KUNJUNGAN seorang wanita bersama keluarganya ke sebuah program kemasyarakatan di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini bertukar kecoh apabila dia mendakwa ditegur secara biadab oleh seorang lelaki. Pada waktu itu wanita dikenali sebagai Mia Khalida berjalan sendirian tanpa suaminya sebelum seorang lelaki menegur cara dia berpakaian yang dianggap seksi dan memalukan. Menurut Mia, dia terus mengadu hal tersebut kepada suaminya Ezzu Chang sebelum mereka pergi bersemuka dengan lelaki tidak dikenali itu untuk menegur semula perbuatannya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masa tu kami berkunjung ke program Hari Peladang. Suami dan ibu mentua jalan di depan, saya sendirian. Apabila lalu satu kawasan, saya dengar ada orang kata tak malu ke pakai macam ni? "Saya teruskan berjalan, kemudian saya berhenti. Saya tengok belakang, lelaki tu masih pandang-pandang saya dengan pandangan gatal. Terus saya maklumkan pada suami. "Suami saya pergi jumpa dia, suami bagi salam dan tanya dia cakap apa kepada saya? Masa tu suami saya terus melenting sebab lelaki tu biadab dengan saya. Suami saya tinggikan suara, tapi dia tak guna kata-kata kesat. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bertudung tapi tak tutup aurat disuruh ‘free hair’, dilabel pendosa... Ustazah tegur jangan ambil kerja Tuhan, mudah jatuh hukum ARTIKEL BERKAITAN: Menggeletar, liuk-lintuk badan malu disentuh suami selepas akad nikah... ustazah ada teguran sayang buat pengantin ketika sesi batal wuduk "Akhirnya lelaki itu minta maaf kepada suami saya. Tapi dia tak minta maaf dengan saya. Selepas insiden itu, kami jalan-jalan sekejap tapi dah tak terserempak dengan dia lagi," imbas Mia. Bercerita kepada mStar, Mia akui berasa hairan apabila menerima teguran berkenaan memandangkan dia tidak bergaya seksi, sebaliknya menggayakan pakaian kasual yang baginya dianggap biasa sahaja. Tambah Mia, dia juga sudah kurang berpakaian seksi sejak berumah tangga setahun lalu namun masih belum bersedia untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Tangkap layar video tular di aplikasi TikTok. "Saya akui sebelum kahwin saya lebih seksi daripada sekarang. Lepas kahwin, suami pun ada tegur jadi saya berubah perlahan-lahan. Saya dah kurangkan pakai pakaian ketat dan seksi. "Saya tahu ada batas-batas dalam berpakaian selepas kahwin. Cuma saya belum bertudung. Buat apa saya bertudung litup sedangkan tak ikhlas. Saya tak mahu pakai tudung kemudian buka tudung semula. Nanti orang makin kecam. Biarlah ia datang dengan ikhlas. "Ketika hari kejadian, saya pakai baju biasa saja. Pakaian saya tak menonjol pun. Cuma sebab saya tak pakai tudung, terus saya dianggap berpakaian seksi. Saya rasa teguran lelaki tu biadab, saya pun tak tahu apa niat dia menegur begitu," ujar Mia yang menetap di Cyberjaya. Ramai yang kecam kata kami suami isteri tak boleh terima teguran. Mereka kata kami tiada iman dan tiada agama. MIA Dalam pada itu, Mia sempat membuat rakaman video ketika suaminya menegur perbuatan lelaki itu dan berkongsinya ke aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 7.7 juta tontonan. Kata Mia, tindakannya berkongsi video ke TikTok menyebabkan dia dan suami menjadi mangsa kecaman netizen sehingga digelar dengan istilah jahil, murahan dan macam-macam lagi. "Saya sempat rakam hujung-hujung masa suami tegur dia. Saya takut jadi apa-apa, sekurang-kurangnya ada bukti boleh saya simpan. Tapi ramai pula yang kecam kata kami suami isteri tak boleh terima teguran. Mereka kata kata tiada iman dan tiada agama. Mia dan suami sudah setahun mendirikan rumah tangga. "Ramai yang marah sebab suami saya kata dia yang tanggung dosa saya. Sebenarnya, suami maksudkan yang dia akan tanggung dosa kalau dia tak tegur saya. Takkanlah dia nak terangkan panjang lebar di situ. "Orang tu tak perlu ambil tugas suami saya, dia orang luar. Tapi netizen salah anggap, mereka fikir suami tak pernah tegur saya. Mereka gelarkan saya perempuan murahan dan perempuan bodoh. Semua gambar saya mereka komen dengan kata-kata kecaman. "Saya tengok komen netizen, ramai orang bertudung dan berjubah tutup litup kecam saya. Saya rasa lebih baik kalau mereka doakan saya. Mereka pun tak kenal saya. Kemudian ramai juga yang tuduh saya masih bujang kerana saya tak pernah kongsi gambar kahwin di media sosial Mia akui tak terkesan dengan kecaman netizen di media sosial. "Tapi saya tak terkesan dengan komen-komen tu semua. Saya dan suami tahu situasi sebenar. Orang yang tak faham akan terus mencaci dan menghina," ujarnya lagi. Akhir bicara, Mia sempat memberi pesanan kepada lelaki di luar sana agar menundukkan pandangan mereka dan memilih cara yang lebih berhemah serta bersesuaian jika melihat kemungkaran yang berlaku. Mia dan suami, masing-masing berusia 31 tahun sudah setahun berkahwin dan kini sedang mengusahakan perniagaan makanan Cina di Nilai, Negeri Sembilan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI