suria

Makcik cleaner Masjid Negara rancak berbual bahasa Jepun, siap ajar delegasi cakap Melayu... “Power la, sambil pegang mop je!”

Tangkap layar video seorang pekerja pembersihan (kanan) rancak bertutur bahasa Jepun. -foto Facebook Hanafi Damanhuri

JIKA hanya melihat kepada gaya dan penampilan, wanita pekerja pembersihan ini kelihatan biasa.

Namun tatkala dia membuka mulut berbual mesra dengan beberapa delegasi dari Jepun, semuanya nampak luar biasa!

Kebolehan wanita itu bertutur dalam bahasa Jepun sambil diselang-selikan dengan bahasa Inggeris membuatkan ramai netizen tertanya-tanya tentang latar belakannya.

"Sudah makan... sudah tidur. You just add the word 'sudah' (Kamu hanya tambahkan perkataan 'sudah')," katanya.

"Malay is easy (bahasa Melayu itu mudah),” tambah wanita itu sebelum mereka mengakhiri perbualan dengan 'tunduk hormat' mengikut budaya Jepun.

Namun lokasi perbualan tersebut bukanlah di negara matahari terbit itu, sebaliknya dirakamkan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Cucu terkejut nenek 87 tahun tahu cakap, nyanyi lagu Jepun - "Tak kan nak perfect... geram jugalah baca komen"

ARTIKEL BERKAITAN: Calon SPM bangga berdarah kacukan Jepun walau ada pertikai wajahnya 'Melayu habis' - "Takkan muka kena setepek macam anime?"

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Hanafi Damanhuri, ia dirakamkan ketika dia membawa delegasi Jepun ke Masjid Negara yang menjadi tumpuan pelancong.

"Rancak makcik ni ajar orang Jepun belajar bahasa Melayu," tulis Hanafi.

cleaner cakap jepun 2

Delegasi Jepun tekun mendengar penerangannya.

Di ruangan komen, Hanafi memberitahu, wanita berkenaan yang memulakan perbualan dengan menegur delegasi itu.

"Dia yang tegur sembang bahasa Jepun. Kalau setakat belajar bahasa Jepun sikit-sikit belum tentu berani nak bercakap. Ini siap bertegur sapa tu kira A1 la," katanya.

Dalam pertemuan singkat, lagaknya mengajar dengan cukup meyakinkan itu seperti pensyarah.

cleaner cakap jepun 3

Delegasi Jepun dan wanita berkenaan memberikan 'tunduk hormat'.

Setakat ini, video tersebut dikongsi 1,800 kali dan meraih lebih 2,000 tanda suka (like).

Rata-rata netizen kagum dengan kelancaran pekerja pembersihan itu menguasai bahasa Jepun dan bahasa Inggeris, malah mengajar warga asing bertutur bahasa Melayu.

"Cayalah makcik! Jepun-Inggeris-bahasa Melayu semua dia onz!"

Macam ni cleaner kerja dengan syarikat Jepun gaji mau RM5,000.

NETIZEN

"Subhanallah hebatnya. Inggeris pun bukan calang-calang."

"Power makcik ni," demikian antara komen netizen.

cleaner cakap jepun 4

Antara komen netizen yang kagum dengan pekerja pembersihan itu.

Latar belakang pekerja pembersihan tersebut turut menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen, sehingga ia tular di media sosial.

"Apakah? Pensyarah bahasa Jepun buat part time cleaner kat Masjid Negara.

"Siapa makcik ni, macam pensyarah confident dia. Power la sambil pegang mop je.

"Macam ni cleaner kerja dengan syarikat Jepun gaji mau RM5,000," ujar netizen yang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain