SETIAP ibu bapa pastinya sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan anak-anak. Daripada sekecil-kecil perkara sehingga sanggup bersusah payah asalkan kehendak dan kemahuan insan tersayang dapat dipenuhi. Demikian pengorbanan Mohd Hazwan Alif, 35, apabila dia sanggup berpanas memakai kostum kartun animasi Pikachu bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran anak keduanya yang berusia lima tahun pada 21 Ogos lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita kepada mStar, Hazwan berkata idea tersebut diusulkan isterinya, Nurul Syuhada, 35, kerana karakter Pikachu merupakan kartun kegemaran anaknya, Darleen Nur Arissa. “Isteri saya yang rancang nak buat surprise untuk anak kedua kami masa sambutan hari jadi dia. Darleen memang suka sangat kartun Pikachu ni. “Kebetulan pula masa tu ramai sepupu hadir nak sambut jadi apa salahnya nak meriahkan majlis lagi dengan cara ni,” ujar Hazwan. ARTIKEL BERKAITAN: “Rajin-rajin tangankan anak!” - Netizen geram tengok video budak lelaki buli OKU pakai kostum Donald Duck ARTIKEL BERKAITAN: Bukan seorang tapi 3 anak jadi peneman di gerai aiskrim, sampaikan ada tertidur... bapa dedah sebab anak-anak ‘mengekor’ tiap kali berniaga Imbas bapa kepada tiga orang cahaya mata ini, walaupun berdepan sedikit kesukaran kerana fizikalnya yang tinggi namun ia tidak mematahkan hasratnya itu. Kata Hazwan yang memiliki ketinggian 179 sentimeter, kostum berkenaan tidak mampu menutupi keseluruhan badannya. “Saya tak pernah cuba pun pakai kostum sebelum ni. Masa mula-mula sarungkan dekat luar rumah tu memang struggle sikit sampai nampak bahagian lutut. “Tapi apabila dah nak masuk ke dalam rumah, saya terpaksa squat sikit sambil berjalan sebab nak elak daripada mereka tahu saya yang berada dalam kostum tu. Ahli keluarga Hazwan yang hadir menyambut hari lahir anak perempuannya. “Rancangan ni isteri saya saja yang tahu. Semua yang dalam majlis tu termasuk adik beradik lain pun tak sangka saya yang ada dalam tu,” jelasnya lagi. Katanya, memakai kostum sebesar itu bukanlah satu kerja mudah apatah lagi dia terpaksa bertahan selama 40 minit sebelum kantoi dengan ahli keluarga. Setelah merasai pengalaman memakainya, Hazwan menyatakan rasa kagum dan memuji mereka yang mencari rezeki menggunakan kostum seperti ini. Masa mula-mula sarungkan dekat luar rumah tu memang struggle sikit sampai nampak bahagian lutut. HAZWAN “Kostum tu tak berapa berat tapi agak merimaskan sebab panas. Saya respect betul dekat orang lain yang kerjanya kena pakai kostum maskot macam ni. Bukanlah satu perkara mudah nak duduk lama-lama dalam tu. “Walaupun saya kena duduk dalam tu menyamar sekejap saja tapi basah lencun berpeluh macam dalam sauna. “Tapi sebenarnya ni kali kedua saya pakai kostum untuk anak. Abang sulung dia saya pakai kostum Spiderman untuk dia. Tapi itu tak panas sangat. Berbanding Pikachu ni... azab betul. Kostum karakter Spiderman juga pernah dipakai Hazwan sempena sambutan hari lahir anak sulungnya. “Birthday girl tahu pun saya masa tiup lilin. Waktu saya tunduk nak peluk, kantoi dia nampak saya melalui bahagian mulut Pikachu tu. Dia lagi sukalah cakap ‘Papa Pikachu’. Tetamu lain pun terkejut tak sangka tu saya sebab tahu ketinggian saya berapa,” ujar Hazwan. Berikutan perkongsiannya di TikTok, Hazwan menyatakan bahawa video tersebut hanyalah sebagai kenangan untuk ditonton semula oleh anaknya apabila mereka dewasa kelak. Malah, Hazwan yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat turut mengambil peluang untuk menitipkan pesanan buat ibu bapa di luar sana. “Sebagai bapa, saya berpegang pada kata-kata nasihat seorang penceramah. Katanya, ketika anak-anak berumur satu hingga tujuh tahun layanlah seperti raja atau puteri. “Dulu waktu kita kecil mungkin tak dapat merasa semua ni. Namun apabila dah ada anak kita cuba gembirakan mereka sebaik mungkin tapi jangan melampaui batas. "Ada masa kita kena tegas juga. Apa yang anak minat kita sokong selagi tak memudaratkan,” jelas Hazwan lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI