suria

Panjat kereta macam zombie, sembur pemadam api! Lelaki berkelakuan aneh di Tamarind Square jadi tanda tanya

Rakaman tular memaparkan seorang lelaki berkelakuan aneh di Tamarind Square, Cyberjaya.

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki yang berkelakuan aneh di kawasan parkir pusat komersial Tamarind Square, Cyberjaya mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Posting tular yang menggabungkan rakaman dashcam dan kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 11 Ogos itu menunjukkan lelaki tersebut secara selamba memanjat bumbung sebuah kereta.

Pelaku yang berseluar pendek hitam dan berbaju merah itu dilihat cuba membuka but sebuah kereta sebelum mundar-mandir di lokasi itu tanpa hala tuju.

Selepas menyelongkar bakul sebuah motosikal, lelaki itu turut bermain dengan alat pemadam kebakaran sehingga lokasi itu penuh dengan debu berwarna putih.

"Caught on CCTV and dashcam. Lelaki berkelakuan pelik di parking lot Tamarind Square. Kejadian pada 11 Ogos 2022," tulis pengendali Twitter @Twt_Cyberjaya.

Difahamkan, video itu dikongsi oleh dua individu dikenali sebagai Sandy Lim dan Dr. Rafiq menerusi saluran Telegram Warga Cyberjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Merompak penuh gaya... Suspek naik Ysuku pecah masuk rumah orang, tapi kantoi wajah dirakam CCTV!

ARTIKEL BERKAITAN: Mencuri tak guna otak, muka terpampang depan CCTV sebab pakai ‘mask’ bawah dagu... Ini punca kasut depan rumah lesap!

Video yang dikongsi semula menerusi Twitter @Twt_Cyberjaya pada Sabtu meraih hampir 50,000 tontonan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya yang menetap dan bekerja di Cyberjayat menyuarakan rasa bimbang akan kehadiran lelaki itu.

Beberapa individu turut membuat spekulasi bahawa lelaki itu berkelakuan aneh kerana berada di bawah pengaruh bahan terlarang.

cyber1

Kelihatan kepulan debu putih daripada alat pemadam kebakaran memenuhi ruangan parkir itu.

"Tak mabuk, mesti khayal. Tapi saya berani bertaruh dengan wang bahawa dia sedang khayal.

"Habis stok kot sampai tak keruan," tulis beberapa pelayar Twitter.

Dalam pada itu, orang awam turut menyuarakan kebimbangan untuk berkunjung ke lokasi tersebut memandangkan ia bukanlah kejadian pertama yang berlaku.

Memetik laporan Astro Awani, polis pada April lalu turut menahan seorang pekerja penghantar makanan yang disyaki terlibat dalam dua kes mencabul wanita di kawasan parkir Tamarind Square.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain