suria

Lelaki ini selamba buka baju sendiri, pinjamkan t-shirt berkolar bantu pemuda ambil ujian memandu... Cara hulur pun penuh adab sopan

Lelaki ini sanggup menanggalkan baju dipakainya lalu diberikan kepada pemuda lain.

HUBUNGAN baik dan kerjasama antara kaum adalah kunci utama kepada kemakmuran Malaysia selepas 65 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Sejak dulu kita diajar supaya saling membantu serta menghulur pertolongan tanpa mengira apa jua perbezaan sama ada bangsa, bahasa, agama, warna kulit dan pegangan politik.

Seperti perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai Eqramm Azizi, rakaman menunjukkan seorang pemuda meminjam sehelai kemeja-T berkolar daripada seorang individu lain mendapat perhatian warga maya.

Difahamkan pemuda berkenaan terpaksa meminjam pakaian selepas dia dihalang daripada menduduki Ujian Komputer Lesen Memandu (Ujian KPP JPJ) kerana memakai kemeja-T tidak berkolar.

"Ceritanya, seorang lelaki tidak dibenarkan menjawab exam memandu disebabkan baju tak berkolar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kagum bangsa lain bantu rider Melayu kemalangan, pelanggan dapat order lewat harap bersabar - “Setandan pisang, tak semuanya busuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka ini mahu ikut jejak Ebit Lew... tiada masalah diri jadi perhatian, diusik kacak ketika turun padang bantu orang susah

"Apa-apa pun terbaik Malaysiaku," tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, kelihatan seorang lelaki menanggalkan baju yang dipakainya untuk diberikan kepada pemuda tersebut.

Lelaki ini melipat pakaian tersebut sebelum diberikan kepada pemuda berkenaan.

Bukan itu saja, turut menjadi perhatian warga maya ialah adab lelaki terbabit sebelum menghulurkan pakaiannya itu.

Sebelum menyerahkan baju, lelaki itu mengibas-ngibas dahulu dan kemudian melipat baju yang ditanggalkan kepada pemuda terbabit.

"Ini Malaysiaku. Walaupun nak bagi orang siap buka baju, tepuk, betulkan baju dan lipat. Baru bagi orang. Adab kita cara kita," tulis netizen di ruangan komen.

Ini Malaysiaku... adab kita cara kita.

NETIZEN

Berikutan video yang dikongsikan di TikTok, aksi bersahaja tindakan murni yang sempat dirakam ini dipuji oleh ramai.

Rata-rata netizen tersentuh dan berasa terharu dengan tindakan memberi bantuan kepada orang lain tanpa mengira siapapun individu tersebut.

Pada masa sama, tampil di ruangan komen seorang gadis mengakui bahawa lelaki itu sebagai bapanya.

Seorang gadis muncul mengakui dia sebagai anak kepada lelaki berhati mulia itu.

Jelasnya, setiap hari bapanya akan memakai dua lapisan baju kerana menunggang motosikal seawal pukul 5 pagi dalam keadaan cuaca sejuk untuk ke tempat kerja

Tambahnya, ibunya juga turut menyukai video yang dikongsikan dan berharap supaya semua doa yang baik itu berbalik kepada mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain