↵ DIPAKSA menyanyi secara terbuka di hadapan orang ramai tanpa persediaan yang rapi sudah tentu membuatkan sesiapa sahaja akan berasa gugup. Namun dek kerana bakat semula jadi, Nurul Syifaa, 22, berjaya memukau orang ramai ketika mendendangkan lagu Cinta Ini Membunuhku nyanyian asal band Indonesia D’Masiv di kawasan terbuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Rata-rata kagum dan terhibur dengan vokal yang dipersembahkan Syifaa secara spontan pada malam itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita kepada mStar, Syifaa yang berasal dari Batu Muda, Kuala Lumpur berkata, pada malam 21 Ogos lalu dia dipaksa oleh rakan-rakan untuk menyanyi bersama beberapa orang busker yang sudah berada di lokasi berkenaan. “Masa keluar lepak tu kami tengok ada sekumpulan busker dekat tengah Bukit Bintang tu, kami pun enjoy saja tengok mereka perform. Kemudian, kawan suruh saya nyanyi tapi saya tak nak. Dia paksa juga suruh buat persembahan dekat depan. “Lepas saya tetap tak nak menyanyi... tak lama lepas tu ada dua orang lelaki (penonton) suka rela nak menyanyi. Apabila dah habis mereka nyanyi, vokalis busker tu tanya siapa nak nyanyi lagi. Masa tulah kawan saya jerit ‘petik’ nama saya. ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi sambil duduk pun sedap, patutlah gadis ini ada ramai followers dari seberang... Sarah Suhairi ‘target’ seterusnya! ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘rindu ex’ nyanyi di tangga, kawan rakam pun tak sedar... tahu-tahu ramai offer jadi pengganti!- “Saya masih tak boleh move on” “Saya pun terus pergi ke tengah-tengah dekat tepi lampu isyarat tu untuk menyanyi. Memang sangat nervous sebab ramai tengok lagi-lagi ni first time nyanyi dekat Bukit Bintang,” jelas Syifaa. Bercerita secara ringkas tentang bakat nyanyian, Syifaa berkata selain galakkan daripada bapa dia juga aktif berkaraoke sejak kecil. “Saya memang minat menyanyi sejak kecil sebab ayah pun sama. Sudah terbiasa ikut pergi tempat-tempat ada karaoke. Wanita ini meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi. “Dulu waktu saya baru berumur 10 tahun, kakak ada bawa pergi jamuan hari raya dekat office dia. Saya disuruh menyanyi lagu Sesuci Lebaran oleh Datuk Siti Nurhaliza. Satu dewan tengok saya masa tu. “Tapi makin saya dewasa, makin jadi tak berani nak menyanyi depan orang ramai. Kali terakhir menyanyi atas pentas dekat sekolah masa bulan kemerdekaan. Lepas tu tak ada nyanyi dekat tempat awam dah,” ujarnya. Hingga kini video yang dikongsikan di TikTok meraih lebih 43,000 tontonan yang rata-rata memuji vokalnya. “Satu Bukit Bintang dah kenal akak. Kawan punya teruja saya perform sampai suara dia lagi kuat daripada saya yang nyanyi kat depan ni. NURUL SYIFA “Saya ada dekat situ juga dan suara awak sangat bagus. Saya nampak awak sangat enjoy busking masa tu kan. “Video ni rakam akak nyanyi ke kawan akak nyanyi? Masa tulah dia nak nyanyi juga. Nak dengar suara akak saja,” komen netizen pada video asal. Tahap kesihatan Syifaa yang kurang baik bukanlah penghalang untuk dia menyanyikan lagu itu dengan bersahaja apatah lagi setelah melihat penonton yang kelihatan gembira dengan persembahannya. Kata Syifaa, antara idola yang menjadi kesukaannya dalam bidang nyanyian adalah artis tempatan seperti Aina Abdul, Ernie Zakri, Iamneeta dan Mahalini. Syifaa akui gemuruh untuk nyanyi setelah sekian lama tidak buat persembahan di khalayak. “Masa tu saya batuk sebab tak sihat jadi suara memang tak berapa okay. Saya jadi tak yakin boleh menyanyi dengan baik tapi semuanya berubah apabila tengok ramai penonton enjoy siap ikut nyanyi sama daripada awal sampai habis. “Kawan tak ada ambil gambar pun masa saya nyanyi. Video saya letak dekat TikTok tu pun kawan saya yang rakam. "Kawan punya teruja saya perform sampai suara dia lagi kuat daripada saya yang nyanyi kat depan ni,” selorohnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI