suria

Karipap padu, inti penuh! Remaja Kuala Krai setia bersama basikal tua sambung bisnes arwah bapa demi bantu keluarga

Remaja menggantikan arwah ayahnya menjual karipap panas bagi membantu keluarga.

DI saat rakan sebaya sibuk mengikuti kelas pembelajaran dan meluangkan masa bersama rakan-rakan, anak muda ini terpaksa mempertaruhkan masa hadapannya demi menyara keluarga bagi menggantikan tempat arwah bapanya yang baru meninggal dunia.

Walaupun usianya masih remaja, dia sanggup memikul tanggungjawab besar demi mencari rezeki untuk sesuap nasi.

Menerusi perkongsian Ahmad Fathul Hakim Mustapha di media sosial, anak muda yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan itu menjual karipap panas di stesen minyak Petronas.

Dia dilihat menunggang basikal tua sambil membawa bekas besar berwarna merah yang berisi karipap hasil air tangan ibunya.

“Legasi karipap panas diteruskan. Teringat zaman berulang alik kerja Kuala Krai ke Kota Bharu 10 tahun lepas.

“Semoga dipermudahkan segala urusan adik,” katanya menerusi posting di Facebook.

Hantaran yang dibuat itu turut dikongsikan Facebook Page Info Banjir Negeri Kelantan sehingga menjadi tular dan dikongsikan lebih 1,100 pelayar.

Posting yang dibuat memaklumkan karipap panas kembali dijual di Petronas Kuala Krai.

Posting yang dibuat memaklumkan karipap panas kembali dijual di Petronas Kuala Krai.

“Adik ni ganti arwah ayahnya jual karipap panas di Petronas Krai.

“Kalau pergi Krai cuba la cari adik ni, habiskan karipap jualan dia. Dengar dia duduk kat Petronas Krai sokmo (sentiasa),” katanya.

Walaupun hanya sekeping gambar, namun posting tersebut berjaya meruntun hati para netizen.

Rata-ratanya terkejut apabila mengetahui bapa kepada remaja berkenaan sudah meninggal dunia selepas dikatakan tidak berniaga untuk tempoh yang lama.

“Sejak Covid-19 hari tu kami kerap balik jenguk MIL (ibu mentua). Memang kalau nampak abang jual karipap mesti beli... macam tak percaya dia sudah meninggal dunia. Rasa macam baru jumpa... semoga keluarga arwah tabah dan kita cuba bantu anak arwah sedaya termampu nanti.

“Karipap dia memang sedap. Tak sangka arwah dah pakcik tu. Semoga roh pakcik ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Oh...patut la hari tu tak ada pakcik jual karipap. Semoga arwah bersama hamba yang soleh. Bagus anaknya, meneruskan bisnes famili.

Pelakon terkenal Mustapha Kamal selalu membeli karipap panas yang dijual arwah ayah remaja tersebut.

Pelakon terkenal Mustapha Kamal selalu membeli karipap panas yang dijual arwah ayah remaja tersebut.

“Al-Fatihah, patutlah tak nampak hari tu... mesti singgah Petronas untuk beli karipap bukan isi minyak pun.

Memang sedap. Isi penuh, orang cakap tak kedekut... memang puas hati.

NETIZEN

“Dah meninggal rupanya pakcik tu... anak menyambung bisnes ayahnya. Semoga murah rezeki anaknya juga.

“Ayahnya sudah meninggal? Saya dulu kerap beli karipap kat arwah pakcik masa pergi dan balik dari Gua Musang... karipapnya sedap dan murah. Semoga dimurahkan lagi rezeki buat adik ni serta keluarga,” ujar beberapa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat pesan arwah ayah, anak tunggal tabah berniaga gerai tepi jalan sejak tingkatan 2... nasib baik COD menjadi masa PKP - “Dapat duduk dengan mak pun rezeki”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah tinggalkan duit, saya guna berniaga” - Anak buka 3 bisnes selepas lebih setahun bapa meninggal, lupakan hasrat jadi doktor

Dalam pada itu, pelanggan yang pernah membeli dan merasai karipap yang dijual arwah bapa remaja tersebut turut berkongsi pandangan.

Antara komentar yang ditinggalkan pelayar Facebook termasuk pelanggan karipap panas.

Antara komentar yang ditinggalkan pelayar Facebook termasuk pelanggan karipap panas.

Mengakui kuih yang dijual itu sedap, rata-ratanya menggalakkan orang ramai membeli jika mereka melalui jalan dari Kuala Krai ke Gua Musang.

Tambahan pula ia dijual seawal jam 8 pagi sehingga 1 petang dengan harga RM5 bagi 10 biji.

“Memang sedap. Isi penuh, orang cakap tak kedekut... memang puas hati.

“Kulit karipap dia pun bukan jenis berminyak. Kalau berminyak tu nanti cepat muak.

“Karipap paling sedap yang saya makan berbanding beberapa tempat lain.

“Memang sedap. Mat salih pun makan karipap ni semasa saya bawa pelancong ulang alik dari Kuala Besut ke Gua Musang,” luah beberapa netizen di ruangan komentar.

Tidak kurang juga yang mendoakan remaja tersebut supaya sentiasa dimurahkan rezeki.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain