suria

Disuruh jaga adik sedang tidur ternganga, kakak guna tudung saji sebagai pelindung sebab ada lalat berterbangan

Rara menutup adiknya menggunakan tudung saji bagi mengelakkan lalat masuk mulut.

MELAYAN telatah anak-anak ketika membesarkan mereka kadang-kadang cukup menghiburkan.

Mana tidaknya, anak kecil sememangnya memiliki pelbagai ragam dan perangai menjadikan ibu bapa dan ahli keluarga lain ceria melihat gelagat mereka.

Sebagaimana perkongsian Azila Husin di Facebook, dia memuat naik beberapa keping gambar anak perempuannya, Rara, yang sedang menjaga adiknya, Aurora.

Menurut Azila, dia sebelum itu meminta Rara menjaga Aurora yang sedang tidur gara-gara tidak senang duduk selepas melihat seekor lalat sedang berterbangan di ruang tamu rumahnya.

Azila tidak menyangka posting tersebut menjadi tular di Facebook.

Menerusi gambar yang dikongsi, dapat dilihat Rara ini menutup seluruh tubuh adiknya dengan tudung saji dan hanya nampak hujung kaki.

“Aku suruh Rara jaga Aurora sekejap saja! Aku nak masak sekejap, babah dah nak mula kerja!

“Aku suruh dia tengok adik sekejap saja tahu... kejap saja sebab aku tak senang duduk ada lalat berterbangan berlegar-legar dekat ruang tamu ni,” tulisnya di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi sambil mengasuh bayi, budak 3 tahun sempat tukar lirik sindir ibu kerap main phone

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi sebab ternampak botol susu, adik merungut cara kakak kandungnya mengasuh bayi 4 bulan - “Dah tegur, dia macam terasa pula”

Tambah Azila lagi dia bimbang seandainya serangga itu memasuki mulut Aurora yang sememangnya tidur dalam keadaan ternganga.

Dalam masa sama, katanya, Rara yang sedang mandi pula seakan-akan marah apabila disuruh ibunya menjaga adik dengan segera.

“Baby Aurora pula jenis kalau tidur ternganga mulut dia. Risau aku masuk mulut baby pula lalatnya.

“Yang kakak baru lepas mandi. Bebailah dia sebab kena cepatkan mandian,” katanya sambil menambah dia memberi arahan dengan nada menjerit kepada Rara.

Azila berkata ketika di dapur dia mula berasa tidak sedap hati apatah lagi setelah mendengan suaminya ketawa di ruang tamu.

Dia terus meninggalkan seketika urusan di dapur dan terkejut melihat bayinya ditutup dengan tudung saji oleh si kakak.

Demi menyelamatkan bayi dan tudung sajinya, si ibu membeli sebuah kelambu.

Kisah mencuit hati ini menjadi tular dan dikongsikan semula lebih 3,300 kali oleh pelayar di Facebook.

Pelbagai reaksi dan komen yang diberikan susulan kejadian itu, malah ada juga yang mengecam penulisannya.

“Tak pernah terlintas pun sampai viral. Mommy memang suka kongsi aktiviti keluarga, kerenah anak kat media sosial Facebook. Mencipta momen keluarga kecilku.

“Terima kasih yang mendoakan Rara. Terima kasih juga yang mengecam penulisan mommy. Mohon maaf aku bidan kampung saja sekolah tak tinggi. Aku bukan pensyarah atau penulis novel,” jelasnya pada posting lain di Facebook.

Posting asal yang tular.

Bagi mengelakkan kejadian sama berlaku, Azila membuat keputusan untuk membeli sebuah kelambu berharga RM23 melalui platform e-dagang.

“Sebagai ibu mithali aku kena selamatkan Auroraku dari ancaman si Rara. Aku tak sanggup dilukai lagi.

“Hatiku terhiris luka. Pedih pilu. Walau terbang duitku RM23.... dari tudung sajiku jadi mangsa,” tulis si ibu lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain