli. Kakak tak jadi beli sebab tengok layanan pekerja macam tu,” luah beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan