suria

Macam lepak tepi pantai! Sekeluarga bentang tikar di airport, siap angkut periuk nasi... B40 rancak berkelah cedok lauk dikecam netizen

Tindakan sebuah keluarga menjamah makanan seperti berkelah di lapangan terbang mengundang kecaman ramai.

KEBIASAANNYA lokasi seperti sungai, pantai mahupun taman rekreasi menjadi pilihan orang ramai untuk berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan.

Bagaimanapun kali ini sekumpulan individu dipercayai sebuah keluarga dilihat begitu selamba membentang tikar sambil menghidangkan makanan seperti sedang berkelah di ruangan menunggu sebuah lapangan terbang.

Suasana itu dapat dilihat menerusi rakaman berdurasi 14 yang pada mulanya dimuat naik di TikTok sebelum dikongsikan semula di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini oleh seorang individu.

Keghairahan keluarga berkenaan menjamah bekalan yang dibawa mengundang pelbagai reaksi netizen.

"Picnic di KLIA (Kuala Lumpur International Airport). Bincangkan," tulis pengguna Facebook bersama video yang dikongsikan semula itu.

Berdasarkan rakaman, difahamkan kumpulan berkenaan membawa bekalan dari rumah apabila kelihatan nasi yang dihidangkan bersama periuk selain beberapa menu lain serta buah tembikai potong yang diletakkan dalam bekas makanan.

Tinjauan mStar di ruangan komen mendapati rata-rata warganet melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan keluarga ini.

Terdapat juga netizen mempersoalkan tentang ketiadaan petugas lapangan terbang untuk menegur keluarga ini yang berkemungkinan mengganggu keselesaan pengguna lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Panas hati tengok perangai B40 rosakkan dekorasi lego dalam mall, tua muda perangai sama... Mungkin tak faham larangan dalam bahasa Inggeris

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat selagi boleh! Lelaki bengang tengok makcik guna mesin di dobi layan diri, ini ke cara B40 nak berjimat?

“Boleh ke? Satu, kebersihan. Dua, keselesaan orang sekeliling. Benda macam ni pihak keselamatan airport kena peka.

“Secara teori tak salah tapi saya tak setuju sebab fikirkan keselesaan orang lain.

“Imej airport pun nak kena jaga. Melainkan ada tempat spesifik yang lapangan terbang sediakan bagi penumpang yang lama menunggu,” tulis salah seorang netizen.

Selain itu turut dipertikaikan juga ialah mengapa keluarga ini tidak menggunakan kemudahan disediakan kerana rata-rata lapangan terbang mempunyai medan selera dengan ruang yang selesa dan luas.

Antara komen netizen yang kurang setuju dengan tindakan itu.

“Biasanya kawasan sebegini ada food court atau tempat makan. Tapi saya tak pasti mengapa mereka makan di tempat tak sepatutnya.

Food court kan ada dekat bawah tu. Kenapa tak makan dekat situ. Orang-orang kita ni pun kadang-kadang satu hal juga. Dalam hidup ni kita ada aturan.

"Ada tempat makan, wuduk, tandas dan tempat boleh duduk sahaja tak boleh tidur. Kalau main langgar saja semua baik tak payah ada peraturan. Common sense kut,” ujar netizen.

Kalau tak menyusahkan orang, tak buat kotor, tak apalah.

WARGA MAYA

Bukan itu saja, ada juga segelintir netizen yang menyifatkan apa yang berlaku berkait rapat dengan isu mentaliti dan cara berfikir.

Kata mereka tingkah laku berkenaan mencerminkan tahap mentaliti dan ketamadunan seseorang.

“Kalau tak menyusahkan orang, tak buat kotor, tak apalah. Tapi kalau buat kotor dan ganggu orang lalu lalang, memang tipikal B40 duduk rumah flat.

Komen netizen di Facebook.

“Nak tegur tapi disuruh husnuzon. Sampai bila-bila kita tak boleh ubah mentaliti masyarakat kita. Jadi miskin, tak cerdik, (perangai) ‘kampung’ tak salah tapi tak peka tentang adab dan peraturan tu yang salah.

“Apa bendalah yang nak dibuktikan. Ini memang isu mentaliti boleh saja kalau dah nak bawa bekal sangat tu bungkus per person tak perlu nak set up macam berkelah tepi pasir putih tepi pantai,” komen warganet.

Walaupun dinyatakan kejadian berlaku di KLIA, tetapi tidak dapat dipastikan tentang lokasi sebenar kumpulan berkenaan berkelah.

Semakan mStar mendapati bahawa pemilik asal yang memuat naik video itu sudah memadam rakaman tersebut namun malangnya ia tersebar luas di platform media sosial lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain