suria

Bergelut kerja, cuti sehari pun dipandang jijik... wanita rayu pelajar result tercorot ‘repeat’ SPM! Stres gaji 10K lebih berbaloi

Ayin menceritakan situasi yang dialaminya.

PENINGKATAN kos sara hidup di samping upah gig ekonomi yang lumayan mendorong sesetengah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beranggapan bahawa tiada keperluan untuk sambung belajar ke peringkat pengajian tinggi.

Malah, ada yang menjadikan alasan bakal dibebani hutang pengajian yang tinggi serta bergaji rendah walaupun memiliki ijazah sarjana untuk tidak meneruskan pengajian ke menara gading.

Lebih membimbangkan apabila wujud ungkapan ‘tak ada ijazah pun boleh berjaya’, membuatkan ramai pelajar sekolah terpengaruh dengan kata-kata ini.

Mendedahkan situasi yang dialami ketika ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Ayin mengakui terpaksa hidup sukar kerana tidak memiliki kelulusan akademik yang tinggi.

Menerusi perkongsian ringkasnya itu, dia berharap agar lepasan SPM yang mendapat keputusan tercorot untuk mengulangi peperiksaan supaya tidak berdepan dengan situasi sama sepertinya.

"Kepada adik-adik yang SPM 9F, kau repeat paper SPM. Kalau kau belajar tak pandai, kau akan menangis dalam toilet macam aku.

"Satu bulan kerja balik lebih 30 minit tiada orang kisah, satu hari ambil cuti mengejut... kena marah," luahnya.

Menceritakan pengalaman kerja, dia juga menyatakan pernah diabai oleh rakan sekerja disebabkan mengambil cuti.

"Orang abaikan kau, jijik, geli hanya sebab satu hari tak datang. Please, please, please repeat paper SPM... jangan lalui apa yang aku lalui," ujarnya lagi.

Malah katanya, walaupun telah dinasihat, remaja lepasan SPM seolah-olah tidak memahami kepentingan akademik dalam kehidupan.

Tambahnya, lebih membimbangkan apabila terdapat pekerja senior yang sering memberi jaminan 'tak apa aku dulu pun tak ada SPM, berjaya'.

Luahan yang dibuat Ayin menerusi video TikToknya.

Luahan yang dibuat Ayin menerusi video TikToknya.

Dia juga mengakui bahawa dengan tahap pendidikan yang tinggi, seseorang itu akan mempunyai gaji yang lebih besar.

"Kerja apa pun stres. Sekurang-kurangnya kau jadi doktor atau peguam, kau stres... gaji 10K (RM10,000). Ini kau stres tapi gaji RM1,500, berbaloikah," ajunya membalas komentar salah seorang netizen.

Luahan yang dikongsikan menerusi akaun TikTok miliknya itu mengundang pelbagai reaksi berikutan generasi sekarang lebih gemar bekerja berbanding melanjutkan pelajaran.

Kalau kita ada pendidikan, kerja cleaner pun orang hormat.

NETIZEN

Ekoran itu, kebanyakan warganet menyokong kata-katanya yang mendorong pelajar lepasan SPM untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

"Tak ramai orang berfikiran macam akak. Kebanyakannya orang pandang SPM ni macam tak ada apa-apa. Tahniah akak sebab dah bukakan mata-mata budak lepasan SPM.

"Pendidikan tu penting! Saya datang dari keluarga miskin, anak yatim... dulu di universiti pernah saya makan dua hari sekali. Alhamdulillah sekarang saya pensyarah IPTA.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini identiti sebenar makcik cleaner Masjid Negara, pernah ikuti kursus budaya di Tokyo... Tukang cuci hanya kerja sambilan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 10A SPM kembali kejar cita-cita selepas perkahwinan di usia 18 tahun gagal, masih ‘power’ sekali interview terus dapat biasiswa

"Kalau kita ada pendidikan, kerja cleaner pun orang hormat.

"Betul. Kalau boleh ulang masa, aku pun tak mahu duduk dekat mana aku duduk sekarang. Bukan sebab tak bersyukur tapi siapa tak nak hidup lebih baik?

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Ijazah kau nanti akan berguna bila usia dah 35 tahun ke atas... itu jam kau akan menyesal," ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun, terdapat sekumpulan pelayar yang mengakui berjaya walaupun tanpa memiliki SPM.

Ada juga yang menyatakan terdapat banyak pekerjaan yang tidak memerlukan sijil akademik tersebut.

"Betul bang, tapi banyak kerjaya yang tak perlukan SPM... saya salah satunya manusia gagal SPM tapi Alhamdulillah kena yakin dengan diri untuk berjaya.

"Janji rezeki halal, tak ada SPM pun boleh berjaya. Good luck.

"Selama aku minta kerja mana-mana, tak pernah lagi orang minta sijil SPM... mesti tanya pengalaman.

"Atas rezeki orang juga, yang penting baik hati dan rajin. Rezeki akan datang, cuma nak rezeki kerja pejabat tak ada la," luah sekumpulan netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain