suria

Macam gajah mengamuk... DBKL merungut pokok hiasan rosak, pengunjung kata terpaksa pijak... “Lokasi sempit, kereta VIP penuh atas jalan”

Pokok hiasan yang ditanam di sekitar Dataran Merdeka rosak akibat dipijak pengunjung.

KEHADIRAN pengunjung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang diadakan secara besar-besaran pada tahun ini sangat memberangsangkan.

Namun dek kerana terlampau sesak, segelintir pengunjung menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab apabila merosakkan tanaman hiasan di sekitar pusat bandaraya.

Perkara itu mendapat perhatian pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang kemudian memuat naik hantaran beserta gambar dan video di Facebook.

"Seronok Min (admin) tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan.

"Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.

"Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah dalam kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.

"Langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik. Semangat itu sudah bagus, tapi caranya tak betul," coret pengendali akaun Facebook DBKL.

Hantaran yang dimuat naik mendapat pelbagai reaksi netizen dengan ada yang menyalahkan perancangan pihak penganjur memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi sambutan.

"Macam gajah mengamuk. Elok jangan buat lagi sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Tadi ada ambulans nak lalu, tapi kereta VIP dah penuh atas jalan... hanya mampu doa moga pesakit dalam ambulans tu sempat diselamatkan.

"Rasanya event merdeka boleh buat tempat lagi besar. Masa announce buat dekat Dataran Merdeka tu pun aku dah sangsi, cukup besar kah nak tampung jumlah pengunjung? Sebab dua tahun tiada sambutan, lepas tu buat mesti ramai yang turun.

Sebahagian kawasan tanaman pokok hiasan yang dilihat rosak selepas majlis sambutan Hari Kemerdekaan

Sebahagian kawasan tanaman pokok hiasan yang dilihat rosak selepas majlis sambutan Hari Kemerdekaan.

"Sebab itulah adanya Putrajaya. Boulevard lapan kilometer dari PMO ke PICC selebar-lebarnya. Memang Putrajaya dibina sebab Kuala Lumpur sesak dan tak mampu tanggung acara parade besar-besaran.

Nak minta maaf sebab saya salah seorang yang terpijak pokok bunga tu kerana terpaksa, diasak orang ramai.

PENGUNJUNG

"Panggil rakyat datang meriahkan program tapi tak sediakan kawasan yang sesuai... semua rakyat teruja nak tengok perarakan," luah beberapa netizen.

Dalam pada itu, terdapat pelayar Facebook yang tampil mengaku sebagai salah seorang daripada ribuan lagi pengunjung yang memijak tanaman hiasan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi buat orang terpukau! Kali ini rubik dibentuk jadi wajah Agong, Permaisuri pula - “Berbesar hati jika dapat perhatian baginda”

ARTIKEL BERKAITAN: Demi ‘maruah’ kelas, wanita ini akur disuruh jadi model merdeka... catwalk dah OK tapi topi terbang pula! - “Memalukan sungguh”Demi ‘maruah’ kelas, wanita ini akur disuruh jadi model merdeka... catwalk dah OK tapi topi terbang pula! - “Memalukan sungguh”

Malah katanya, ia bukanlah perbuatan yang disengajakan sebaliknya berlaku disebabkan asakan daripada orang ramai yang hadir.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.Antara reaksi netizen.

"Terasa pula dengan kata-kata kelas ketiga... minta maaflah sebab saya salah seorang yang terpijak pokok bunga tu kerana terpaksa, diasak oleh orang ramai. Memang di luar kawalan langsung.

"Jadikan sebagai iktibar untuk kita semua dan DBKL mencari idea baru supaya ia tidak berulang lagi," ujarnya kesal.

Dalam pada itu ada juga pengunjung meluahkan rasa kesal apabila mendakwa kenderaan yang membawa tetamu kenamaan dipakir di tengah jalan hingga menghalang orang ramai untuk berkumpul.

"Suruh rakyat datang ramai-ramai tapi jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pi bantai buat parking kereta VIP. Lain kali kereta VIP parking kat padang Padang Merbok la.

"Saya sokong, kenapa mesti letak kenderaan VIP di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ia menyusahkan rakyat dan orang ramai untuk berjalan ke Dataran Merdeka.

"Jalan utama jadi tempat parking VIP. DBKL patut dah boleh jangka yang rakyat akan membanjiri KL. Patutnya VIP naik public transport... barulah merdeka," demikian luah beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain