suria

Tengah leka ‘lepas hajat’ dalam tandas R&R, pemuda terkejut ada orang rakam dari bawah – “Lelaki berak pun kau bernafsu”

Seorang lelaki didakwa merakam individu lain sedang membuang air di tandas lelaki.

"LELAKI sekarang pun dah tak selamat!"

Begitulah realiti yang perlu dihadapi oleh golongan lelaki apabila mereka juga tidak terkecuali menjadi sasaran serangan seksual.

Lebih menyeramkan apabila kejadian boleh berlaku ketika menggunakan tandas awam.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang individu mendedahkan dia menjadi mangsa kepada lelaki gila seks.

Individu bernama Kamal itu mendakwa kejadian berlaku di tandas lelaki di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Dengkil, Selangor pada Ahad malam.

"Jadi lelaki sekarang dah tak selamat, baru je tadi dekat R&R Dengkil dalam pukul 9 lebih macam tu.

"Tengah memerut dengan cutting tak cantiknya boleh pula dia rakam filem daripada bawah tandas. Nasib baik aku jenis kalau memerut mata melilau," tulisnya di Facebook.

skodeng

Antara video yang dirakam oleh suspek.

Susulan kejadian itu, kata Kamal, perakam lelaki itu itu pada mulanya ditahan dan kemudian melarikan diri sebelum diberkas semula.

ARTIKEL BERKAITAN: OMG! Sedang asyik mandi tiba-tiba sedar ada lubang tepi dinding tandas awam lelaki Pantai Morib... "Bayar RM1 jadi tontonan gay boy!"

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern cuak diganggu jiran gay! Gigih tutup tingkap, kunci pintu... tiba-tiba dah ada dalam rumah sewa

"Dapat tangkap, pegang... suruh follow last-last lari. Apabila tanya asal lari, katanya mana ada lari. Lepas tu boleh pula dia kata nak hentak (pukul) dia hentak je la.

"Ingat aku tak tahu undang-undang? Paling pun pusing kat kita juga salah," katanya sambil memaklumkan pelaku menetap di Cheras.

kantoi lelaki skodeng 2

Seorang lelaki didakwa merakam lelaki lain di dalam tandas awam.

Menerusi perkongsian tersebut, pelaku yang memakai pelitup muka dan berbaju kemeja-T warna merah turut menaiki kereta jenis Honda berwarna sama.

Dalam video yang berasingan menunjukkan telefon bimbit suspek dirampas dan didapati terdapat banyak video dipercayai dirakam di dalam tandas.

Saya dah minta maaf, jadi saya nak buat apa? Janganlah macam tu.

SUSPEK

Rakaman tersebut menunjukkan aksi lelaki-lelaki lain sedang membuang air yang turut memperlihatkan alat sulit mereka.

"Banyak dia rekod," kedengaran suara seorang lelaki yang memeriksa telefon bimbit perakam.

kantoi lelaki skodeng 3

Kereta yang dipercayai digunakan suspek.

Dalam pada itu, suspek juga berkali-kali merayu supaya dia dilepaskan kerana sudah memohon maaf.

"Saya dah minta maaf, jadi saya nak buat apa? Janganlah macam tu," kata suspek apabila nombor pendaftaran keretanya dirakam.

Tindakan suspek ternyata membangkitkan kemarahan netizen di ruangan komen kerana sanggup melakukan perkara yang tidak bermoral.

"Jadi lelaki pun dah tak aman sekarang.

kantoi lelaki skodeng 4

Antara komen netizen.

"Pakai kereta H mampu, setakat nak dapat perempuan bukan la susah. Laki juga kau bernafsu.

"Aneh-aneh la. Lelaki berak pun kau bernafsu.

"Tolonglah lindungi kami kaum lelaki ni. Dah la tak ramai, diganggu pula," demikian antara komen netizen.

Sementara itu, Balai Polis Dengkil ketika dihubungi mStar memaklumkan setakat ini tiada laporan dibuat berhubung kejadian di R&R Dengkil pada Ahad malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain