PERKONGSIAN video yang memaparkan seorang gadis warganegara India memakai tudung ketika membuat persembahan poomsae pada kejohanan 5th Gewinn Unimap Malaysia Open International Taekwando Championship baru-baru ini membuatkan warganet terharu. Malah ramai juga yang meluahkan rasa sebak kerana hasrat gadis tersebut turut direstui ibu dan bapanya. Berkongsi kisah, Rohaida Salleh, individu yang membantu menunaikan impian gadis berusia 16 tahun itu secara kebetulan berkata, dia pada awalnya terkejut apabila diajukan sama ada mempunyai tudung lebih atau tidak. "Semasa program tu berlangsung, suami saya sedang berbual dengan seorang pakcik bernama Data Nadeson yang merupakan pemandu pelancong keluarga berkenaan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kemudian tiba-tiba bapa gadis itu datang berjumpa pakcik tersebut dan bertanya jika ada sesiapa yang boleh pinjamkan tudung. "Dia cakap, anaknya teringin nak pakai tudung... mungkin sebab kebanyakan penonton dan peserta yang hadir memakai tudung jadi dia ingin turut serta," ujarnya ketika dihubungi mStar. Menurut wanita berusia 36 tahun itu, disebabkan ingin memenuhi hajat tersebut pakcik Data bertanyakan kepada suaminya jika boleh membantu. "Suami terus menghubungi saya dan bertanya, kebetulan memang ada bawa tudung lebih dalam kereta. "Jadi, saya putuskan untuk beri kepada gadis India tersebut. Masa nak bagi tu, pakcik Data minta tolong pakaikan supaya menjadi kenangan terindah kepada gadis tersebut. "Memang wajah dia kelihatan sangat gembira bila dapat pakai tudung," imbaunya. Menganggap gadis itu ingin menyelami budaya masyarakat Malaysia, Rohaida sekali lagi terkejut apabila tudung turut dikenakan ketika persembahan poomsae dilakukan. Bapa kepada gadis tersebut (dua kiri) merupakan master taekwando dari India. "Memang tak sangka yang dia akan terus pakai semasa dalam gelanggang. Rasa teruja sangat tengok imej dia begitu," luahnya yang kemudian menghadiahkan tudung tersebut. Bercerita lanjut, dia yang hadir ke kejohanan tersebut kerana membawa anak berusia lapan dan 11 tahun untuk bertanding turut memuji sikap pemandu pelancong berkenaan. Ya Allah tak sedar air mata menitik. Rasa sayu, cantiknya dia bertudung. NETIZEN Katanya, dia bukan sahaja peramah malah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. "Suami saya ada cerita juga sebab dia berborak lama dengan pakcik Data... dia memang ramah dan banyak berkongsikan pengalaman hidup. ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik akaun Twitter diugut bunuh kerana kasihan kanak-kanak dipaksa pakai tudung, perbalahan makin panas di media sosial... apa kata Ustaz Azhar Idrus ARTIKEL BERKAITAN: Nampak ayu dan manis, pesilat Kristian jawab sebab bertudung... Mahu tampil sopan, jaga adab wanita Melayu dalam gelanggang "Daripada penceritaannya itu, dia mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam diri dan tidak rasis. Macam zaman kita dulu-dulu kat kampung, berkawan dengan semua bangsa tanpa mengira agama dan warna kulit," jelasnya. Anak-anak Rohaida mewakili Little Tiger Academy, Kulim Kedah. Kejohanan yang bermula 2 hingga 4 September lalu di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Perlis itu, turut disertai 15 negara luar antaranya India, Nepal, Brazil, Jepun, Singapura dan Thailand. Terdahulu, video perkongsiannya tular di media sosial sehingga ditonton lebih 320,000 pelayar selepas dimuat naik dalam aplikasi TikTok. Rata-rata netizen memuji imej gadis tersebut yang kelihatan cantik ketika bertudung. "Ya Allah tak sedar air mata menitik. Rasa sayu, cantiknya dia bertudung. "Cantik dia pakai tudung, nampak manis. "Meremang juga, itu pun bapanya yang minta. "Subhanallah, tahniah kepada ibu dan ayah adik ni kerana mengizinkan anaknya pakai tudung... siap usaha untuk pinjam dari sesiapa," ujar beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI