SESEORANG itu tidak akan selamanya hidup susah sekiranya ada usaha, rajin dan doa. Ini bermakna jika dia dari golongan B40, dia juga mampu mengubah kehidupannya kepada lebih baik. Jangan pandang B40 sebelah mata! Menerusi satu perkongsian yang tular, seorang lelaki berkongsi kisah mengenai zamannya yang merupakan sebahagian daripada golongan B40 suatu masa dulu. Seorang lelaki bekerja di Kuala Lumpur. -gambar hiasan foto FAIHAN GHANI/The Star Menurut ceritanya, kerana teh tarik sebungkus 'ikat tepi' mampu mengubah landskap hidup seseorang. "Aku duduk Rawang, kerja di Kuala Lumpur. Hari-hari pergi kerja naik komuter turun stesen Kuala Lumpur, jalan kaki pergi ofis sekitar Bus Stand Klang (Hentian Bas Klang yang menutup operasinya pada 2011 bagi memberi laluan kepada pembinaan projek MRT. "Memang hari-hari lambat sebab komuter bergerak ikut masa, kadang-kadang delay sebab masalah teknikal," tulis pengguna Facebook bernama Hamdan Abdul Manan. Bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman, isu kelewatannya ke pejabat saban hari sering dibangkitkan oleh majikan, sehingga surat amaran sudah menjadi lumrah. ARTIKEL BERKAITAN: 'Bapa B40' buka cerita tak habis sekolah... akui kerap termenung, menangis di tempat kerja kenangkan nasib anak-anak - "Tak mahu mereka jadi seperti saya" ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap 'cop' suka buat bising... "Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40!" Dalam pada itu, dia turut berkongsi mengenai tabiatnya yang sering membeli teh tarik di stesen komuter kerana menganggap rasanya sangat sedap sehingga membuatkan dia ketagih. Lelaki ini berkongsi pengalaman menaiki komuter ke tempat kerja. Walaupun terbangun lambat untuk pergi ke tempat kerja, dia tetap singgah dekat stesen komuter bagi membeli teh tarik kesukaannya. "Pada suatu hari aku terbangun lambat berkejar pergi stesen tapi aku tetap singgah beli teh tarik. Malangnya sementara beli teh, komuter pun jalan 'tinggalkan' aku. "Aku naik trip berikutnya. Kelewatan yang melampau akhirnya menyebabkan bos bagi surat pemberhentian kerja. Berakhirlah kerjaya aku masa tu," ujarnya. Kadang-kadang benda yang kita rasa malang atau musibah sebenarnya Tuhan ada rancangan untuk kita jadi lebih baik. HAMDAN ABDUL MANAN Enggan berputus asa, Hamdan memberitahu, dia pergi ke gerai teh tarik yang sering dikunjunginya pada keesokan hari dan bukannya membeli teh tarik seperti kebiasaan, tetapi mencari kerja. "Aku minta kerja jadi pembantu kedai sebab tauke tu ada cakap nak seorang pembantu. Bermulalah kerja aku di gerai teh tarik daripada seorang kerani akaun di firma guaman jadi kuli gerai. "Aku belajar cara buat teh tarik sedap hingga khatam. Dalam masa enam bulan je aku ambil alih gerai tersebut sebab tauke pindah balik kampung jaga orang tua. "Akhirnya aku jadi tauke gerai teh tarik dan berubah status dari B40 kepada M40," ujarnya. Antara komen netizen. Malah katanya, dia turut menceburi pelbagai bisnes sehingga mengubah statusnya dari M40 ke T20, dan kini bergelar sebagai tauke kedai kereta terpakai. Menerusi perkongsian yang tular itu juga, Hamdan menjelaskan dia sekadar bercerita berdasarkan pengalamannya dan terus berusaha untuk mengubah kehidupan yang lebih baik. "Kadang-kadang benda yang kita rasa malang atau musibah sebenarnya Tuhan ada rancangan untuk kita jadi lebih baik. Yang penting tangkap dulu apa saja peluang yang ada walaupun bukan bidang kita tapi boleh belajar sebenarnya," tulisnya di Facebook. Rata-rata netizen kagum dengan perkongsian cerita Hamdan yang seharusnya menjadi pengajaran buat semua termasuk golongan B40. "Syukur Alhamdulillah. Rezeki ada di mana-mana." "Tiada jalan pintas untuk berjaya." "Cerita beginilah yang sesuai untuk B40. Bukan tunjuk perangai tak semenggah je. Bila nak maju?" "Siapa yang tulis 'once B40 always B40'. Maaf, teori awak terbukti tak betul," demikian komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI