MELIHAT paparan berita dan perkongsian di media sosial mengenai kes berkaitan seksual membabitkan kanak-kanak, semestinya perkara ini cukup membimbangkan kita. Mana tidaknya, ada segelintir kanak-kanak sudah terdedah dengan perkara yang tidak sepatutnya sehingga cuba mempraktikkan pula kepada adik-beradik atau rakan mereka. Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi pengalaman 'ngeri' di Facebook mengenai aksi tidak senonoh melibatkan dua beradik yang terjadi di hadapan matanya. Perkongsian tersebut benar-benar mengejutkan ramai sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya mengenai peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Perkongsian Mohd Zakey di Facebook. Menurut Mohd Zakey Ramlee, kejadian tersebut berlaku di sebuah taman permainan (indoor). "Ada dua orang kanak-kanak, iaitu kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan kanak-kanak perempuan enam tahun sama bermain di sebuah playground dan mereka adalah adik beradik. "Tengah best bermain, isteri saya perhati ada sesuatu yang tidak kena berlaku di mana kanak-kanak lelaki bawa kakaknya ke satu ruang kecil (bilik kaca) yang sunyi di mana tiada orang dalam bilik tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu trauma anak 5 tahun beritahu diajak ‘main jilat’, rakan tengok aksi tu di telefon emaknya ARTIKEL BERKAITAN: Tolong serkap jarang kalau tiba-tiba alih skrin telefon, history Google kosong... Ini petanda anak ‘layan’ video lucah! "Kakaknya innocently hanya mengikut adiknya. Aku yang tengah duduk terus perhati apa nak dibuat oleh kanak-kanak lelaki itu," kongsinya. Seperti yang dijangka, kanak-kanak lelaki berkenaan melakukan aksi yang sama sekali tidak dijangka akal fikirannya, selepas meminta si kakak berbaring di lantai. "... dia terus meniarap atas kakaknya dan buat aksi lucah. Bahasa mudah, missionary position, dengan kakaknya. Astaghfirullahalazim," kongsinya lagi. Penggunaan gajet oleh anak-anak perlu dipantau lebih ketat untuk mengelakkan mereka mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak sepatutnya. Gambar hiasan. Bagaimanapun Mohd Zakey berkata kanak-kanak lelaki berkenaan terus berhenti daripada melakukan aski itu dan bersembunyi selepas menyedari gelagatnya diperhatikan. "Dia cepat-cepat bersembunyi di sebalik tiang. Kakaknya terus bangun dan hampir menangis sebaik sahaja adiknya buat aksi tersebut terhadapnya. "Aku terus speechless... terkesima dengan aksinya. Isteri saya terus terjah bilik tersebut dan peluk kanak-kanak perempuan itu dan beritahunya, jangan suruh adiknya buat benda yang sama lagi terhadapnya. "Beritahu kanak-kanak perempuan itu, aksi tersebut sangat salah. Kanak-kanak lelaki itu terus bersembunyi dan berlalu dari kawasan tersebut," ujarnya. Tambah Mohd Zakey, ketika kejadian, kedua-dua ibu bapa atau penjaga dua beradik berkenaan tidak kelihatan di taman permainan tersebut. Ini mesti tidur sekali dengan mak ayah ni, lepas itu nampak mak ayah buat apa malam-malam. NETIZEN Beberapa minit kemudian, sebaik kanak-kanak lelaki itu muncul, Mohd Zakey berkata isterinya mengambil pendekatan untuk menerangkan sekali gus menasihati budak tersebut mengenai aksi yang dilakukan sebentar tadi. "Isteri saya panggil kanak-kanak itu dan menasihatinya bahawa apa yang dia buat tadi sangat salah. Dan isteri saya juga memintanya jangan sekali-kali ulangi perkara sama terhadap kakaknya. "Dia seperti faham apa yang diberitahu isteri saya dan terus meminta maaf kepada kakaknya," tulisnya. Menurut Mohd Zakey, perkongsian tersebut bertujuan untuk menyedarkan para ibu bapa mengenai peranan mereka dalam mendidik anak-anak terutama berkaitan penggunaan gajet. "Tolonglah pantau anak-anak kita dari segi pergaulan, pantau gajet dan segala tingkah laku anak kita. Dunia makin maju jadi anak-anak semakin advance. "Ini bukanlah sesuatu yang boleh kita pandang ringan atau ambil remeh. Untuk pengajaran diri sendiri juga," tulisnya lagi. Sehingga kini hantaran tersebut meraih lebih 2,000 shares di Facebook, selain dibanjiri ratusan komen netizen. Perkongsian tersebut mencetuskan perdebatan warga maya mengenai peranan ibu bapa. Rata-ratanya melahirkan kebimbangan dengan situasi tersebut dan dalam masa yang sama menuding jari kepada ibu bapa kepada dua beradik berkenaan. "Pantau dan kalau boleh, video yang anak tengak ada parental guidance. Macam saya, saya link kepada telefon bimbit jadi dapat pantau apa yang mereka tonton dan sekat video yang tak sesuai untuk anak bawah umur. "Saya berpendapat bukan gajet semata-mata puncanya. Berkemungkinan besar ibu bapa tidur dalam bilik yang sama dengan anak-anak. "Akibat tak asing bilik tidur. Anak dah tiga tahun tu dah boleh asing bilik tidur daripada mak ayah. Budak-budak perhati dan dengar. Kadang kita nampak mereka macam dah tidur. "Ini mesti tidur sekali dengan mak ayah ni, lepas itu nampak mak ayah buat apa malam-malam," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI