suria

Banyak kelebihan 'perumahan Hong Kong' tapi pakar hartanah pilih tak nak beli! Netizen pun ragu, bimbang jadi port warga asing

Sebuah projek perumahan yang dibangunkan di Lembah Klang mendapat perhatian ramai kerana dikatakan mirip HongKong. - Gambar hiasan

TIDAK dinafikan kebanyakan pemaju perumahan cuba menyediakan unit rumah yang banyak dengan harga murah bagi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri.

Malah, dek kerana menyahut seruan kerajaan, projek perumahan yang melibatkan lebih 4,000 unit rumah dibina di sekitar Lembah Klang.

Digelar perumahan 'HongKong', binaan bangunan yang rapat dan tinggi itu membuatkannya kelihatan padat.

Difahamkan terdapat 48 tingkat bagi setiap bangunan dengan keseluruhannya memiliki ruang niaga di bahagian bawah.

Menerusi perkongsian seorang individu yang bergelar pakar hartanah, dia meluahkan rasa simpati berikutan projek perumahan tersebut dikecam teruk oleh warganet kerana mempunyai terlalu banyak unit.

Perkongsian yang dibuat seorang ejen hartanah.

Perkongsian yang dibuat seorang ejen hartanah.

"Lebih 4,000 unit dalam satu projek dan memang nampak padat. Tapi ini lumrah yang akan terus berlaku di Malaysia.

"Lebih banyak unit dalam satu projek, pemaju ada ruang untuk murahkan lagi harga setiap unit," ujarnya.

Malah ujarnya, terdapat banyak kelebihan bila masyarakat membeli rumah di kawasan berkepadatan tinggi seperti itu.

Memperincikan kenyataan yang dikeluarkan, dia berkata, ia berikutan harga bagi setiap unit akan menjadi lebih murah begitu juga dengan kos penyelenggaraan.

"Maintenance fee juga akan jadi lebih murah sebab banyak unit yang akan kongsi bayar. Biasanya tempat ni akan lebih convenient sebab 7-11, Famiy Mart, 'pelbagai jenama' akan berlumba nak buka kedai... 4,000 hingga 5,000 keluarga boleh jadi customer.

"Lokasi dia biasanya bagus, banyak public transport dan mall berdekatan. Kalau tidak, pemaju tak akan yakin nak bina 4,000 unit," jelasnya.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan, kawasan berkepadatan tinggi dapat membantu mengembangkan pergaulan kanak-kanak setempat.

"Kalau ada anak kecil, mereka akan ada ramai kawan kalau selalu main kat fasiliti.

Antara binaan rumah di Kowloon, HongKong. - Foto Fernandes Nur AFP

Antara binaan rumah di Kowloon, Hong Kong. - Foto Fernandes Nur AFP

"Kepada yang bujang, kebarangkalian jumpa lelaki handsome dan awek (wanita) cun akan lebih tinggi. 4,000 unit patut akan ada at least 10,000 orang yang tinggal kat sana. Takkan satu prospect pun tak boleh jumpa," katanya..

Meskipun hantaran yang dibuatnya mengunjurkan elemen positif, namun dia menyatakan tidak akan membeli kondominium seperti itu.

Malah dia menegaskan bahawa tidak akan membeli unit di perumahan yang mempunyai lebih daripada 2,000 unit.

"Ada la sebab kami tak beli dan kami biasanya beli kondo mewah, low density tak sampai 800 unit... pada harga lebih murah dari kondominium high density begini.

Kalau ada anak-anak risau sebab warga asing bermaharajalela. Risau kes pecah rumah, jadi port ibu ayam dan tempat menjadi kotor.

NETIZEN

"Tapi ini tak bermakna semua kondominium yang high density begini tak patut dibeli. Tak perlu kecam kalau tak faham... fahami sahaja semua kelebihan dan kekurangan kondo begini, tepuk poket dan tanya bajet," katanya.

Perkongsian yang dibuatnya itu menjadi tular sehingga menarik perhatian warganet untuk turut sama memberi pandangan masing-masing.

Selain mengetengahkan kerenah jiran yang terlampau ramai, ada juga yang menyuarakan kebimbangan jika lokasi berkenaan menjadi kawasan penempatan warga asing.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap ‘cop’ suka buat bising... “Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40!”

ARTIKEL BERKAITAN: Seram! 'Suspek' warga emas cop parking guna batu nisan, “Kali pertama tengok terkejut, lepas tu rasa marah pun ada”

"Kalau ada anak-anak risau sebab warga asing bermaharajalela. Risau kes pecah rumah, jadi port ibu ayam dan tempat menjadi kotor.

Netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan pandangan di ruangan komen.

Netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan pandangan di ruangan komen.

"Banyak lagi yang negatif daripada positif.

"Jalan masuk dan keluar cukup untuk penduduk setempat? Jangan pula nanti jem sejam kat situ saja.

"Lambakan sewa kepada warga asing nanti.

"Cakap senang... dengan isu di negara kita, paling kuat isu tak ada air, lif rosak dan pengurusan lambat," ujar beberapa netizen.

Selain itu, ada juga yang mempersoalkan tentang parkir dan kemungkinan berlaku lambakan kenderaan di bahu jalan sehingga mengganggu ketenteraman awam.

"Kalau terlalu padat macam ni, saiz rumah agak kecil dan penyelenggaraan fasiliti juga kurang baik.

"Kereta bersepah parking luar bangunan... jalan dua hala jadi satu hala, jem teruk. Kalau betul bagus, kenapa cari rumah landed kat tempat low density jadi tempat kediaman?

"Pagi-pagi pun dah azab jalan depan tu... dah berpenghuni nanti boleh bayangkan macam mana keadaannya," ujar beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain