suria

Alamak! Isteri solat Subuh tapi lupa mandi wajib, tengah khusyuk tahiyat akhir suami datang tegur... “Astaghfirullahalazim ayang!”

Isteri panik setelah ditegur suami belum mandi wajib ketika sedang menunaikan solat.

GURAUAN serta usik-mengusik antara pasangan suami isteri tentunya akan mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga.

Justeru apa salahnya salah jika bergurau bagi perkara yang melucukan serta berlaku secara spontan.

Seperti pasangan ini, si suami sempat merekodkan momen dia menegur isterinya yang sedang solat Subuh bahawa dia belum mandi wajib.

Susulan terkejut dengan pertanyaan berkenaan, isterinya yang pada ketika itu sedang duduk di posisi tahiyat akhir segera menoleh memandang suami dengan wajah panik.

“Astaghfirullahalazim ayang!” kata isteri kepada si suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Sendiri buat, sendiri tanggung! Tiada istilah suami kena pikul dosa isteri selepas kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang selera dengan isteri, merungut tak ‘pasang badan’ selepas beranak - “Tiap-tiap bulan aku bagi RM50”

Malu dengan hal itu, si isteri mempersoalkan kenapa suaminya tidak menegur lebih awal mengenai keadaannya yang sedang berhadas besar.

Wanita yang mengenakan telekung merah jambu itu kemudian bingkas bangun daripada sejadah lalu melulu keluar dari bilik.

Sambil berlalu dia dia sempat bergurau dengan memukul manja suaminya sambil beristigfar beberapa kali sepanjang video itu.

Reaksi si isteri yang terkejut dengan kesilapannya terlupa mandi wajib menarik perhatian ramai.

“Saya mandi dulu,” katanya lalu bergegas keluar sepertinya menuju ke bilik air.

Dalam pada tu melihat pada ruangan komen video tersebut, ramai pasangan yang sudah berumah tangga turut mengaku pernah mengalami situasi sama.

Seronoknya tengok suami isteri macam ni... cakap baik-baik, bergurau dan berborak.

NETIZEN

Malah, cara perbualan yang penuh sopan menegur isteri yang sedang solat turut menjadi perhatian warga maya.

"Bang, saya pernah lagi teruk dulu. Selalu saya akan mandi awal pagi sebelum pergi kerja. Ada satu hari lupa, dah siap settle solat sampai ke Isyak terlepas tu baru teringat.

“Saya pun pernah ambil wuduk baru ingat. Astarghfirullahalazim. Alhamdulillah suami baik isteri baik.

Komen netizen di TikTok.

“Aku pun kadang-kadang begitu dengan orang rumah. Banyak berfikir mungkin.

“Seronoknya tengok suami isteri macam ni. Cakap baik-baik. Bergurau, berborak. Lupa aku single,” komen netizen pada video tersebut.

Untuk rekod, video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 3.3 juta jumlah tontonan.

Berdasarkan perbualan pasangan ini dalam video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku di Indonesia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain