suria

Facebook ibu mangsa kes khianat MRSM lesap! Netizen dakwa sekeping nota tulis perkataan ‘pukul’ tak dikongsi

Hasil semakan mendapati akaun Facebook ibu mangsa yang mendakwa berlakunya kejadian khianat terhadap anaknya di MRSM lesap.

KISAH dakwaan wujud kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan minggu lalu mendapat perhatian sehingga timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Namun sehingga kini tiada perkembangan terbaharu dikongsikan pihak polis berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun hasil semakan netizen mendapati posting asal daripada pemilik akaun Facebook bernama Nazrah Mohamed yang juga ibu mangsa mendakwa berlakunya kejadian khianat terhadap anaknya di MRSM lesap.

Foto baju sekolah anaknya yang diconteng dan rambut digunting ketika tidur yang dikatakan sebagai bukti wujud kes buli juga sudah dipadam.

Gambar yang dikatakan tidak dikongsi oleh ibu mangsa dalam kronologi hantarannya.

Dipercayai si ibu ‘hilang’ daripada media sosial dengan memadam akaun Facebook setelah kes tersebut diklasifikasikan tidak mempunyai sebarang elemen gengsterisme seperti dilaporkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Susulan daripada laporan tersebut, seorang aktivis masyarakat, Mohd Fadli Salleh yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Fadli membuat spekulasi dengan mengulas mengenai kes tersebut.

Katanya, pihak polis sudah boleh ‘menghidu’ pesalah tetapi memilih untuk tidak dibesarkan kes ini atas sebab-sebab tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes uniform pelajar MRSM digunting terus misteri! Pelakunya masih bebas, dah berani potong rambut mangsa ketika tidur

ARTIKEL BERKAITAN: “Rajin-rajin tangankan anak!” - Netizen geram tengok video budak lelaki buli OKU pakai kostum Donald Duck

Malah, dia turut meminta agar kita tidak mengambil langkah tidak elok seperti mengecam pelaku sehingga boleh membahayakan diri mereka.

“Rasanya pihak polis dah tahu siapa pelaku, namun tidak menghebohkan untuk menjaga emosi pelaku kerana besar kemungkinan pelaku kes ini ada masalah emosi.

“Kita doakan adik ini kembali sihat hendaknya.

Ulasan ditulis oleh Cikgu Fadli.

“Minta tolong jangan kecam dan sindir pelaku walau kalian dapat teka siapa orangnya. Jangan disebabkan kata-kata kita, emosi pelaku lebih teruk hingga mungkin mencederakan diri, melarikan diri dan seumpamanya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Berikutan itu juga, tular pula di Twitter apabila ciapan seorang individu mendakwa pelajar yang didakwa dibuli itu sebenarnya adalah pelaku.

Jangan disebabkan kata-kata kita, emosi pelaku lebih teruk hingga mungkin mencederakan diri, melarikan diri dan seumpamanya.

CIKGU FADLI

Dakwanya, ibu kepada mangsa tidak pula berkongsi foto tulisan anaknya menulis nota menyatakan dia menjadi mangsa dera ibu bapa sendiri.

“Yang kes MRSM tu, mangsa adalah pemangsa. End of case. FB mak dia pun dah lesap, mungkin malu anak dia yang buat perangai,” tulis individu tersebut.

Ciapan tersebut menjadi tular sehingga dibanjiri komen netizen yang meluahkan rasa simpati dan bersedih dengan mendoakan agar pelajar teraniaya ini mendapat pengadilan sewajarnya.

Ciapan tular berikutan kes buli.

“Betullah kaunselor tu cakap dia ada anxiety depression. Ramai pula tak percaya sebab mak dia bawa jumpa psy (psychiatrist) cakap dia normal saja.

“Dia perlukan pertolongan (perubatan dan psikiatri). Ini boleh menyebabkan trauma. Kasihan sangat.

“Kita semua pernah digelar anak. Saya fikir satu saja kasihan dekat adik ni. Dia perlukan perhatian. Tak ada siapa nak jadi macam ni. Dia pun nak jdi budak normal.

Untuk rekod, ciapan asal telah diulang kicau lebih 12,400 dan menerima lebih 18,400 tanda suka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain