suria

Pelanggan hulur RM100, rider gelabah cari duit baki masa hujan lebat... Tak sangka ada habuan tengah malam! “Rezeki kau dik rajin kerja”

Seorang penghantar makanan bertugas ketika hujan lebat. -gambar hiasan

KEADAAN cuaca yang tidak menentu merupakan antara cabaran dan dugaan bagi penghantar makanan dalam mencari rezeki.

Di sebalik kesulitan itu, mereka mungkin berdepan dengan situasi yang tidak disangka-sangka.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang guru membuat pesanan makanan ketika hujan lebat pada waktu tengah malam.

"Hujan turun dengan lebat ya amat. Masa tu dah jam 12.30 malam. Perut aku terasa lapar. Kat dapur ada saja makanan. Nak makan segera boleh, nak kena masak sekejap untuk makan pun boleh.

"Tapi aku pilih buka aplikasi GrabFood. Satu aplikasi yang sangat jarang aku guna. Rasanya tak lebih lima kali aku order makanan guna GrabFood ni," tulis Mohd Fadli Salleh.

grab hujan tengah malam 3

Perkongsian Mohd Fadli di Facebook meraih perhatian ramai.

Guru berkenaan terfikir adakah penghantar makanan masih bekerja dalam hujan lebat pada waktu itu, dengan membuat pesanan shawarma di sebuah kedai di Setapak, Kuala Lumpur.

"Anggaran masa sampai kat aku sekitar jam 1.15 pagi. Okay, tunggu tengok sampai ke tak. Hujan lebat dan tengah malam kot.

"Aku alert je pesanan aku tu, lihat dah bergerak. Akhirnya jam 1.10 satu panggilan masuk daripada rider Grab. Aku keluar dan lihat seorang anak muda dengan baju hujan kesejukan di tengah malam," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak rayuan pemandu Grab nak hutang beli telefon, pemilik kedai gajet ‘jadi manusia’ dan ubah fikiran - "Uncle janji jangan tipu sama saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan wanita cuak... nampak rider menggigil tangan, basah kuyup redah hujan lebat hantar makanan - "Apa salahnya kasi tips"

Mengambil makanan dari pemuda tersebut, Mohd Fadli memulakan perbualan dengan bertanyakan waktunya kerjanya.

"Eh. Masa ni kerja lagi? Jam berapa baru habis? Jam 2 pagi baru stop bang.

"Mula jam berapa? Jam 6 petang tadi bang. Siang buat apa dik? Ada kerja lain ke?

"Siang saya kerja Nando's. Dah kahwin? Belum lagi, balasnya tersengih," ujar guru itu mengimbas kembali perbualan mereka.

Menurutnya, dia memesan makanan berharga RM59.99 dan wang kertas RM100 dihulurkan, membuatkan penghantar makanan kelam-kabut membuka beg bagi mencari wang baki.

grab hujan tengah malam 4

Mohd Fadli memuji sikap seorang penghantar makanan.

Bagaimanapun, Mohd Fadli memberitahu pemuda tersebut supaya menyimpan saja wang baki.

"Balance RM40 ni bang, banyak ni. Ambil saja. Rezeki kau dik rajin kerja. Hati-hati balik ni, jalan licin.

"Terima kasih banyak bang. Terima kasih," kata Mohd Fadli mengenai perbualannya bersama penghantar makanan tersebut.

Masih ramai anak muda yang gigih berusaha. Rajin bekerja siang malam demi sebuah kehidupan.

MOHD FADLI SALLEH

Tambah Mohd Fadli, dia begitu mengagumi semangat pemuda berkenaan yang bekerja siang dan malam demi mencari rezeki yang halal.

"Sebab tu aku support dia. Namun di media sosial ni sentiasa ada dua jenis netizen yang akan respons iaitu mungkin terinspirasi dan ambil apa kebaikan dengan perkongsian aku ini.

"Atau akan judge kata aku nak menunjuk-nunjuk, tak ikhlas, tak perlu tulis benda begini dan akan pandang daripada sudut negatif semata-mata.

"Tak apalah. Bab ikhlas biar tugas Tuhan yang nilai. Aku tak terkesan dengan komen sebegitu. Cuma nak beritahu, di luar sana masih ramai anak muda yang gigih berusaha. Rajin bekerja siang malam demi sebuah kehidupan.

"Mereka ni struggle, mereka hustle, mereka perah keringat demi rezeki yang halal tanpa beri alasan, tanpa meminta-minta. Aku cukup kagum dan tabik pada golongan seperti ini," kata Mohd Fadli.

grab hujan tengah malam 2

Antara komen netizen.

Malah, guru tersebut turut menyarankan gadis-gadis yang belum berkahwin supaya mencari lelaki seperti penghantar makanan berkenaan untuk dijadikan suami.

"Cari la lelaki yang tak mengeluh, rajin berusaha, yang baik. Tak usahlah dok impikan nak cari laki macam drama. Anak orang kaya balik overseas jadi CEO syarikat ayah, kemudian dipaksa kahwin dengan kau gadis biasa.

"Pilih saja lelaki biasa-biasa. Yang belum ada kereta, tak ada rumah sendiri, yang masih susah dan bina kejayaan bersama. Itu baru betul.

"Carilah lelaki yang tahu erti tanggungjawab, setia, tidak suka naik tangan (kaki pukul), yang tak hisap dadah, tak main judi. Mereka tu rare dah sekarang, tapi tetap ada.

"Lelaki kat Malaysia lebih ramai dari perempuan okay! Cari je, pasti jumpa. Jangan cari laki orang sudahlah. Satu Malaya akan kecam kau sebagai penyondol. Cari lelaki seperti ini, yang gigih usaha demi nak menghalalkan kamu," tulis Mohd Fadli di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain