BAGI sesetengah individu, kehadiran kucing adalah penyeri yang mampu menghilangkan segala tekanan yang ada namun, sebahagian lagi berfikiran sebaliknya dan menganggap haiwan comel itu sebagai kotor dan merimaskan. Seperti yang tular baru-baru ini, seorang individu memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan seekor kucing berwarna oren sedang tidur di atas troli peralatan perubatan kecemasan di wad sebuah hospital di Selangor. Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 7 Ogos lalu itu didedahkan seorang pelayar Facebook yang turut mempersoalkan kewajaran membiarkan kucing berada di dalam wad. Menurut perkongsian lelaki berusia 50-an itu, kucing berkenaan telah tidur selama tiga jam di ruangan tersebut. Hantaran yang dibuat oleh lelaki lingkungan usia 50-an di Facebook baru-baru ini. “Seekor kucing tidur atas dulang ubat. Jururawat berada berhampirannya dan pada masa sama terdapat beberapa pesakit dirawat... kucing tidur di situ selama tiga jam. “Tak perlu ada kebersihan dalam hospital atau keselamatan untuk pesakitkah? Adakah ini cara kerajaan menjaga masyarakat yang meletakkan kepercayaan pada hospital? Jururawat tak bertanggungjawab!” tulisnya sambil bertanyakan jika kucing tersebut turut sakit. Perkongsiannya itu kemudian menjadi tular dan dikongsikan pelayar media sosial yang lain. Namun kebanyakan warganet meninggalkan komen sebaliknya dan menyifatkan individu terbabit sebagai tidak prihatin serta sengaja mencetuskan isu bagi merosakkan imej hospital kerajaan. “Busuknya hati kau, kucing kot... rasanya tak ada salah pun kalau dia tidur di situ. Kau saja yang cakap macam-macam, dengan kucing pun nak cari salah. “Nak bersih sangat, pergilah swasta. Kucing ini dikatakan tidur di atas troli selama tiga jam. “Kucing adalah terapi untuk pesakit yang terpaksa berada di wad untuk tempoh lama. Stres terkurung lama dalam wad boleh hilang dengan membelai kucing, pesakit lain tak pernah pun viralkan kucing... mungkin awak ada masalah hati. Di dalam wad ada ketua jururawat untuk pesakit direct mengadu kerana wad itu memang di bawah tanggungjawab mereka. NETIZEN “Boleh bagitahu jururawat atau halau sendiri. Iyalah mungkin ada alergik... ada baik dan buruknya jika benarkan kucing masuk. Luar negara pun dah mula benarkan kucing melawat tapi bukan sebarangan. “Kalau tak suka kucing, maklumkan saja berbanding ambil gambar dan tularkan di media sosial. Boleh minta jururawat keluarkan kucing,” ujar beberapa netizen yang tidak bersetuju dengan luahan individu tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Datang awal temujanji nak cucuk anak, tapi kena ‘sidai’ 30 minit gara-gara misi KK beli sarapan... Nampak jalan jinjing beg plastik ARTIKEL BERKAITAN: Stetoskop gantung dalam kereta sebab nak menunjuk kerja doktor? Dr Sakinah kata ‘jangan la bitter’, ada banyak sebab dibawa ke mana-mana Dalam pada itu, salah seorang pelayar media sosial menyatakan tindakan lelaki terbabit menularkan gambar di dalam wad adalah salah kerana tidak menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan. Malah tindakan perundangan boleh dikenakan terhadapnya kerana melanggar arahan umum di semua fasiliti kerajaan. Antara komentar yang ditinggalkan pelayar media sosial. “Itu adalah troli kecemasan yang bertutup kemas dan bukan troli ubat seperti yang dinyatakan. Segala prosedur kecemasan akan memerlukan troli tambahan dan kawasan peralatan pesakit akan dibersihkan semula semaksimanya. “Perkara pertama di situ adalah menyalurkan maklumat yang salah kerana troli ubatan kepada pesakit memang perlu berada di dalam kawasan kaunter jururawat untuk keselamatan serta kebersihan ubatan, bukannya troli seperti yang dinyatakan. “Troli kecemasan di tempat umum mudah dicapai di dalam wad. Perkara kedua adalah menangkap gambar di dalam fasiliti kesihatan di mana pesakit boleh didakwa di atas melanggar arahan umum di semua fasiliti kesihatan. “Perkara terakhir kerana tidak menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan... di dalam wad ada ketua jururawat untuk pesakit direct mengadu kerana wad itu memang di bawah tanggungjawab mereka. “Jika uncle berasa tak selesa dengan kehadiran kucing maka buatlah aduan yang betul tanpa memalukan diri sendiri dengan tindakan yang ternyata membolehkan uncle dipersalahkan,” jelasnya lanjut. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI